Thursday, August 07, 2014

# Cerita Kat Opis # Kursus

[Kelas Menjahit] Leher


Assalamualaikum!




Dah masuk minggu ke 3, kami belajar cara nak buat leher pulak. Nampak senang, tapi agak mencabar jugak bagi aku yang baru pertama kali nak buat ni hehe. 




Kak Gee ajar kitaorg buat leher ni ikut cara dia. Lain orang lain caranya kan, tapi sedaya upaya jugak kami cuba faham dan buat sendiri seperti yang diajar. Kesian Kak Gee terpaksa layan kerenah-kerenah 'anak murid' dia yang tak berapa nak faham lagi ni hehe.  





Amboi tekun anak murid mendengar arahan dari Kak Gee. Kena tengok betul2, takut kang tersalah letak, tersalah gunting mau nangis di situ jugak hehe.





Tiba masa tuan punye badan pulak nak try buat sendiri. Bajet konfiden je aku menggunting kain tu hahaha. 

Asyik diri sendiri je yang menggunting, jom kita tengok kawan-kawan lain pulak! ^^




Ni gaya pro seorang tukang jahit hehe. Kak Tun memey dah pandai jahit baju, basic menjahit pun dia tahu dah siap boleh buat baju tuk anak-anak lagi tapi katanya saja nak timba ilmu lebih dari kelas menjahit ni. Pada Kak Tun la tempat aku mengadu tiap kali aku tak faham camne nak jahit atau time Kak Gee bizi ngan anak murid lain hehe.

Kalau aku rasa kekok sangat nak menjahit, Kak Tun la yang tolong jahitkan! haha. Manja sangat ni!! ^^




Macam-macam gaya ni ha hahaha. Terbongkok-bongkok si Yana ni memotong leher. Anak 4 dah ni! pun macam aku jugak nak timba ilmu dan pengalaman dalam kelas menjahit ni. Dah pandai nanti boleh kami buat baju tuk anak-anak pulak kan Yana! :D







Ginilah rupa lapik leher yang siap dipinkan ke leher baju. Benda ni la yang Kak Gee dok gunting kat gambar atas tadi. Sebelum nak jahit jelunjur, kita kasi pin dengan jarum peniti supaya lapik leher tu tak 'lari'.




Time ni Kak Gee dok push kami suruh siapkan hari tu jugak hehe. Memang terkapai-kapai aku dibuatnya! Mujurlah Kak Tun  kejap kejap datang kat aku tolong. Kadang-kadang aku yang terjerit-jerit panggil dia datang kat aku hehe.





Yeay dah siap leher den! Bila diterbalikkan jadilah leher baju yang sebenar hehe. Nampak cam kecik je kan lubang leher tu, tapi kepala aku pun bukan lah besar sangat hehe so ok la ni :D.

Wahhhh! tak sabar nak pakai baju kurung ni! :p



10 comments:

  1. Good job!!! Nanti ena ajar buat mata lalat dengan tulang belut.. ehhhhh.. ngeeeeee... Chayokk kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa! memang itulah yang akak nak belajar skrg ni ena hehehe. Tapi payah, cikgu Ena duk jauh nun :D

      Delete
  2. Bestnya ada talent jahit baju kurung...if dh mahir boleh amik tempahan kan...tp akak x minat menjahit la...tgn bangku akak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Suria, anim bukan tangan bangku tapi jari bangku lagi hahaha. Tapi gigih nak belajo sebab mana la tau nanti sampai seru nak jahit baju anak2 sendiri plak hehe :D

      Delete
  3. seronok dapat mempelajari teknik asas menjahit...at least dapat buat baju sendiri pun dah ok kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak ida, skrg ni nak tempah baju kat kedai pun mahal benor. Bila belajar ni rasa bolehlah kalau nak try buat sendiri2 pulak. Doa2kan la ia bukan angan2 mat jenin hehe :D

      Delete
  4. nnt blhlah tempah baju kat hanim nanti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hish! jangan buat pasal kak nor haha. Tak berani lagi nak bukak 'kedai' ni, sijil pun lum dapat lagi hehe :D

      Delete
  5. wahhhh terror dah.. lepas nie jimat la boleh jahit baju sendiri..=D

    ReplyDelete
  6. Teringin nk bljr jahit...tpi asyik tak smpat..

    ReplyDelete

Apa kata korang?