Kakak Pun Mengidam Juga ....!

Thursday, October 02, 2014


Assalamualaikum!


Hari tu aku mengidam ... sekarang kakak pulak ngidam! Ini family memang kuat mengidam ke ape hehehe. Tapi, kakak 'mengidam' benda ni lama dah. Start dia perasan adik dia dah besar dah tak boleh didukung dan bila adik dia dah pandai menjawab tiap kali dia marah!

Aku perasan kakak memang garang ... barangkali ikut aku. Sebab Pak Jelan jarang sangat nak marah tapi sekali bukak mulut ... hang tau la nasib hang! hahaha.

Walaupun diaorg lahir sama tarikh tapi perangai masing-masing memang berbeza! Ye la ... takkan aku nak expect diaorg sama cam kembar plak kan! Huh ...

Satu benda obvious yang berbeza antara kakak dan adik ialah kakak suka ngan baby! Mira bukan tak suka ... dia suka ... at least bila aku tanya dia jawab suka la hehe. Tapi, Mira sangat shy shy nak cium baby. Kalau aku dukung baby orang lain, nak kena panggil dia datang cium baru dia cium. 

Tapi kakak ... tau-tau je dia dah berdiri depan kiter minta tengok baby! hehe.



Time ni kami pi umah kak ipaq kat Shah Alam. Aku perhatikan kakak bersungguh melayan baby Muhammad. Aku panggil Muhammad je sebab tak ingat nama sebenar hehe. Tunggu masa je orang tu bangun kuar dari buaian, mak dia letak atas tilam baby, terus kakak kerumun dan layan.

bu .. pas adik ni kakak ada adik lagi tak?

Entah kenapa aku rasa soalan tu bunyi cam 'kejam'. Bukan kejam pada aku, tapi pada kakak. Budak umur 7 tahun ... ape benda yang dia fikir kadang-kadang pun aku sendiri tak faham huhu.

Soalan lain aku boleh 'hadam' lagi ... boleh berbalas pantun lagi. Tapi, bila datang soalan cenggini aku jadi blur ... tak tau nak jawab apa hanya boleh jawab insyaAllah kak....




Mira? Dia bahagia jadi 'baby' ...! Kalau aku cakap adik dah besar, takleh dah nak minum susu macam baby.

Adik kecik lagi la ma ...

Penafian yang tidak berkesudahan .... hahaha. Mira cam takleh terima hakikat yang dia dah semakin membesar. Takpe ... slow slow kita kayuh ye sayang ...

Kat umah kak ipaq ari tu pun, dia bukan layan sangat baby Muhammad. Lagi syok main ngan Mia & Iman kakak-kakak kepada Muhammad. Mira lebih serasi bila bermain dengan kanak-kanak sebaya atau muda dari dia. Ngan baby ... dia pandang sepi ekekekeke :p




Kadang-kadang aku kesian kat kakak ... dapat adik ketika di usia 2 tahun. Umur 2 tahun ... banyak benda yang dia tak perasan berlaku di sekeliling dia. Apatah lagi nak merasa saat-saat seronok mempunyai seorang adik. 

Tau-tau je adik dia dah besar dan boleh lawan suara ngan dia! hikhik~

Kalau dia tanya sekali lagi soalan tu, ape aku nak jawab yek .....? 


You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. klu Allah beri , dapatlah nanti kakak ... insha Allah .

    ReplyDelete
  2. Kalau ank akk tnya gitu, nampak gaya ibu nya kna proses adk bru la.. Hihi

    ReplyDelete
  3. bestnya kan layan bebudak,,, sweet je,, sayang je nak benarkan dia dewasa,, hehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM