Breaking

Thursday, October 02, 2014

Tolong Cipta Kereta Terbang!


Assalamualaikum!


Pesanan khas untuk semua pembuat kereta seluruh dunia! Dengarilah rintihan hati kecil ku ini huuuhuuu. Alkisah semalam yang semua orang tahu semalam ... KL jem teruk gara-gara banjir kilat! Urrghh ....

Aku kuar opis macam biasa, hujan sederhana lebat. Masuk kereta, start enjin ...zooommmm aku pecut! Amik adik kat tadika, gi pulak tunggu kakak kat sekolah agama. 



Hujan masih renyai ... sementara tunggu kakak, aku ngan Mira buat 'projek' khas dalam kereta hehe. Dia sibuk nau suruh aku ikat tocang cam Elsa Frozen tu! Rambut tak padan yang toncet ....! Aku kata ibu buat siput la kat rambut Mira ni  ... ye.

Aku teringat satu style siput yang aku selalu buat masa kecik-kecik dulu. masa budak-budak, rambut aku panjang boleh ikat tocang boleh buat siput. Getah rambut bunga ros tu ... cantik kan? Cer teka beli kat ne? Tak tau ...? Kali ni aku bagi jawapan ... next time korang tau dah nak jawab apa kalau aku tanya lagi yek ekekekeke :p

Kedai Meei Mei! T__T

Mira suka rambut dia dibuat begitu. Tapi, kalau dia kalih ke kiri kanan pastu buat 'ganas-ganas' sikit mula la siput tu terkeluar! Haihh .... 

Kringggggg kringggggg kringggggggg!!!!

Loceng sekolah dah bunyi ... amik payung kat belakang kuar dari kereta berjalan masuk ke kantin sekolah. Aku perhatiiiikan je dari jauh kakak dok membeli sesuatu dari makcik kantin tu. Dia nampak aku, pastu buat muka terkejut! hahaha.

Masuk balik dalam kereta, Mira tanya ape tu kak? kakak beli ape?

Nah ... tuk adik amikla.

Oohhhh dia belikan tuk adik dia rupenyeeeee ....

Start balik enjin kereta, Kuar ikut Masjid Jamek kawasan Melayu pastu potong ikut jalan belakang kat jalan Gasing. Perghh! kira hebatla tu kan dapat cilok cilok jalan belakang pastu tetiba dah sampai Federal!! hahaha. 

Tapi .... bila turun je susur kat PPUM tu bahana menanti!! Federal ni kalau ikutkan hari-hari jem! Itu aku boleh 'telan' lagi ....!

Sedaya upaya aku memecut kereta kebal aku melepasi semua sempadan negeri dan bandar hehe. Semata-mata nak 'lari' dari jem dan perut kami yang dah lapor nasi!

Masuk Loke Yew, kereta dah mula perlahan. AKu ingatkan jem biasa je. Aku sampai sini kul 6.15pm ... ok sangat la tu! 

6.30pm .... kereta dok tercongok lagi kat situ! gerak semeter pastu berenti 15 minit! Semua arah jemmmm! Dah aku agak mesti sebab banjir! Semua 'lari' cari jalan lain nak pulang ke rumah. 




Kul 7.00pm ...  kami tercongok atas flyover Jalan Tun Razak pulak. Kali ni lebih lama dari biasa huhu. Lenguh kaki jangan cakap la...dok main brek ngan clutch je! Cabaran berkereta manual. Assudohhh! berdoa sungguh aku time tu tolonglah ya Allah tukarkan kereta aku boleh terbang atau jadi Optimus Prime!

Tapi kereta kebal tetap kereta kebal....

Hampir 45 minit kereta tak bergerak ... bila ada yang hon baru gerak sikit-sikit. Rupanya dua-dua arah jalan jem teruk! Senang citer semua jalan la ... yang atas yang bawah semua tak bergerak! Lampu trafik tu dekat 50 kali tukar kaler aku rasa .. tapi sekor pun tak gerak!




Mujur ada 'penyelamat' besar masa ni! Mira dah tunjuk muncung itik dia ... bila nak sampaiiii bila nak sampaiii! Mendidih pulak kita mendengarnya! Yang kakak dah selamat berdengkor di belakang kepenatan.

Pastu ada 2 orang polis naik motor datang 'menyelamatkan' keadaan. Gerak jugakla kereta sikit-sikit. Yang bas, yang lori yang kereta, yang motor pun masih dok hon-hon lagi huhu.

Sampai umah hampir kul 9pm ! Masing-masing berkejar nak siapkan homework dan susun beg untuk esoknya. Yang aku pulak capai tuala buat apa yang patut, pastu capai periuk masak nasi pulak. Mujur sempat aku membeli sup tulang Janda Baik tadi huhu.

Kul 10 lebih kami pun membongkang ......



Sekian.


8 comments:

  1. semalam banjir kilat, tu yang buat jem teruk.

    ReplyDelete
  2. Si kakak pun bijak ambik peluang tidur dulu dan adik nasi baik sebab kakak ada belikan makanan kat kantin. Kalau tak mahu dia kata lapar-lapar-lapar...

    Kalau kena lagi memang teruklah - minyak dahlah naik 20 sen memang jawabnya atas jalan pun buang duit ajelah..

    ReplyDelete
  3. Aduhhh banjir ke. Hmmm penat jugak ye klu bwk manual bila jam huhu.manual lg cepat mkn minyak huhuhu. Minyak dah la naik. Haha cmmnt mcm xda kne mngena dgn entri kan huhu sorry

    ReplyDelete
  4. best baca blog ni. boleh bayangkan situation yang real macam mana. hehe...

    menowizme.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Alahai..habis masa kat atas jalan je..kalau saya mesti badan rasa letih sebab dok lama2 dalam kereta..

    ReplyDelete
  6. Comelnya Mira buat rambut macam tu...kiut jer nampak :-)

    ReplyDelete
  7. Fuhhh, pnat klau jem ni.. Nk tercabut kpla lutut semua..

    ReplyDelete
  8. nasib baik la muja dok klate,, masih tolerable lagi la trafik kat sini,,, :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.