Tuesday, October 07, 2014

# Cerita My Pearls # Parenting & Tips

Indoor vs Outdoor


Assalamualaikum!




Tak dinafikan kadang-kadang aku lebih suka mereka layan kartun kat iPad tu atau men game yang dah sedia diupload. Dengan cara itu, aku lebih mudah memantau aktiviti diaorg, sambil-sambil tu aku boleh buat benda yang aku suka macam memasak, kemas rumah, makan, tido ... ehh ehhh! hahaha.

Tapi at least dengan cara tu aku tahu mereka selamat dengan aku. Payah sungguh aku nak beri kebenaran mereka bermain berdua di luar rumah tanpa pengawasan aku. Bukan tak percaya pada mereka, tapi dengan banyak benda yang berlaku di zaman ini, memang aku tak sanggup nak amik risiko!


Dan akhirnya, aku biarkan mereka layan kartun Frozen tu sepuasnya! Versi bahasa Inggeris ... bahasa melayu habis di'hadam' dua beradik tu. Siap dengan gaya masing-masing hayun tangan bagai pastu berlari dalam rumah sambil menyanyi. 

Walaupun sebutan ayat masing-masing tunggang langgang dan pelat yang kadang-kadang boleh buat aku ketawa mendengarnya dari dapur, tetap juga diaorg bersemangat nak menyanyi tu! hehehe. 

Haih ... gitulah pesen ada anak pompuan ni kan :)




Apapun, aku sedar aku perlu balancekan kedua-duanya, both indoors and outdoors. Tak boleh la nak kurung anak-anak sepanjang minggu tanpa ada aktiviti yang boleh memberikan impak positif kepada tumbesaran mereka. 

Sebanyak mana kakak dan adik menghabiskan masa mengadap iPad di rumah, mereka lebih suka menghabiskan masa bermain di luar sebenarnya. Hari-hari tanya aku kalau-kalau ada pergi mana-mana ke malam sat gi huhu. 






Dan ternyata, my precious pearls kakak dan adik lebih bersemangat, ceria dan lebih berkeyakinan bila bermain di luar. Keliling taman permainan tu mereka yang punya! hehe. Berlari, memanjat, bergayut, menggelungsur sampai aku pun rasa nak join sama. Tapi mujurlah mampu menahan diri, cuma banyak kali aku gelak sebab perhatikan Pak Jelan 'curi-curi' gayut kat tiang tu konon nak ajar Mira cara nak bergayut, walhal dia sendiri yang nak bergayut di situ! haha. 

Anak-anak perlu didedahkan dengan alam semulajadi dan persekitaran. Dan apa saja aktiviti mereka di luar kita perlu tahu dan ada bersama. Ibubapa juga perlu beri semangat pada anak-anak untuk mencuba benda baru. 

Teringat aku dulu balik tengahari tukar baju, turun bawah main sampai maghrib! Turun bukit, masuk kebun, berlari ke sana sini, jalan kaki dari flat ke jalan besar takda sapa nak kacau.

Tapi, di zaman sekarang ni perkara-perkara yang pernah aku buat dulu memang dah tak relevan untuk dilakukan oleh seorang budak perempuan kecil! 

Risau ...!

Ada sekali tu, kakak tanya kalau aku benarkan dia gi kedai sengsorang ...??!
Perghhh seriau aku dengar permintaan dia tu ..! berani sangat ko ni kakak! jangan bagi ibu heart-attack boleh tak?



3 comments:

  1. btul tu kadang risau biar main kat luar.. mcm2 skg ni kan? tp kalau bwk p taman. suka la budak2 kan

    ReplyDelete
  2. bahaya la zaman sekarang ni...pantang lepa, boleh hilang anak kita. takut

    http://butikgebugebu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Anak berani je.. Ibu yg x berani nk lepas kan..

    ReplyDelete

Apa kata korang?