Breaking

Sunday, October 05, 2014

15 Perkara Penyembelihan Korban Yang Perlu Anda Ketahui


Assalamualaikum!

Camat aghi ghayer ! ^^

Wahhhh lebat betul hujan malam tadi kan ....sejuknya mencengkam sampai ke tulang hitam! Sedap tarik selimut kalau hujan malam-malam gitu kan. Syukur alhamdulillah malam raya tak kena keje heeee :D. Bukan ape .. terkenang kenangan ketika keje syif dulu, malam raya hujan pulak tu memang syahdu betul ...!

Saat ini pastinya jemaah haji sedang berkumpul di Mina bagi melakukan ibadah melontar jamrah. Ingat lagi tak kita ada belajar dulu kat sekolah .... ada tiga jamrah iaitu jamrah Ula, jamrah Wusta dan jamrah Aqabah.




Dan, sekejap lagi umat Islam yang lain akan melakukan penyembelihan korban di tempat masing-masing bagi menyempurnakan ibadah dan mendapatkan keredhaan dari Allah s.w.t. 

Untuk itu, suka aku nak kongsikan beberapa perkara yang aku dan korang perlu tahu mengenai ibadah korban ni. Terima kasih UAI yang mengongsikan ilmu ini di statusnya pagi ni :)


1. Korban boleh dilakukan selepas solat hari raya aidiladha dan tiga hari selepas itu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu hari-hari tasyrik. [HR. al-Bukhori 5225, Muslim 1961, Ibnu Hibban 1008]

2. Menajamkan alat sembelihan sebelum menyembelih. [HR. Muslim 1967]

3. Merebahkan haiwan dan meletakkan kaki pada rusuk haiwan ketika menyembelih. [HR. Al-Bukhari 5565, Muslim 1966]

4. Jika unta, disembelih ketika ia berdiri. [HR. al-Bukhari 1713, Muslim 1320/358]

5. Sunnah mengadap kiblat. [HR. Malik al-Muwatha’ 1405]

6. Membaca 'bismillah' dan 'bertakbir' sebelum menyembelih. [al-An’am 6:121, HR. al-Bukhari 5565, Muslim 1966]

7. Memutus al-wadjan, iaitu dua urat tebal di leher haiwan sembelihan. Tidak sah korban jika hanya putus satu urat. [Syarh Bulugh 6/52-53]

8. Jika terdapat janin (anak) di dalam perut haiwan, cukup dengan hanya menyembelih ibunya. [Irwa`ul Ghalil 8/172 2539]

9. Sunnah menyembelih haiwan korban dengan tangan sendiri. [HR. al-Bukhari 5565, Muslim 1966]

10. Dianjurkan berdoa supaya korban diterima selepas menyembelih. Tiada doa khusus disyariatkan. Contoh doa: "Ya Allah, terimalah sembelihan / korban ini dariku dan keluargaku". [HR. Muslim 1967]

11. Disyariatkan makan sebahagian dari haiwan korban. [al-Hajj:28]

12. Boleh simpan daging korban lebih dari tiga hari. [HR. Muslim 1977]

13. Disyariatkan memberi sebahagian haiwan korban kepada fakir miskin. [al-Hajj:28]

14. Boleh memberi daging korban kepada orang kaya sebagai hadiah untuk mewujudkan kasih sayang sesama muslim.
Boleh memberi daging korban kepada orang kafir sebagai hadiah untuk melembutkan hatinya selagi bukan kafir harbi. [Fatwa Al-Lajnah Ad-Da`imah 11/424-425 1997]

15. Tidak boleh memberi upah kepada penyembelih dengan upah daging korban. Upahnya berasingan, tidak kira apa bentuk upah asalkan bukan daging korban. Namun boleh memberi daging korban sebagai sedekah atau hadiah kepada penyembelih. [Shahih Fiqih Sunnah II/379]

Semoga ilmu kita mengenai ibadah korban ini bertambah baik dan mendapat keredhaan Allah s.w.t insyaAllah :)


2 comments:

  1. Selamat menyambut hari raya aidil adha maaf zagir dan batin dari saya sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. Nice sharing kak :) salam aidiladha :)

    http://santanmanis.blogspot.com/2014/10/jom-bergaya-sakan-dengan-koleksi-tudung.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.