Aidil Adha 1435H

Monday, October 06, 2014


Assalamualaikum!


Huwaarghhh ...! entah kenapa raya aidiladha kali ni aku rasa sungguh penat yang amat ..! Membuteeeeeee je manjang ..penat buat ape aku pun tak tau ntah hehehe. Punyela ngantuk takleh nak cakap ...terutama lepas makan :p

Barangkali sebab kali cuti raya pendek kot, terkejar-kejar aku di rumah ni, membeli barang dan memasak, pastu bawa anak gi tengok lembu kena korban. Len kali aku cadangkan cuti raya korban kasi lama sikit, takdela aku ngantuk penat camni hehe.

Walaupun aidiladha kali ni aku tak balik ke kampung, tapi sambutan aidiladha di KL ni boleh tahan juga. Pagi raya pas solat raya, kami dah siap sedia nak gi nengok orang sembelih lembu kat belakang blok. Pak Jelan pulak demam selsema terpaksa berbaring aje di rumah.




Tahun ni dua ekor lembu 'ditumbangkan'. Kul 10 lebih kami dah bersedia kat belakang blok, penuh dan meriah ngan jiran-jiran yang dah siap sedia nak melakukan ibadah korban. Budak-budak pun eksaited nengok, berlari ke hulu ke hilir!

Ini merupakan pengalaman pertama kakak dan adik melihat sendiri bagaimana ibadah korban dilaksanakan. Aku amik peluang ini supaya mereka faham konsep ibadah korban dalam Islam. Banyak giler soalan diaorg time ni! hahaha. Sampaikan ada sorang makcik tu tersenyum dengar soalan kakak buu...bapak besar perut dia (lembu) tu bu! Apa ada dalam perut dia tu? 




Sepanjang proses penyembelihan dilakukan, aku tak nampak langsung ketakutan atau kegelian di wajah anak-anak aku ni. Mungkin first time nengok, diaorg lebih curious nak tahu apa ada dalam badan lembu tu sebenarnya hehe.




Saje aku suruh diaorg pi nengok dekat time ni. Atok-atok tu pun tak halang budak-budak nak tengok, so bestla diaorg dapat tengok dekat-dekat. Time aku dulu, budak-budak takleh gi dekat camni mau kena jerit ngan atok-atok hehe.

Time ni la macam-macam soalan kakak dan adik tanya. Nyesal aku tak ready ngan jawapan sekali hehehe. Ingatkan diaorg geli atau takut tengok darah menyembur gitu, tapi ternyata ramalanku tak benar belaka! huhu








Aku sendiri pun dah lama tak menyaksikan menyaksikan ibadah korban ni secara 'live'. Kali terakhir aku tengok rasanya time aku sekolah lagi kot. Tu pun tengok dari tingkap bilik mengadap padang, tapi sekarang padang pun dah jadi tempat parking kereta, maka terpaksa buat kat belakang blok. 




Tema warna hijau kami bertiga ari tu. Tudung kakak plak 'terbang' ke mana ntah pagi tu huhu.




Juadah pagi raya .... mi kari kambing. Kari kambing ni Pak Jelan yang masak tu yang sampai demam-demam tu hahaha. Belum makan dah demam huhu. Yang aku pulak, asal dah makan mesti ngantuk...tu yang malas nak masak gempak-gempak tu hehehe :p



Camat aghi ghayer! ^^


You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. terbaik boh....kasi lapah bersih daging tu....

    ReplyDelete
  2. Berani sungguh anak dara tu ye...

    ReplyDelete
  3. ida raya KL je. rumah mak. pun dua ekor tumbang... makan sup gear box. perghh dapnyaaa...

    #Selamat Hari Raya AidilAdha#

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM