Saturday, October 25, 2014

# Cerita My Pearls

Ban iPad Seminggu!


Assalamualaikum!

Minggu depan kakak mula exam. Both sekolah rendah dan sekolah agama! So, starting esok kakak sudah tidak dibenarkan mengadap iPad, Tab, laptop, handphone aku dan handphone ayahnya! haha. Kejam ke ..? Dak aihhh... seminggu je ponnnn! Pas habis exam kakak hadap la macam biasa k.

Sebelum ni pun memang aku dah tetapkan peraturan tuk budak-budak ni termasuk Mira! Hari sekolah no gadgets, tunggu hari Sabtu baru leh main. InsyaAllah takda masalah kat situ. Tapi, kali ni kakak sorang je kena 'ban' dari main gadgets hehe so, harap dia dapat bertahan tengok adik dia main sengsorang hehehe.

Itu pun aku still bagi peluang dia main malam Jumaat dan hari Sabtu, pasal takmo pressure sangat. Lagi pon periksa darjah satu je ponnn .... takkan nak 'tekan' budak tu teruk-teruk kan! (hehe) 

Tu pasal start malam tadi, kakak kasi pulun main iPad sampai puas! Itupun dia kejap-kejap buka buku bahasa Arab menghafal nama, bila penat dia sambung main game kat iPad hehehe.

Harap kakak maintain result macam awal tahun ye ...

Kalau tak bu?

Kalau tak ... payah la nak minta macam-macam nanti.

High expection??... takla tinggi sangat. Tapi expect juga kakak dapat buat yang lebih baik untuk penggal kedua ni. 

Doa ibu dan ayah agar kakak tenang menjawab soalan periksa nanti ye. Tapi aku tengok ekspresi muka dia tiap kali aku tanya camana jawab soklan, mesti muka dia blur takda perasaan! Aku pun tak dapat nak pasti soklan tu susah ke dak hehe. 


5 comments:

  1. Slmt menempuhi exam buat kakak buat yg trbaik

    ReplyDelete
  2. garang la ibu ni hahahhaha...tatotttt ittew tauuu....

    ReplyDelete
  3. sama la..kathy pun tak bagi anak² ngadap gajet time exam mcm ni..

    ReplyDelete

Apa kata korang?