Thursday, October 16, 2014

# Cerita My Pearls

Pernah Jumpa Budak Suka Makan Ubat?


Assalamualaikum!


Tak perlu pergi jauh ... dalam umah ni dah ada orangnya! Tak pernah jumpa lagi pesen budak suka makan ubat. Biasa kalau ubat-ubat ni, budak-budak lagi tak suka, lagi nak ngelak dari makan. Tak suka baunya, tak suka rasanya ....macam-macam alasan taknak makan ubat.

Tapi, lain benor ngan anak-anak aku ni. Dari kecil memang diaorg takda masalah makan ubat ... part tu alhamdulillah. Aku tak perlu nak tahan pipi diaorg kasi buka mulut pastu sumbat picagari tu. Dan, memang takda insiden guling-guling nangis atas lantai, berseret dan berpeluk nak bagi makan ubat.

Diaorg sendiri nganga mulut ...hehehe.



Dah besar ni pun sama gak. Kakak mahupun adik takda masalah makan ubat. Kalau demam atau batuk/selsema memang diaorg yang tukang peringat kat ibunya bila time makan ubat. Tu kalau tak sihat ....!

Kalau sihat ....? punnnnnn diaorg minta makan ubat ...! Iyooooo ... terutama adik. Perghh! dia punya drama 'sakit' dia ...semata-mata nak suruh aku atau ayahnya bawa gi klinik dan amik ubat hahaha. Ape ke heinye ...??! LOL.

Dulu semalam, Mira mengadu gatai pungkok (punggung). Berhari gak la ...so, Pak Jelan belikan ubat cacing bagi kat dia. Dia punya tonggang botol tu ...!




Dah gi buang ...habis dah tu.

Buu.. ade lagi ni...kan ada sikit lagi tu ....mmmm shedap!

Amboii kemain dia ... ikut dos sungguh! Naik takut pun ada bila tengok diaorg suka makan ubat begini. Aku sebolehnya nak ngelakkan dari bagi ubat terlalu kerap. Biar antibodi mereka sendiri yang 'melawan' penyakit tu.

Tapi tengok pada keadaan la. Kalau dah demam panas haruslah bawa gi klinik ...!




Siap sepetkan mata nak tengok ade lagi ke tak dalam botol tu ...hahaha :D

Adeh ....



17 comments:

  1. anak saudara akak ada dua orang yang suka makan ubat..so sangat bahaya kalau letak ubat dalam peti ais..

    ReplyDelete
  2. Anim anak2 kita sama laaaaaa..Suka benor makan ubat ..Kalau si adik yang sakit si kakak ngan si abang pon sibuk nak telan ubat ...pelik betul laaaa...

    ReplyDelete
  3. Laaaa... sama macam Akiff... suke sgt mkn ubat... pahit2 pun tetap nak makan ubat... pesyen budak2 skrg kot... Akiff pun kdg2 tu saje jer ckp sakit perut sbb nak ajak g klinik... adehhh...

    ReplyDelete
  4. hahahha.kat rumah saya pun ada sorang.my doter.dulu bukan kemain payahnya, since sekrang ni senang je,siap mintak lagi nak makan.

    ReplyDelete
  5. Sabar je la...akak pun jenis takut nak mkn ubat....berani betul diorg...

    ReplyDelete
  6. Samalah ngn anak kite...
    Budak2 sekarang kan..
    berani nauuu tak payah suruh sndiri yg ulur

    ReplyDelete
  7. Ramai jugak rupanya yang anak2 suka makan ubat..hehe..anak saya tak suka ubat..saya pun tak suka bagi diaorang makan ubat.lagi2 kalau batuk atau selsema..kalau ubat cacing tu tunggu doktor suruh la baru bagi.hehe

    ReplyDelete
  8. Mmg payah juga kalau suka ubat... Ank sy si kakak pun suka ubat... Siap kena sorok...

    ReplyDelete
  9. Gila la anak akak. Hahaha. Pertama kali saya dengar budak suka makan ubat. Lain dari yang lain. Boleh masuk Malaysia Book of Record ni

    ReplyDelete
  10. Hihih...bertuah badan...Hanim tak payah risaula bila anak2 sakit...dorang suka makan ubat...sure cepat baik lah...

    ReplyDelete
  11. Bukan senang nak jumpa budak yang suka dengan Ubat. satu perkara yang memudahkan buat ibu bapa :D

    ReplyDelete
  12. Salam kak.. Dasyat la ank akk ni.. Hehe. Cuma klau x sakit jgn galakkan mkn.. Tkut nti dia syok je mkn..

    ReplyDelete
  13. hahaha... ada, anak dara mama... suka makan ubat! pantang sakit sikit... hihi

    ReplyDelete
  14. Suka ubat ni. Fuyyo. Salute. Sy paling tak suka makan ubat. Kalau dpt ubat mmg jd pameran jelah.

    ReplyDelete
  15. Salam kenal sis hanim :)
    Terkagum sekejap...hehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?