Sunday, August 31, 2014

# Cerita My Pearls # Merdeka 2014

Salam Merdeka Ke-57 Untuk Malaysia!


Assalamualaikum!


Syukur alhamdulillah, tahun ni sekali lagi kita berpeluang menyambut hari paling bersejarah bagi negara kita. Dah 57 tahun dah negara kita merdeka dari penjajahan kuasa Barat & Timur. Aikkk! bukan Barat je ke yang jajah kita, apasal masuk negara Timur sekali? Dah tu ... Jepun tu bukan negara dari Timur ke dik non? hehe.




Anak-anak pun semangat menyambut merdeka tahun ni. Walaupun, tempat kami bukan di Dataran Merdeka pagi-pagi, hanya di rumah sambil masing-masing pegang satu bendera setiap sorang dan jerit "Merdeka!!"

Mira yang beberapa hari sebelum tu pun bersemangat nyanyi lagu Merdeka nyanyian arwah Sudirman ...

"Tanggal tiga puloh satuuuuuu....bulan lapannnnn tiga puluh tujohhhhh!"

*zreettttttttt!!!!*

Puas kami ulang lima puluh tujuh tapi dia sebut jugak tiga puloh tujoh! hehe.




Setiap orang mempunyai pandangan dan jawapan sendiri bila bercakap tentang erti merdeka. Ada yang menganggap merdeka itu bermaksud negara kita bebas dari jajahan musuh. Ada yang berpendapat merdeka itu bererti kita bebas menentukan polisi negara dan  mentadbir mengikut acuan kita sendiri.

Hakikatnya, pengertian merdeka lebih dari itu. Kita mungkin telah bebas dari penjajah dan tak perlu lagi mengangkat senjata melawan musuh.  Tapi, bagaimana dengan pakaian kita, bahasa kita, cara hidup kita, tingkahlaku kita? adakah benar-benar telah mencapai tahap merdeka yang sebenarnya?

Hurm ....




Aku tidak mahu anak-anak aku menganggap Hari Merdeka sebagai salah satu hari dari hari-hari cuti umum biasa setiap kali tibanya. Aku mahu mereka memahami erti merdeka yang sebenar, apa yang mereka boleh sumbangkan untuk memelihara kemerdekaan ini.

Dan, yang paling penting aku mahu mereka memerdekakan diri dan jiwa mereka dari anasir-anasir yang tidak sesuai dengan naluri mereka sebagai seorang muslimah yang solehah.

Anak-anakku .... kamu bersyukur dilahirkan di sebuah negara yang aman dan harmoni. Peliharalah apa yang ada padanya, sekalipun kamu berada jauh di negara orang. 

Salam kemerdekaan yang ke-57 dari kami! Moga Allah merahmati bumi Malaysia yang bertuah ini! ^^






10 comments:

  1. Haha comelnye anak2.. Salam merdeka kak!!:D

    ReplyDelete
  2. saya belum cukup merdeka keseluruhannya ~ muhasabah diri selalu. Salam Kemerdekaan Negara Malaysia. ~ anim x jalan2 pi mana ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgh jenjalan la ni pcl, dok cari jus mangga pran heeeee :D

      Delete
  3. Salam Kemerdekaan Anim.. Merdeka!!!

    ReplyDelete

Apa kata korang?