Friday, August 15, 2014

# Syiah

Siapa Abu Lu’lu’ah al-Farisi al-Majusi?

Assalamualaikum!~

Sangat jarang kita mendengarkan nama atau melihatnya atau mengkaji tentangnya. Adakah dia sahabat Nabi s.a.w? Apakah yang dilakukan beliau pada zaman sahabat baginda? Semoga informasi ini membantu kita memahami kebenaran.



sumber : google
Kenalkah kita pada nama ini? Tak kenal....?

Dia yang bernama seperti tajuk di atas adalah PEMBUNUH Saidina Umar Al-Khattab r.a! Abu Lu’lu’ah adalah kafir dengan kesepakatan seluruh Muslim. Dia adalah seorang Majusi penyembah api.



Sejarah


Pada suatu hari ketika Sayyidina Umar bersama para sahabat yang lain ingin mendirikan solat Subuh, Abu Lu'luah turut sama masuk ke masjid dan berada dicelah-celah para sahabat yang lain. Dia membawa pisau yang bermata dua dan terus mara menuju ke arah Sayyidina Umar. 


Apabila telah hampir maka dia terus meluru ke arah Sayyidina Umar lalu menikamnya sebanyak enam tikaman yang mana antara salah satunya terkena dibahagian perut Sayyidina Umar. 


Tikaman di bahagian perut inilah yang menyebabkan Sayyidina Umar gugur syahid. Setelah menikam Sayyidina Umar, Abu Lu'luah cuba lari tetapi ditahan oleh para sahabat yang lain. Apabila ditahan menyebabkan dia terus menggunakan pisaunya untuk menikam mereka yang cuba menangkapnya. 

Ini menyebabkan sebelas atau tiga belas orang sahabat gugur syahid dan yang lain ramai yang luka. Namun begitu para sahabat cuba juga untuk manangkap penjenayah yang kejam itu dan akhirnya Abdullah bin 'Auf az-Zuhri berjaya memegang bajunya dan terus menariknya sehingga dia rebah di atas lantai. Melihat dirinya telah terkepong dan tertangkap maka dia terus membunuh dirinya sendiri dengan menggunakan pisau ditangannya. 

Selepas itu Abdullah bin 'Auf terus memenggalkan kepala penjenayah itu.

itu serba sedikit perkongsian ttg Abu Lu’lu’ah al-Farisi al-Majusi.

mahu lihat kuburnya? (gambar di atas) lihat bagaimana SYIAH mengangkat PEMBUNUH ni? 

Kita sebagai orang muslim mengeji pembunuhan dan si pembunuh Saidina Umar r.a. Namun yang berlaku kepada kelompok Syiah Imamiah adalah sebaliknya. Mereka malah memuji dan memuja Abu Lu’lu’ah si pembunuh Saidina Umar r.a.

Ini adalah wajar pada pandangan mereka (syiah) kerana Syiah amat memusuhi saidina Umar r.a. Dan sebagai antara musuh yang tidak ada tandingnya. Kerana itu golongan Syiah memberi gelaran kepada Abu Lu’lu’ah dengan Baba Syuja’uddin (بابا شجاع الدين).

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan di dalam kitab yang sama bahawa golongan Syiah juga berdoa: “Ya Allah! Redhailah Abu Lu’lu’ah dan himpunkanlah aku bersamanya..”




Nota : Kalau nak tahu, peristiwa pembunuhan saidina Umar r.a ada diceritakan dalam drama bersiri Omar Series. Pergilah tonton dan korang akan mengerti.


10 comments:

  1. berhati2lah kita dengan golongan Syiah ni...

    ReplyDelete
  2. owh...luluah
    baru tahu ni ....
    thanks sharing :)

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat....Thanks 4 sharing dear..

    ReplyDelete
  4. T kasih atas perkongsian ilmu ini.. mmg kita semua patut tahu siapa Abu Luluah ini.

    ReplyDelete
  5. Fuh.. Pelik-pelik betul golongan syiah ni. Baru tahu pasal benda ni. Kalau tak dikongsikan macam ni memang tak tahu la jawabnya.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates