Jatuh Cinta Ngan Shawl Ni ^^

Monday, October 20, 2014


Assalamualaikum!


Suka tengok orang pakai shawl ... walau kena berbelit-belit keliling leher dan atas kepala hehe. Pernah sebelum ni aku try pakai shawl, tapi bukan dengan tudung shawl sebenar. Aku try buat shawl dengan tudung bawal ...tapi blerrghh! cam kemek je muka aku hahaha.



Hati cam tak yakin nak pakai shawl apatah lagi bila pakai ngan kain tudung bawal, rasa macam kelakar tiap kali tengok cermin.

Tapi minggu lepas, bila opismate bawak mai tudung shawl ke opis aku dah jatuh cinta! haha. Amboii kemain ..jatuh cinta bagai ni! ^^

Serius! aku dah suka pakai shawl ni. Aku suka warnanya dan ternyata sesuai ngan muka aku hehe. Shawl butterfly ni dah la murah RM15 & RM18 .... comey ngat aihhh! hehe.



corak pistol lagi uollssss! haha.


Dari jauh tak perasan shawl ni ade corak pistol. Tengok dekat baru perasan hehe. 

Rare huh...! 

Aku gelar shawl ni 'guns & shawl' ala-ala guns n roses gitu ekekeke :p



Time dating di bawah sinaran lampu kuning hehe.

Jeling tu ...suke lettew! :p





Ada lagi satu shawl yang aku beli. Yang ni ada manik-manik, sesuai utk gi majlis atau kenduri. harganya boleh tahan ...auummm! haha. Takpe, yang ni Pak Jelan sponsor hehe.



Memang selesa dan best pakai shawl ni! 

Awning dia terletak elok je atas kepala ... takdela melekat kat dahi macam tudung lain. Memang best la! ^^




Aku tak suka corak manik yang berselirat dan penuh atas kain tudung. Bikin berat paler je! Tapi shawl jenis chiffon jorjet ni memang ringan dan maniknya tak berselirat. Hanya ada kat tepi tudung tu je, dan selebihnya manik kecil.




Shawl kaler merah ni pun aku suker sangat! ^^

Tapi aku tak jadi amik kaler merah. Aku amik kaler hitam dulu sebab boleh 'masuk' ngan semua baju kan.




Haihh ... terbayang-bayang pulak kaler merah ni ekekekeke :p

*abaikan mata panda tu*


Dapat jugak aku cari shawl yang sesuai ngan muka aku. Ingatkan muka bujur panjang aku ni tak sesuai pakai shawl hehe :)

You Might Also Like

15 pengomen comel

  1. comey jugak shawls ni anim...dah lama tak pakai shawls..

    ReplyDelete
  2. takde lebih ke kak shawl..? kekeke ^_^

    ReplyDelete
  3. cantik n comel u kedebommm nnt minta seponsor bg duit byk2 hihii :)

    ReplyDelete
  4. Tgh femes ni.. Shawl butterfly mmg sng nk bntuk...

    ReplyDelete
  5. Saya memang penggemar shawl..lebih senang pakai shawl dari bawal sebab bawal tak banyak gaya boleh dibuat..

    ReplyDelete
  6. Tertiba rasa macam pening kepala tengok benda nie banyak2 jenis dan warna...

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  7. memang sesuai anim pakai shawl.. nampak comey jer.. paling suka tengok anim pakai shawl yg color merah tue...Auwwwww terserlah keayuannya..=D

    ReplyDelete
  8. comel la shawl yang pistol tu hehe

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/resipi-aiskrim-untuk-tingkatkan-imun.html

    ReplyDelete
  9. muka bujur lagi comel pakai shawl ^_*

    ReplyDelete
  10. Cewahhh...bila Hanim dah jatuh cinta....apa pun rare lah shawl & guns tu kan:)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM