Breaking

Monday, November 10, 2014

Panjang Lebar!


Assalamualaikum!




Dulu saiz 29 ....

Lepas 8 tahun dan melalui 2 proses kelahiran kini ada 'anjakan paradigma' sikit pada saiz pinggang ni hehe. Aahh...! beza cuma beberapa inci je ponnnn!




Alkisah malam tu singgah kedai bundle tengok-tengok kot ada seluar slack atau jeans yang sesuai. Sebab aku suka layan bundle ni selain murah, kualiti baju dan kain dia pun not bad. Tapi, ko memang kene take your time belek satu-satu baju atau seluar kat situ.

Selalu tengok Pak Jelan belek seluar jeans mesti tengok saiz dulu kan hehe. Bila dah berkenan ngan kainnya, saiz pulak takda. Bila saiz ada dia tak berkenan pulak dengan coraknya. Memilih benor!

So malam tadi baru aku tau, susah gak nak milih seluar bila saiz kita takda! Saiz 32 ciput je! Yang banyak saiz 27-30 ... mau tak nangis! haha. Dulu senang je aku beli seluar, tak perlu pilih lama-lama ... tengok cantik seluar tu konfirm ada saiz aku ...29. 

Tapi malam tadi .... aku berkenan ngan satu seluar ni .. jeans jugak. Acu kat kaki ...wahhh boleh ni ...sesuai dengan kepanjangan kaki aku hehe. Masuk dalam fitting room, try pakai .... huwaaaaa! senak bila nak zip seluar! Tu baru nak zip ...belum nak butang lagi. Mau terbang butang tu kalau aku 'paksa' jugak huhu.

Sedor diri ... awak tu dah melebar Pn Hanim! >.<





Walaupun orang dok cakap awak tu kurus dan tinggi, takda punggung ... hakikatnya awak semakin melebar huhu.Belek punya belek, akhirnya aku jumpa ngan seluar jeans ni. Saiz 32 tapi yang paling aku suka sebab corak bunga pada kaki seluar ni.




Try fitting nampak cunnn .... hehe! Rembat terus yang ni. Baru RM10. Hajat nak pakai hari ni gi jenjalan ngan anak-anak tapi 'eksiden' plak malam kelmarin time bawak anak gi makan ....ntah macam mana time berjalan kaki sebelah kiri boleh termasuk dalam lubang kat tepi jalan. 

Hurm ...


3 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.