Simple Tapi Nikmat!

Tuesday, September 02, 2014


Assalamualaikum!


Ikan puyu

Bila kepala ni buntu tak tahu nak masak apa untuk family, masa ni la ikan pekasam memainkan peranan penting dalam menu makan kami sekeluarga hehehe.

Minggu lepas Pak Jelan oustation ke Kedah, singgah sat kat Pekan Rabu beli ikan pekasam. Style Pak Jelan suka makan benda yang simple ... macam ikan pekasam ni la! Dapat nasi panas-panas gorengkan telur dadar sebiji tuk dia ... fuh! tak pandang anak bini dah time tu hehehe :D



Ikan Lampam

Sebekas berharga RM7, lebih kurang setengah kilo dalam satu bekas. Boleh tahan banyak jugak! Tahan la 3 minggu or lebih. Tapi, aku tak yakin stok ikan pekasam ni boleh tahan selama tu hehehe.


Simple je aku masak, goreng ikan pekasam dulu pastu baru masukkan bawang besar dan cili padi yang dititik. Sepatutnya aku guna bawang besar yang merah tu, tapi semalam aku terbeli bawang Holland pulak, so rasa bawang tu tak sesedap guna bawang besar biasa.





Mohon jangan kutuk lauk aku ni! Ini bukan hangit, tapi terlampau garing! hahaha. Bukan aku cakap, Pak Jelan yang cakap yek! Ye la, time aku nak menggoreng di dapur, time tu la dua orang budak kecik tu nak minta itu ini. 

Ibu, nak susu. Ibu, cer tengok kakak lukis ni. Ibu, kakak buat adekkkkk! 

T__T

Berlari ke depan ke belakang aku dalam umah! Balik ke dapur tengok ikan dah jadi camni hahaha  T__T. Mujur Pak Jelan cakap sedap, sebab dia memang suka ikan garing-garing macam ni. Cayangggg abg huhu.





Perghh! lama aku tak makan sotong. Bukan tak mampu beli, tapi diaorg dalam umah ni mana nak makan sotong sotong ni. Kalau aku beli pun, aku sorang je makan. Tapi semalam aku berkeras nak goreng sotong jugak! 

Tak mo masak yang susah, aku goreng kunyit aje sotong tu. Letak bawang besar dan cili padi lagi. Abah cakap, goreng sotong atau benda yang tidak bertulang jangan terlampau lama dalam kuali nanti dia liat! 





Kombinasi nasi putih gebu yang masih panas, lauk sotong goreng kunyit dan ikan pekasam memang terbaikkkkk! Bertambah tambah laki den makan somalam hehehe. Anak-anak pun aku suapkan sekali! Sengaja aku tak masak pedas-pedas supaya diaorg boleh biasakan diri dengan lauk macam sotong ni.

Kakak paling bagus! dua kali dia minta tambah nasi. Makan nak bersuap pulak tu. Takpela kak, janji ko makan. Katanya sedap pulak ikan goreng ngan sotong ni bu! Haaaa baru ko tau, yang simple tu la yang paling sedap anakku ^^



You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. fuh...sedap makan nasi panas-panas kan anim..

    ReplyDelete
  2. alahai meleleh ayaq lioq bila anim cerita pekasam siap goreng hidang dgn teloq dadar sekali tu..macam menu biasa bagi pcl dulu2 dan kini juga..

    ReplyDelete
  3. Alahai sdpnya sotong tu Kak..yg simple tu la yg sdp kan

    ReplyDelete
  4. Time2 lunch hour.. Tak mkn lg ni.. Tgk lauk sis ni mmg tergoda sungguh !!!

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi mkn ikan lampam ni sedap sangat ka?

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM