'Baby' Mira ..!

Tuesday, October 28, 2014


Assalamualaikum!


Yes .... Mira dah ada anak! Anak kecik aku dah ada anak ..! Tak boleh imagine bila Mira ada anak nanti hehe. Tak boleh tak boleh ... you are too small and too cute! Ibu tak kasi 'lepas' lagi ...! Budak kecik buat cara budak kecik ... jangan nak berbaby-baby yeh ...! hehe.



Meet 'shasha' ..! *kena paksa ngan Mira suruh panggil shasha*

Dari 2 minggu lepas lagi dia nakkan teddy ni. Ibu tak tahu kenapa Mira pergi letak nama 'shasha' kat teddy Mr. Bean ni. Teddy ni ada rupa 'perempuan' ke??? Suruh tukar nama 'lelaki' taknak pulak tu hahaha :p

Adeh ...

Kat mana beli si shasha ni? haaaaa kali ni jawapan korang salah! Bukan kedai Meei Mei ...tapi kedai kat Subang tu, apa nama ntah aku dah lupa hehe.




Sejak ada 'shasha', aku sedikit dipinggirkan ... hehe. Tapi takpe, at least aku ada masa untuk kakak dia pulak. Boleh tahan jelesnye si sulung aku tu kalau aku bermesra-mesraan dengan adik dia. Walhal dengan dia pun aku main geletek-geletek, sep-sep tom-tom, bergelak ketawa, dengar cerita dan macam-macam lagi huhu.

Tapi biasala ...anak kan. Mereka nakkan perhatian dan aku tak boleh pilih kasih dalam bab ni. Perhatian diberi sama rata dan sama adil.




Kemana saja Mira pergi, dia akan bawa 'shasha'. Kalau boleh dibawa ke sekolah, dia nak bawa ke sekolah! Tapi mujurla aku pandai reverse psikologi dia hehe. Maka, 'shasha' ditinggalkan dalam kereta bila Mira ke sekolah. Petang amik, masuk kete baru peluk 'shasha' balik ..!

Haiyaaa ...!


A photo posted by Hanim Hashim (@wanimira) on


Kalau kena turn dia tido sebelah aku, 'shasha' diletakkan di sebelah dia! Walaupun 'makan' sedikit ruang tapi takpela ...janji dia tido dengan aman hehehe. 


You Might Also Like

10 pengomen comel

  1. Dpt teddy baru ofkos la d kepit 24jam hihi

    ReplyDelete
  2. Teringat masa zaman kecik2 umo Mira ni..pun ada jugak simpan busyuk2 yang camni...

    ReplyDelete
  3. comelnya mira:)
    'anak angkatnya' pon comei:)

    ReplyDelete
  4. anak saya pun ada 'baby' dah. baru umoq setahun 10 bulan. Imaginasi kuat sungguh

    ReplyDelete
  5. hahah..comel la shasha dia..nak nampak "shasha" ibu kena letak keronsang reben2 ke,bunga2 ke,kat kepala shasha tu..

    ReplyDelete
  6. Oh Sasha...! Mr Teddy dapat nama gugurl...sabor jer Mira ni kan....hihihhh..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM