Birthday Ayah, Kelas Ganti dan Buku Baru!

Tuesday, October 14, 2014


Assalamualaikum!




Birthday boy minggu lepas .... hehe. Amboiii birthday boy la sangatttt! :p

Tak dan nak letak gambaq baru, buh gambar raya ni je la yek, nampak segak sikit aihh! haha. Sanah helwah abg, walaupun dah ucap happy birhtday pagi Sabtu 11hb tu hehe. Dulu masa mula-mula kawen, gigih tunggu kul 12 tghmalam nak jadi orang pertama wish happy besday kat dia, tapi sekarang belum kul 12 tghmalam aku dah krohhhh krohhhh krohhh .... dah acaner tu? hahaha.


Umuq dah 32 tahun, anak dah dua orang ..terasa masa cepat sangat berlalu. Tau-tau dah masuk 3 series. Semoga tahun-tahun yang mendatang dapat mematangkan pemikiran dan tingkah laku kita. Pesanan tuk aku juga tu....

Disebabkan pagi tu kakak ada kelas ganti di sekolah, maka sambutan birthdaynya sebelah tengahari la sikit. Ala kadar je sambutannya ... aku belanja makan rojak Bellamy hehehe. 




Mira kuat mengusik kakaknya ...! dia dah sakat kakak dia pastu dia buat muka tak bersalah. Mau kakak dia tak hangin ...! Memula kakak dia buka mulut je ... 




Hahaha amboiiii kemain dia menjeling kakak dia. Tau pulak marah balik bila kakak marah dia. Muka tak puas hati betul dah tu ...!




Time ni kakak dah 'buka' tangan dia haha. Dicubitnya adik sebab letak kaki atas bangku. Aku perhatikan aje ... nak tengok sapa beralah dan minta maaf dulu hehe.




Yeaaaa! rojak Bellamy yang dah lama aku idam-idamkan hehe. Aku sorang je yang order rojak ni. Pak Jelan amik nasi goreng ayam, kakak amik nasi goreng cina dan adik amik mihun sup. 

Gambar makanan lain takda, diaorg tak bagi amik pasal dah lapor sangat masing-masing so, rojak je yang available hehehe.

Dah puas makan, kami masuk kedai Pernama beli barang dapur sikit. Pernama ni cam kedai runcit gak la ...sapa-sapa bini askar tahu la Pernama ni hehe. Macam biasa, kakak adik dapat buku sorang satu.




Beli buku takpe. Buku cerita, buku latihan, buku kosong janji buku yang elok. Best pulak aku nengok koleksi buku kat Pernama tu, harga RM5 tapi macam-macam latihan ada dalam tu. 




Balik umah, masing-masing terus 'pulun' buku baru. Kakak suka mengira, yang adik suka mewarna ...layannnnnnkan! Ipad duk tengah-tengah stenbai hehe. Semalam diaorg kata nak buku baru lagi. Aku katakan, habiskan dulu buku ni, baru beli yang lain.

Kakak mula la datang semangat membara dia nak perabih latihan dalam buku tu hahaha. Assudohh! .... dengar aku nak belikan buku lagi lajuuuuu je dia buat ...! :p




Setelah penat seharian ....

Wajah tenang anak-anak kesayangan ibu ...tiada ketenangan yang lebih hebat dari ni :')


You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. Suka tengok muka anak ketika tidur..wajah yang mendamaikan :)

    ReplyDelete
  2. tengok anak tido memang tenang .. orang cakap la. Kalau lisa.. tengok mak tidur ..tenang je :)

    ReplyDelete
  3. Tiba2 gua rasa makin muda pula he..23x

    www.broframestone.com

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM