Friday, October 24, 2014

# Cerita My Pearls # Family Time

Taman Tasik Dato' Keramat


Assalamualaikum!


Aku lemah kalau budak-budak ni ajak keluar. Keje asyik nak berjaaaalannn je! hehe. Cuti deepavalinya dah la sehari je... tambah musim ujan sekarang ni lagi rasa malas nak buka pintu rumah dan tunjuk muka kat luar haha.

Tapi apakan daya, anak-anak aku pesen memang kuat berjalan! Nak tak nak kena bawa diaorg hirup udara segar bila ada kesempatan. Diaorg ni kalau dibawa ke taman permainan biasa-biasa pun ok jer! janji pijak tanah ..! haha. 



Dah tak tau nak bawak anak ke mana, aku ajak Pak Jelan bawak anak-anak gi Taman Tasik Dato' Keramat! Sebelum ni kami layan Taman Tasik Titiwangsa, tapi pasai situ jalan jem pastu leceh nak cari parking, maka kami ke sini pulak.

Dekat je Taman Tasik ni, belakang Desa Pandan je rupanya hehe. Sampai sana dalam kul 12 tghari. Selalu kalau aku balik naik feeder bus dari stesen putra lrt Dato' Keramat lalu kat tepi taman ni, nampakla apa ada kat sini. 

Memula diaorg layan taman permainan. Aku ikutkan aje dari belakang. Pastu aku ternampak budak-budak muda jual bubble ni. Syok kalau diaorg layan ni ...!





Sorang RM4. Saiz boleh pilih mana kita suka, harga tetap sama. Diaorg ada roller blade jugak tau! Setengah jam RM5. Memula kakak nak main roller blade tu, tapi agaknya dia takut sikit, maka dia pilih bubble ngan adiknya. 




Termenung ke ape tu? sebenarnya aku teringin benor nak main roller blade tu, tu yang dok tenung dari jauh je kasut roller blade tu hahaha. 

Takpe, next time aku tau dah nak tuju ke mana dulu hehe :p





Macam ni buatnye dik .... kena rendam lama-lama sikit kasi buih tu kena kat gelung tu.




Happy diaorg hari tu ... ceria bila dapat main-main kat situ. Ye la, penat ke sekolah ... penat mengadap buku ... penat bangun awal pagi setiap hari. Ni je la pun yang ibu ayah boleh bagi dalam masa sehari. Nak gi jejauh tak dapek do! 

Tengok langit semakin menghitam....

Cepat! cepat ...jom balik langit dah gelap tu. Ibu jemur kain tak angkat lagi ni

Masuk dalam kereta, setitik-setitik ujan jatuh atas cermin keta. 

Assudoh! habis la kain hani jemur pagi tadi bang...!

Cun cun sampai kat tangga rumah, ujan merembes dengan lebatnya! haha. Berlari aku naik tangga angkat kain di jemuran. Lembab lagi ...!

Dah masing-masing kepenatan dan kelaparan, aku masakkan yang simple-simple aje .... pantas dan mudah! Mujur nasi dah masak sebelum kuar umah tadi huhu.




Sambal petai ikan bilih!



Sutun goreng kunyit!


Burrrpppp! sekius me ... alhamdulillah :D


10 comments:

  1. anim, roller blade tu memang sampai sekarang tak reti farah nak naik ok?

    ReplyDelete
  2. wah..sambal petai dan sotong goreng pun simple2 ye...kalau tak simple cemana la masak nya..ekekek..

    ReplyDelete
  3. Lama juga x g tasik tu... Padahal hari2 mmg lalu situ...

    ReplyDelete
  4. Bestnye sis..next time nak bwa anak2 gi sana pula. Hehe

    ReplyDelete
  5. 2 gambar bawah tu mengugat keimanan T_T takde petai kat siniiiiii. sobs

    ReplyDelete
  6. Assalam…kepada seseiapa yang pernah beriadah atau berbasikal dekat taman tasik datuk keramat ni….sya nak mintak tolong anda smua untuk jawab survey ni boleh? terima kasih.

    https://amiramiera93.typeform.com/to/a3LS6w

    ReplyDelete

Apa kata korang?