Monday, October 13, 2014

# Cerita My Pearls # Parenting & Tips

Apa Tandanya Tu?


Assalamualaikum!


Setiap dari kita tentu mempunyai cara berkomunikasi yang unik dengan ahli keluarga kita sendiri kan. Setiap gerak tubuh atau signal yang ditunjukkan oleh anak-anak kita, pasti kita akan dapat tangkap apa maksud mereka.




Aku juga mempunyai anak yang cukup gemar menggunakan bahasa tubuh tiap kali dia nakkan sesuatu dari aku. Siapa lagi kalau bukan ...Mira! hehe. Kakak kurang menggunakan bahasa tubuh ni, dia lebih suka cakap direct kalau nak apa-apa ngan aku atau ayahnya.

Tapi Mira ... dia akan amik masa tengok mood kami, duk dekat bergesel manja-manja peluk-peluk pastu buat signal macam kat atas tu hehehe.

Tu tandanya nak ape tu ...?

Tu tandanya dia nak susu la tu. Memang gitu arr tiap kali Mira nak susu, dia akan buat ibu jari masuk mulut pastu memek muka manja gitu sambil kerut-kerut dahi hahaha. 

Cute ...! Time nak tido, time dia haus memang akan kuar signal begitu hehe. 

Dan aku memang dah faham benor kalau dia buat isyarat begitu. Uniknya ... anak-anak hanya akan buat isyarat manja begini dengan ibu ayahnya atau ahli keluarga terdekatnya saja, bukan di sekolah atau ketika bersama pengasuh.

Itu menunjukkan betapa specialnya kita di mata mereka .... :)

Kalau Mira buat isyarat begini kat nursery, dah tentu pengasuh tu garu paler mikir ingatkan Mira nak main tiup belon! hahaha.

So, kenali anak kita ... kenali bahasa tubuh mereka dan paling penting respon dan bertindak balas terhadap apa yang cuba mereka luah atau sampaikan. 

Bila kita respon terhadap gerak balas bahasa mereka, mereka akan merasakan kehadiran dan kasih sayang kita pada mereka :)


8 comments:

  1. Alolo comelnya bhs isyarat mira

    ReplyDelete
  2. haha..saya pun masih ada perangai g tu lagi. mak ayah macam tao tao kalau saya senyum kenyih2 kat diorang haha,,mesti nak g jalan mana-mana atau nak ajak makan luar hihi :P

    ReplyDelete
  3. hehehe..macam macam singal dia buat ye..sajalah tu...hehehe..comel pulak..

    ReplyDelete
  4. Comel... nk susu dgn nk bermanja tu.. :) :)

    ReplyDelete
  5. hahha.. cam klakor la plak, cute!
    anak² saya xder la plak, ke say x perasan... hihhi

    ReplyDelete
  6. sama macam anak-anak saya..yang kakak kalau dia pegang bantal merah dan kain azimat dia tu maknanya nak suruh bancuh susu dan dia ngantuk nak tidur..Yang lelaki pulak nak buai mesti dia kumpul semua kereta letak atas sofa..hahah..tak cakap pun..tapi kalau kita tak buat,ngamuk la..

    ReplyDelete
  7. kekeke kalo CT tetiba pi pelok mak mesti mak cakap ape tebiat ko ni hahaha

    ReplyDelete

Apa kata korang?