[Kelas Menjahit] Dah Siap Belum ?

Thursday, October 23, 2014


Assalammualaikum!




Disebabkan mesin jahitnya ada satu je, maka minggu lepas aku proceed dengan kain dulu. Sungguh aku blur tang kain ...! Sebab aku takleh fokus bila baju tak siap. Tapi, sebab takmo ketinggalan, aku belajar yang kain dulu.

Tu pun tak habis ..! blerrghh ...!



So, hari tu aku belajar jahit tepi kain. Agak senang bila difikirkan balik, tapi sebab aku takleh fokus maka, benda tu jadi susah ...haihh!





Inilah kali pertama aku guna mesin jahit ..! Serius aku cakap, sekali dah lalu kain bawah jarum memang tak nak berhenti! hehe. Aku dah cam ketagih pulak dengan mesin jahit ni. Mantop la mesin jenama brother ni ... memang sedap zreeetttttttt!

Aku sempat jahit tepi kain, pastu sambung jahit untuk sambungkan lengan, pesak dengan badan. Perghh mujurla Kak Tun banyak membantu aku masa tu. Dah la tangan kekok, nak lalukan kain bawah jarum tu ... nampak senang tapi sendiri buat senget benget! haha.

Tapi dah lelama tu ...eh syok pulak main mesin jahit ni hehe.




Minggu ni aku jahit lagi. Apa pun yang terjadi aku nak jugak habiskan menjahit sambungan badan ni. Nak tunggu cikgu hadap aku memang takkan siap la baju kurung aku ni.

Dok perhati macam mana nak setkan mesin jahit ni, bolehla aku tau sikit-sikit cuma memula tu problem jugak nak masukkan benang hehe.

Benda yang aku dah pro sekarang ni ialah lilit benang pada sekoci hehe. Senang giler rupanya! Haihh ...bila la aku boleh dapat mesin jahit sendiri ... dapat sebijik cam brother ni pun ok dah Pak Jelan weh hehe.




Mencabar giler bila menjahit sengsorang takda cikgu kat depan ni! Benang jahit asyik terkeluar je dari kepala jarum tu. Padahal aku dah tarik kasi panjang dah, tapi tetap jugak dia terkeluar! Akhirnya, menjadi jugak jahitan aku. 




Kat atas ni, kak Gee tolong guntingkan bahagian bawah baju. Depan mesti lebih panjang dari belakang katanya.



Tadaaaaa!


Dah siap baju kurung aku ...hou yeaaa! ^^

Alhamdulillah ...setelah berminggu-minggu aku menunggu akhirnya siap jugak baju kurung aku ni. Tinggal nak jahit butang, jahit labuh bawah ngan silang pangkah kat tangan je tu.

Bestnye menjahit .... best lagi bila dapat tengok baju yang dijahit sendiri. Rasa macam dah terer je ...hahahaha! Jangan buat pasai ... nasib kain aku tu tak tahu lagi tu ...!

*fengsan


You Might Also Like

12 pengomen comel

  1. best kan dapat pakai baju jahitan sendiri. Projek menjahit zarith pon belum siap lagi. tunggu rehat pjg sikit jumaat esk =)

    ReplyDelete
  2. Bestnya... Nk juga bljr jahit...

    ReplyDelete
  3. Tlama lagi boleh ambik tempahan dah ni..heheh..

    ReplyDelete
  4. Dah lama teringin nak belajar menjahit..seronok tengok orang jahit pelbagai baju, nak2 sekarang trend jubah princesslah...memang berbaloi sangat kalau tahu menjahit ni..terutama kalau ada anak ramai..

    ReplyDelete
  5. Dah boleh dah buka business kecil-kecilan nie

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  6. sy phm perasaan akk..sy pn suke bab menjahit ni..

    ReplyDelete
  7. pandai adik menjahit. Menjahit ni bagi akak kena ada minat dan talent. Kak anim pernah belajar menjahit tapi dah lupaaa...hihihi..terukkan kan..anyway, good luck dik!

    Salam kenal dari akak :).

    ReplyDelete
  8. lama-lama pandai lah tu. Kalau guna mesin brother jenis industri lagi laju. Macam komen di atas, menjahit ni kena ada minat dan kesungguhan. Kalau tak ada dua tu, memang tak menjadi.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM