Libresse ® The Hunt Dengan Wajah Baru Dan Ciri Yang Lebih Baik!

Thursday, October 30, 2014


Assalamualaikum!


Pemilihan tuala wanita yang sesuai adalah keutamaan yang terpenting sekali! Antara ciri-ciri tuala wanita yang paling diinginkan ialah TIADA KEBOCORAN! Ini kerana masalah kebocoran akan mengundang ketidakselesaan kepada kaum wanita ketika 'datang bulan' terutama sekali tiga hari pertamanya!

Cuba bayangkan kalau kita berjalan di tempat orang ramai tetiba belakang baju kita ada kesan tompokan merah dotdotdot ... hahaha tentu malu kan! Ish ... 

Atas keprihatinan berterusan oleh jenama tuala wanita yang popular hari ini, Libresse mengambil inisiatif memperkenalkan kempen sosial medianya iaitu, Libresse® The Hunt. Kempen ini dimeriahkan lagi dengan memperkenalkan dua produk terunggul barunya - Libresse Maxi Night Secure dan Libresse Longer and Wider CurveFit™ Liner.





Aku juga tidak ketinggalan menghadirkan diri di kempen Libresse The Hunt yang diadakan baru-baru ini di The School by Jaya One. Oleh kerana ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di sana, maka perjalanan aku sedikit mencabar semalam haha! Ini kerana aku menggunakan public transport dan berseorangan!




Tunggu bas 15 minit baq ang! 

Rupa-rupanya, Jaya One ni sangatlah dekat dengan opis aku di PJ hehe. Hanya perlu naik LRT ke Asia Jaya dan amik bas Rapid KL T628 untuk ke Jaya One. Oleh sebab aku tak familiar lokasi sebenar, aku minta tolong pakcik bas Rapid KL ni berhentikan bas kalau nampak Jaya One hehe.





Mujur pakcik ni baik hati. Terima kasih pakcik ....jasamu kukenang! :)





Hadirin yang datang memeriahkan. Tunggu masa nak masuk dalam.




Lepas register, setiap seorang diberikan goodie bag berisi antaranya borang ni. Ada simple game tuk yang hadir. Bloggers pun boleh join! ^^



Aku tiba di sana tepat jam 2.30ptg. Kempen Libresse The Hunt bukan saja bertujuan memperkenalkan produk terbarunya, tetapi ada game yang menarik disertai oleh orang ramai untuk merebut hadiah gempak dari Libresse! Memang gempak ... tak caya baca sampai habis! ;)




Dah isi borang game tadi, hadirin kena buat task yang pertama iaitu kira berapa perkataan 'Libresse' yang terdapat pada panel.

Sonang je ni! ^^




Cer korang kira pulak .... sama tak ngan apa yang aku dapat? hehe




Pastu main seluk-seluk pulak hehe. Seluk tangan dalam setiap kotak selama 3 saat dan teka apa ada dalam box tu.

Kotak 1 sampai 4 konfiden je aku jawab ... sampai kotak 5 aku dah blur! haha. 




Akhir sekali, shoot the target! hehe. Tembak mana-mana kad dan kad belakang kad tu ada nombor untuk cabutan bertuah nanti. Phew!





Diterajui oleh Adibah Noor dan Fahrin Ahmad, Libresse The Hunt bermula pada 7 Oktober 2014 dengan siri iklan dan petunjuk di www.thehunt.my untuk membantu pengguna dan peserta ingin tahu bagaimana untuk mencari beg bimbit yang hilang. Dengan tema 'perisikan', kempen ini berjalan selama tiga minggu berturut-turut di mana setiap minggu memberikan petunjuk berbeza untuk merungkai jawapan berbeza yang akhirnya membawa kepada penemuan isi kandungan beg bimbit.

Believe me ... memang berbaloi dengan hadiahnya! ^^




Menariknya di majlis pelancaran ini juga, aku dan rakan blogger serta yang hadir digalakkan merakamkan 'wefies' terhebat melalui 'Mobsta', serta aktiviti-aktviti samaran lain seperti mencari bilangan perkataan LIBRESSE, Kotak Misteri dan Latihan Sasaran. 

Syok woooo! Memang aku tak lepaskan peluang ini untuk bergambar sebanyak yang mungkin dengan mereka hehe ^^





Tegak berdiri ... skema sangat kan haha :D




Bersama Qaseh dan Sue Izza


Dari kiri : Ayu Rafikah, Sue Izza, Qaseh, aku, Nannie dan Ruby


Sakan masing-masing berposing hehehe :D

Kempen ini mencapai kemuncaknya dengan acara permainan yang menyeronokkan yang dihoskan oleh Adibah Noor dan Fahrin Ahmad. Tepukan gemuruh kedengaran apabila Adibah mengumumkan Top 2 agents dari siri permainan Libresse The Hunt. Dan, amatlah membanggakan salah seorang pemenang Top 2 tu adalah seorang blogger dan kawan kami ... weehuuu! ^^

Top 2 agents yang dimaksudkan ialah .....


Blogger Nannie Isa dan sorang lagi (baju putih).



Top 2 agents kita kena susun huruf untuk membentuk perkataan yang akan diberikan oleh Adibah Noor. Siapa susun cepat dan betul, maka dialah Top Agent sekaligus menjuarai permainan keseluruhannya!





Yeaaaa dah tahu siapa pemenangnya dah! Tahniah kepada pemenang kita kerana berjaya memenangi tempat pertama! Hadiahnya berupa iPad Air .... wow! masyukkkkk! hehe.




Tak lupa tahniah pada rakan blogger, Nannie Isa yang turut tidak pulang dengan tangan kosong. Dapat iPad mini tuuuuuuu! Tahniah Nannie .... ramai jeles ni! hehehe.





Seterusnya, majlis diteruskan dengan pelancaran 2 produk rangkaian terbaru Libresse, iaitu Libresse Maxi Night Secure dan Libresse Longer and Wider CurveFit Liner yang pasti memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.




Pengurus jenamanya Debbi Ho berkata, "Apa lagi cara yang lebih baik untuk memperkenalkan Libresse baru dengan melibatkan pengguna kami bersama kempen LIBRESSE THE HUNT? Aktiviti medial sosial ini menggalakkan pengguna mengambil bahagian dalam permainan pelbagai tahap untuk merungkai petunjuk dan jawapan yang membawa kepada kemenangan juga lebih ganjaran. Ini adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan untuk kepercayaan mereka terhadap jenama Libresse selama ini."

Selepas itu, Adibah Noor dan Fahrin Ahmad  meneruskan acara dengan mengumumkan Top 8 agents yang terpilih memenangi Libresse The Hunt. Kesemua pemenang dikumpulkan di atas pentas, dan memang tergamam apabila diumumkan hadiah yang mereka menang semalam!




Setiap seorang membawa pulang ipod nano ....wuuuhuuuu! Mengucap syukur masing-masing :)



Rangkaian terbaru ini boleh didapati di kebanyakan pasar raya, kedai serbaneka, farmasi, pasar mini dan kedai runcit di seluruh Malaysia. Rangkaian Libresse Tanpa Haruman dijual pada harga RM2.95 ke RM14.90 manakala rangkaian Baru, Haruman Teh Hijau adalah di antara RM3.30 ke RM15.90.

Korang boleh layari www.libresse.com.my 

atau

http://www.facebook.com/LibresseMalaysia









Sekali lagi, tahniah  kepada semua pemenang yang diraikan dan syabas Libresse di atas pelancaran dua produk baru ini. Memang happening dan seronok berada di sini semalam! The food was good, the crew was nice and overall I'm happy to be here with my friends.





Last but not least, thank you Libresse for the goodies! ^^


You Might Also Like

13 pengomen comel

  1. Seronoknya dapat pergi...
    Best pakai Libresse ni kannn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best ... nyaman dan tak bocor! hehe :D

      Delete
  2. Seronoknya bestla dpt pergi event2 mcm ni..tringin juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti Asha pun boleh pergi juga :)

      Delete
  3. terbaik...hehehehehe..

    kathyrbain.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. wah best nye....cam ne ye nak join event macam ni hu3 teringin juga

    ReplyDelete
  5. hadiah lumayan..untung nya siapa dapat tu..

    ReplyDelete
  6. Hanim x ajak akak pun...lama dh x pi event tau....sedih...apa pun tahniah...libresse the best...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM