Sementara Nak Membesar ....

Thursday, August 21, 2014


Assalamualaikum!


"Gitu leeee budak sementara nak membesar...hehe". Dialog cikgu dia masa aku amik dia kat sekolah pagi tadi hehe. 

Ye la cikgu, gini la pesen anak saya nak membesar. Tahan lasak anak aku ni. Apa saja masalah sume dia boleh handle. Cuma memula sakit tu je mata tu berair menjejeh-jejeh huhu.




Aku patah balik ke KL bawa kakak gi klinik kat sini. Senang citer pasal kat sini dah ada rekod kakak, so tak perlu nak isi borang bagai ...leceh. Kalau ada mesin atm untuk isi butiran guna touch-screen takpe jugak kan hehehe.

Anak-anak aku memang serasi ngan ubat-ubat di klinik kesihatan. Aku dah try bagi diaorg makan ubat kat klinik biasa tapi macam tak serasi je. Akhirnya ubat tu tak habis, terbuang cam tu je. Lagi satu, sebab aku kan ada HRMIS yang boleh cover anak-anak kalau diaorg sakit. So, tak perlu bayar just cakap, "dik, nanti check dalam HRMIS yek". Wahhh! bengkek je kerani tu dengar aku cakap cenggitu hahaha :p




Dalam kereta, ginila rupanya tangan kakak. Bengkak dan merah teruk jugak. Cikgu dia cakap, time kelas pertama tadi lagi teruk bengkaknya. Sempat jugakla cikgunya menyapu minyak gamat ngan vicks huhu. Tapi, ni kira bengkak lagi ni, memang kene gi klinik.

"mau kene injek ni puan..."

"ye ke ... hurmmm takpe kita tanya doktor dulu"

Tengok cikgu dia cakap macam tu, muka kakak dah cuak! hahaha. Aku diamkan aje, taknak takutkan dia ngan jarum doktor. Aku sendiri pun taknak kena cucuk weh!




Hasilnya, doktor kasi ubat makan demam dan bengkak serta MC dua hari hehe. Tak perlu suntik kerana takut ada side effect pada dia nanti. 

Masuk kete, dia tanya "bu.. doktor tu tak nak injek kakak ke?"

Eh awok ni .. orang lagi nak ngelak kena injek! @_@



*semoga kakak cepat sembuh ye sayang. 

You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. semoga cepat sembuh kakak...insya Allah, kakak kuat...

    ReplyDelete
  2. Semoga anak akk cepat sembuh ye... Everything will be okay... InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. Huhu takut kene injek yee.. sian dia. Moge cpt sembuh tau

    ReplyDelete
  4. Alahai , kenapa pula ni... hope kakak cepat sembuh.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM