Sisi Gelap 'My Twisted World'

Tuesday, October 14, 2014



Assalamualaikum!


Kalau korang mengikut perkembangan isu semasa di luar negara, terutama beberapa bulan yang lepas pastinya korang pernah mendengar berita mengenai tragedi yang menimpa pelajar-pelajar di sebuah kolej di Santa Barbara, California. Insiden tembak menembak yang membunuh 7 orang termasuk pembunuhnya, juga seorang pelajar kolej yang mempunyai masalah mental sejak kecil.

Aku terbaca berita mengenainya secara tak sengaja apabila rakan fb dari US mengongsikannya di laman FB beliau. Kita maklum bahawa kejadian tembakan rambang yang berlaku di sana sudah terlalu banyak sehingga menimbulkan kerisauan kronik di kalangan ibubapa! 




Dan sekarang, ia semakin 'mengganas' di sana ...! Aku tak dapat bayangkan kalau tragedi itu berlaku di sini. Nauzubillahiminzalik!

Back to this boy, Elliot Rodger seorang pelajar berusia 22 tahun mempunyai masalah shyness yang sangat tinggi untuk bergaul bersama rakan sebaya lebih-lebih lagi rakan perempuan.

Sebelum Elliot bertindak membunuh, dia ada tinggalkan manifesto setebal 137 muka surat, diari kehidupan dia sejak kecil sehingga sehari sebelum rancangan 'berdarah' itu. Kebetulan sungguh, ibunya merupakan warganegara Malaysia dan dia pernah mention pernah melawat Malaysia sewaktu kecil ..!

Aku baca manifesto tu rasa macam nak muntah ...! Aku takmo kongsikannya di sini, cukup aku katakan dia membunuh kerana dendam terhadap wanita dan menyebabkan dia masih 'dara' walaupun sudah berusia 22 tahun!

Can you see how chronic he was?? membunuh kerana tidak diberikan peluang melakukan s*ks dengan wanita cantik especially wanita berambut blonde. Aku percaya masalah sebenar dia lebih dari ini. 

Hurmm ... mereka mungkin mempunyai senjata paling maju di dunia, mempunyai bala tentera dan kelengkapan perang yang canggih, mampu menerobos maklumat dan privasi orang lain demi kepentingan sendiri, tapi sayang ...generasi muda mereka 'hancur' dalam kebebasan senjata api.

Hishh ... seram!!

You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. adeh..
    mmg mental tahap kronik dah kalau cmni.
    umo baru 22 dh bising hal dara teruna.

    ReplyDelete
  2. Budak nie sakit jiwa yg kronik...

    ReplyDelete
  3. ish3.. sy pn ada baca jgk sal nih .. huhuhuhu sadis!

    ReplyDelete
  4. Ish ish... kalau ikutkan dekat Malaysia pun ada juga kes macam nie.. Cuma tak beberapa cerdik je macam dekat luar negara.

    Luar negara, dorang bunuh orang then bunuh diri,

    Malaysia pula.. bunuh diri terjun bangunan... Ye ke nie?

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  5. Nauzubillahi min zalik, semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang dimurkai Allah dan dibiarkan terus sesat ;/

    ReplyDelete
  6. Bila kebebasan maksimum melanda macam perkara boleh berlaku...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM