Breaking

Thursday, October 09, 2014

Cabaran Mendisplinkan Anak


Assalamualaikum!


Sebenarnya, peraturan akan membuatkan anak-anak merasa lebih selamat kerana ia memberikan garis panduan yang jelas untuk diikuti. Dengan adanya peraturan dan displin yang jelas, semua ahli keluarga akan memahami dan melaksanakan tugas masing-masing. Anak-anak akan dapat mempelajari tanggungjawabnya dengan lebih cepat dan teratur.

Seperti mana yang Rasulullah s.a.w ajarkan pada kita, mendidik dan mendisplinkan anak haruslah mengikut peringkat umur tertentu. 




Aku akui dalam memang banyak cabaran dalam mendisplinkan anak-anak ni. Proses mendisplinkan anak ni bukan makan masa sehari dua je! Ia perlukan praktikal sepanjang masa sehingga anak-anak menjadikan peraturan dan displin itu sebagai sebahagian dari cara hidup mereka.

Dan, untuk memastikan mereka dapat menerima peraturan yang kita tetapkan tu juga memerlukan kita menunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Kalau dah kita sendiri makan roti tapi plastik tak reti nak buang dalam tong sampah, just letak atas meja camtu je ... ape maknanya tu??


Tips Untuk Mendisplinkan Anak : 

  • Nyatakan dengan jelas kepada anak tentang kelakuan yang sesuai dengan keadaan pada bila-bila masa sahaja

  • Adakan peraturan yang tegas dan terangkan dengan jelas pada anak-anak

  • Tidak perlu terlalu banyak peraturan. Adakan beberapa peraturan penting sahaja dan pastikan anda melaksanakannya dengan tegas

  • Ingatlah bahawa peraturan-peraturan tersebut mungkin perlu diulangi dari masa ke semasa

  • Jangkakan sedikit kenakalan dan perlanggaran peraturan dari anak anda kerana mereka masih belajar untuk menyesuaikan diri dengan displin

  • Pastikan peraturan dan displin tersebut disesuaikan mengikut umur dan tahap kematangan anak anda

  • Pastikan anda dapat mengawal diri dengan baik sekiranya mendapati anak anda melanggar displin. Jangan biarkan kemarahan menyebabkan anda bertindak mengikut emosi

  • Sekiranya anak anda dapat mendisplinkan diri dengan baik, pastikan anda memujinya agar dia mendapat peneguhan positif dari masa ke semasa

  • Jadilah model peranan yang baik. Selesaikan masalah anak dengan cara yang terkawal, amalkan komunikasi efektif dan didiklah mereka bertanggungjawab atas tindakan mereka

Bukan mudah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibubapa yang cemerlang, namun bukanlah susah jika kita melakukannya sekiranya diberikan ilmu dan garispanduan yang betul. 



sumber tips : anakku sayang


3 comments:

  1. Mendidik anak tak pernah mudah apa lagi mendisiplinkan mereka tapi ia akan jadi mudah bila dibiasakan. Betul tak, hanim?

    P/s: petua sakit tekak madu+limau nipis perlu dicuba bila ada madu aslinya.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi kak, memang kena sentiasa peringat kat mereka :)

      kena gi Rompin nak cari madu asli cenggini hehe :D

      Delete
  2. Jadi parents kena ada tahap kesabaran yang tinggi...semoga kita berjaya mendidik anak-anak syurga kita dengan baik...insya Allah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.