Pengurusan Jenazah

Friday, October 03, 2014


Assalamualaikum!



Dah lama aku berhajat nak hadiri kursus pengurusan jenazah ni. Kalau ikutkan memang tak munasabah nak khatam habis bab pengurusan jenazah ni dalam satu hari. Dah tu ceramah pagi, praktikalnye petang ... lagi tak munsarawak! heee :p

Tapi, aku takmo lepaskan peluang ... dapat belajar yang basic pun jadi la. At least, dapat gak tau sikit-sikit ilmu  fardhu kifayah ni sebab niat aku memang dah lama nak belajo. Kalau ikut kursus di luar memang payah ... masa, lokasi ... ahhh macam-macam alasan lagi la kan! haha.

Ok la .. back to the topic please! 

Kursus pagi tu dimulakan dengan ceramah pengenalan tentang kematian dan jenazah. Ustaz tu (apa nama aku pun dah lupa) cerita berdasarkan pengalaman dia menghandle jenazah-jenazah di hospital. 

Fuh! best dengar cerita pengalaman orang ni. Takde la boring terangguk-angguk menahan mata ngantuk hehehe.


Definisi MATI 

  • MATI adalah bercerai roh dari badan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Kiamat"
(Surah Ali Imran - Ayat 185)


  • Hukum mengingati MATI adalah sunat

Antara cerita yang ustaz kongsikan pada kami pada hari tu ialah bagaimana dia menghandle jenazah-jenazah yang berada di hospital samada yang ada waris ataupun yang tidak dituntut berbulan-bulan lamanya! Kalau ada dokumen pengenalan diri pada mangsa dan kita tahu agamanya apa makan ia akan diberikan pada wakil agamanya untuk disempurnakan.

Kalau yang takda dokumen pengenalan diri tu dan yang tinggal hanya daging atau tulang temulang, ustaz tu cakap dia akan sempurnakan mengikut anutan agama pemerintah sesebuah negara, Means, kalau tak tahu jenazah tu agamanya apa dan tiada waris yang boleh ditanya maka, ia akan disempurnakan cara Islam.

Nak mandikan jenazah perlu ada beberapa kriteria atau ciri-ciri atau sifat-sifat seperti :
  • Berani 
  • Sabar 
  • Amanah
  • Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup


Ni ustazah time praktikal, tunjukkan cara-cara mandi dan
 kafan mayat.


Ustaz tu khabor lagi ada beberapa kategori jenazah :

  • Jenazah normal - contoh : akibat sakit tua, jasad masih sempurna
  • Jenazah kritikal/ngeri - contoh : akibat digilis kenderaan
  • Jenazah reput 
  • Jenazah penyakit berjangkit - contoh : AIDS
  • Jenazah kanak-kanak

Ustaz ni banyak handle kes-kes ngeri dan kritikal. Ingat lagi tak kes buruh binaan warga Bangladesh yang mati dihempap binaan bulan lepas tu? Ustaz ni gak la yang handle ... nak citer pun .... kang ada yang terbayang-bayang kang hehe.





Antara barang yang diperlukan selain kain kafan ialah air mawar, serbuk cendana dan kapur barus.




Ustazah cakap kalau nak beli kain memadailah beli 10 meter. Ustazah tunjuk cara potong kain, takyah pakai talitape atau pembaris hehe.




Selain tu, ustazah juga tunjukkan cara nak buat telekung dari kain kafan.




Pasaipa semua ketawa ni? Pasai depa kata comeiiii 'jenazah' pakai telekung itu hehehehe :p




Inilah satu set 'persalinan' lengkap jenazah siap ngan telekung kat dalam. 




Ustazah tunjuk cara mengkafankan jenazah. Mujur modelnye kecil comei hehe.

Dan kursus pun solosai ....! Aku berharap sangat dapat join kursus sebegini lain kali tapi mestiah lebih dari sehari kursusnya baru fahammmmm :)


You Might Also Like

1 pengomen comel

  1. Alhamdulillah...dapat jugak belajar ilmu baru kan kenit :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM