Thursday, August 28, 2014

# Cerita Bloggers # Pasal Blog

Terima Kasih Sifu!


Assalamualaikum!


Sebenarnya, ini bukan kali pertama aku minta pandangan, idea, nasihat dan tuto pasal blog dari beliau. Jujur aku katakan, sebenarnya aku sangat 'hijau' dalam dunia blog ni. Terlalu banyak kekurangan di sana sini yang perlu aku perbaiki terutama dalam bab coding.

Masa mula-mula nak berjinak buat blog dulu, banyak blog yang aku jadikan sebagai rujukan dan setiap kali aku tak faham sesuatu tuto tu atau aku dah try buat tapi tak menjadi, bila aku PM orang tu nak tanya, orang tu buat dekkkkkk je! Senyap tak berbunyi!

Tapi, takkan nak stop kat situ je kan. Aku teruskan pencarian dan akhirnya aku berjaya menemui beberapa blog yang boleh aku rujuk dan antaranya ialah blog sifu Hasrul Hassan




Kelmarin, aku buntu nak siapkan satu entri ni. Puas aku cari mana-mana tuto yang boleh bantu aku tapi hampa! Kemudian, aku try PM abg Hasrul dan bertanyakan caranya. 

Alhamdulillah, jawapan yang diberi tidak mengecewakan. Siapalah aku ni berbanding dengan beliau. Terharu rasa bila ada orang nak sudi tolong kita huhu. Korang tak terharu ke?? hehe.

Terima kasih abg Hasrul di atas tunjuk ajar yang diberikan kelmarin. Dan, disebabkan tunjuk ajar beliau itu lah, timbul idea aku untuk buat TUTORIAL ni. Alhamdulillah, satu lagi ilmu baru yang aku dapat pelajari dari sifu blogspot Malaysia! Kalau korang nak tahu ilmu apa yang aku pelajari tu, cepat-cepat terjah SINI! ^^


16 comments:

  1. blog HH memang banyak membantu

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah,ada juga sifu yang sudi nak tolong ainim,pernah jugak mintak pandangan dari HH,memang tak menghampakan..

    ReplyDelete
  3. Org yg x kedekut ilmu blh brjaya

    ReplyDelete
  4. Bukan semua orang ikhlas nak mengajar, kan?

    Syukurlah masih ada mereka yang baik hati. :)

    ReplyDelete
  5. hehe ena pun selalu minta bantuan daru abang HH.. dia memang terbaik

    ReplyDelete
  6. Untung ada sifu baik hati yg membantu kan :)

    ReplyDelete
  7. terharu sangat baca kisah pn hanim ni...

    ReplyDelete
  8. in sha ALLAH rezeki orang yang tak kedekut ilmu nie mmg murah. semoga terus berjaya pada abang HH dan akak. :)

    ReplyDelete
  9. Buat dek je...ish.ish apelah mereka ni. Nasib baik ada bro HH yg datang membantu. Hidup sifu HH.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah ada jugak sudi membantu..Abg HH memang tak lokek ilmu.. jap nak terjah apa yg anim pening sgt nk buat tue..=D

    ReplyDelete
  11. baguslah ada yang sudi membantu, cam kite ni semua belajar sendiri...

    ReplyDelete
  12. Blogger terknal mmg x lokek ilmu..

    ReplyDelete

Apa kata korang?