ruangiklan
ruangiklan

Tuesday, August 19, 2014

Minta Derma Dan Eksyen Kamen


Assalamualaikum!


sumber : google


Masa tu kul 9.15 malam, aku duk kat sofa dan Mira dok menari tarian eksyen kamen. Tetiba pintu rumah diketuk seseorang dari luar. Aku pandang Mira, Mira pandang aku. Aku letak jari kat mulut bagi isyarat kat Mira suruh diam. Tak dengar pulak suara orang bagi salam atau cakap "hello" ....?

Dia ketuk lagi....


Aku sarung tudung terus gi kat tingkap. Abah selalu pesan, kalau kita tak cam suara siapa kat luar, jenguk dari tingkap dulu kalau sesiapa ketuk pintu atau bagi salam. Jangan main buka pintu je!

Aku turunkan tingkap, dia mula bercakap .....

"kak, saya nak minta sumbangan untuk tampung keluarga blablablabla..."

"adik dari mana ni dik?"

"saya dari Taman Muda kak..."

Ada aku tanya Taman Muda tu kat mana, tapi dah lupa dia jawab apa.

"surat kebenaran ada dik?"

"takda kak..ni saya buat sendir-sendiri kak untuk tampung ibu dan adik saya. Saya kerja juga...ini untuk keluarga je"...sambil tunjuk kat aku salinan kertas fotostat tajuk '70 Dosa-dosa....'

Dipendekkan cerita .... aku tolak cara baik.

Sekali dia pusing badan terus blah dari situ.

Aku pandang Mira. Mira pandang aku balik. 

Dan dia sambung menari eksyen kamen.

Sekian T___T

9 comments:

  1. Kadang2 susah kn nk percaya dan tolong org tpi terpulang atas keikhlasan kita juga kan..

    ReplyDelete
  2. Saya pun macam tu jugak. Dah susah sangat nak hulur derma dekat orang yang guna cara macam ni. Tah la. Biarlah orang nak cakap apa.

    ReplyDelete
  3. Sampai macam tu sekali. Rasa bersalah gak nak percaya ke tidak.
    Jom terjah : iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

    ReplyDelete
  4. Sekarang nie ramai yg suka ambik kesempatan.. farah pun tengok jugak.. kalau nampak orang tue betul daif baru la hulur.. kalau nampak tubuh badan pun sihat elok jer memang tak la...sebab dia masih mampu bekerja kan..=D

    ReplyDelete
  5. Mmg skrng kena berhati2.. bukan semua boleh dipercayai kan...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.