Friday, October 31, 2014

# Family # Family Time

Blogger Masuk Mahkamah ...!


Assalamualaikum!

Tak tahu apa kesalahan yang telah aku lakukan, tetiba mak call minggu lepas suruh aku pergi mahkamah! Dah la tu ... mahkamah kat Rembau plak tu! Ntah masa bila plak aku melakukan kesalahan di negeri kelahiran mak aku tu. Angin takda ribut takda taufan takda tetiba kena masuk mahkamah kelmarin!



Konfirm aku dah jatuh cinta ngan shawl yang aku baru beli ni! Kalau korang tengok entri-entri terbaru aku yang pakai shawl yang sama, minta maaf la ye hehe. Aku kalau dah suka, aku akan pakai sampai puas! So please bear with my obssessioness! haha :p




Sementara tunggu abah dan mak sampai, kitaorg lepaking dulu dalam kete. Dalam tu jugak la aku kena 'buli' ngan anak dara sulung, si kakak suruh angkat tangan buat telinga rabbit atas kepala hahaha! Ikutkan jugak le......!




Dek kerana lambat nau nunggu yang lain sampai, kitaorg singgah makan kat gerai makan di Pokan Ghombau. Nampak orang tebar roti canai, terus tarik bapak ngan anak masuk situ hehe.




Hari tu kakak 'EL' hehe. Perbicaraan pukul 10am, takut tak sempat je nak kejar balik ke KL, kakak terpaksa dicutikan dari menghadiri kelas pagi tu. Kang kesian anak aku tinggal sengsorang kat sana.




Tak lama lepas kami order, mak dan abah pun sampai hehe. Budak kecik muka berkerut di sebelah tu anak abang aku yang no.2. Kami panggil Dedek . Time ni sorang pun tak berani tegur dia pasal dia dah lain macam nak nangis hehe. 




Dua beranak ni memang kuat mengkritik satu sama lain!
Wakakakaka :p

Sayang kamu dunia akhirat!




Solosai makan, kami teruskan kan ke mahkamah.




Oohh .... bicara pasal tanah rupenyeeeee! haha. Aku ingatkan jadi OKT (Orang Kena Tuduh) tadi hehehe.




Tengokkan pada pipi aku tu pun ada ciri-ciri nak sama bentuk ngan pipi akak aku hehe. Tu yang gigih aku buat senaman pipi sekarang ni! heeee :p



Dalam mahkamah ....!


Sebenarnya, kami setelkan hal tanah pusaka arwah Wan (al-fatihah). Mengikut adat perpatih Negeri Sembilan, tanah pusaka keluarga akan diberikan kepada anak perempuan once ibubapa mereka meninggal dunia.

Tuntutan mestilah dibuat di mahkamah adat dalam perbicaraan yang dihadiri oleh Lembaga. Apa-apa nak cakap atau cadangan boleh dikemukakan masa ni. Kehadiran aku dan akak sekadar nak memahamkan prosedur perbicaraan dan bagaimana tuntutan ke atas tanah pusaka dibuat.

Kalau mak datang sorang, payah mak nak faham apa yang dibicarakan. Abah tak boleh masuk pasal abah 'orang luar'.




Dah setel bicara, kami lapar semula! haha. Sebenarnya, dari pagi tadi abah dah aim nak makan kat gerai ni. Roti canai aje mana cukup! Maka, tengaharinya kami pulun makan nasi pula!




Berakhirlah perjumpaan kami pada hari tu. Seronok berkumpul ngan mak dan abah kat luar macam ni. Abah nampak semakin sihat dan berisi. Dia cakap, abah sekarang guna "terlaaajak larisssssss!" pastu dia ketawa hahaha.

Katanya, kaki dia bengkak tapi bila makan D'herbs tu alhamdulillah bengkak beransur pulih dan kaki tak sakit lagi dah dengan izin Allah. Tapi, nak beli tu kena hati-hati sebab lain kedai lain harganya. 

Pastu abah ngadu mamak yang potong rambut dia kasi tobak rambut tepi sampai jadi nipis! haha. Gelak aje aku mendengarkan dia cakap macam tu. Abah bukan suka potong rambut cenggitu, berbulu mamak tu kena bambu ngan abah hehehehe. Adeh ....

Last but not least ....





First time selfie ngan abah .... encem tak abah saya? hehe.


Love abah dunia akhirat! <3



*Apasal ekspresi muka aku sameeeee je yek! haha


8 comments:

  1. Hhaha ingtkn ada kes besar tdi

    ReplyDelete
  2. Fuh suspen.. ingatkan kes apa tadi.. tanah rupanya.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Bikin suspen je KakHanim ni. Settle dah kes tanah pusaka ye. Hensem pe potongan rambut ayah. Mesti lagi terlajak laris. Haha

    ReplyDelete
  4. Saspen jer.. Ingatkan kes apa la pulak tadi.. Haha! ^^,
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  5. Hihihhh...ingatkan kenapa la sampai ke mahkamah pulak dah..

    ReplyDelete
  6. Akak seriau bab mahkamah2 ni...teringat masa kes cerai dulu...ermmm. ...ooo...org nismilan jugak ghupo eh....

    ReplyDelete

Apa kata korang?