Trickmu Dalam Poketku!

Thursday, October 09, 2014


Assalamualaikum!

Hahahaha ibu nak ketawa dulu sebelum buka cerita!

Memang kalau hari sekolah aku dah tetapkan peraturan ngan anak² bahawa no ipad on schooldays!

Dari peringkat tadika lagi aku dah biasakan diaorg dgn peraturan ni walaupun kadang² aku 'cair' dengan pujukan rayu kakak dan adik hehe. Kali ni diaorg gunakan pendekatan ala-ala reverse psychology ...!




Cubaan pertama


Bu bu..ibu tau tak benda yang camtu camtu camtu pastu dia ada muncung camtu camtu pastu ekor camtu 
(sambil tunjuk jari buat bentuk)

Tak tau..ape benda tu?

Alaaa..nanti kakak tunjukkan kat ipad .... boleh yek??

*geleng paler*

Alooo...



Cubaan kedua


Maaa ... ma tau tak camner nak tengok main video ni 
(tunjuk kat video dalam ipad)

Tak tau 
(buat-buat tak tau ... menunggu 'umpan' masuk)

Haa meh sini adik tunjuk ...!

Ehhh takyah takyah .... nak tunjuk hari Sabtu nanti

Aloooo .... sikitttt je. Adik nak main sikitttt je ma ...

Nehi to!



Seperti yang aku jangka, kedua-dua 'misi' diaorg nak main ipad gagal.....! Pergh! macam-macam cara, macam-macam ayat diorg guna untuk 'cair'kan hati seorang ibu hehehe. 

Tapi, macam aku cakap dulu peraturan tetap peraturan. Time belajar, belajar. Time nak main, ibu tak halang asalkan berpada-pada tidak melampau. 


You Might Also Like

20 pengomen comel

  1. amboi..pandai kakak ngan adik buat trick,.nasib baik ibu dia tak cair..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. memang pun...kena kuarantin lagi sepanjang minggu :D

      Delete
  3. hahha..pandai gak ye nak trick...hehee

    ReplyDelete
  4. hehehehhehehe cute dia org...
    memang pon kalau tak buat peraturan siang malam ipad....sama jerk dgn anak2 saya...nak mandi makan pon sanggup bertangguh disebabkan ipad....bila dah kena rampas, barulah bingkas semua....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn ... tak larat nak membebel suruh diaorg bangkit dan buat keje lain. Kena tetapkan dari awal so bila diaorg merungut, kita boleh kasi peringat, tak gitu hehe :D

      Delete
  5. mmg terbaik trick nya tu, NK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaaa tapi trick ibu dia lagi terbaik haha :D

      Delete
  6. hahah..budak2 sekarang lebih geliga dari kita..ekekek..saya dah lama tak bagi anak2 pegang tab atau smartphone.kalau nak online kena buka komputer.tu pun hari sabtu ahad je..tab dan smartphone ni macam berhantu sikit sebab tu tak boleh bagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sis, kalau bg diaorg pegang la² ipad atau tab atau phone memang 'berhantu'. Kita yg tengok ni pun naik 'hantu'! Hehehe :D

      Delete
  7. Ini iPad yang menang tempoh hari ke?

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  8. Hihihhhh...bijaknya anak-anak Hanim :) Nasib baik ibu dorang tak cair lagi daaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bijak bijak .... naik pening dah ni kak hehe :D

      Delete
  9. haha..sya sorok terus..baru diaorang lupa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hohoho takleh sorok pun, anak-anak anim memori kuat kalau bab ipad ni hahaha.

      Delete
  10. nampaknya akan ada cubaan seterusnya nanti... hihi

    ReplyDelete
  11. hehe pndinya dorg ye.bijak2.. tp ibu bijak lg.ekeke

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM