Family Day Di Paya Indah Wetland!

Friday, December 12, 2014


Assalamualaikum!




Kali ni Family Day berkonsepkan outdoor dan back to nature. Jauh nun di Paya Indah Wetland, Dengkil first time kami sampai sini huhu. Ingat nak sesat dah ... tapi kali ni Pak Jelan memang terer cari jalan ke sini hehe.





Masa kami sampai semua pakat berdiri nak mula senamrobik. Siap ada poco-poco pulak ... tunggang langgang semua menari huhu.




Acara pertama untuk kanak-kanak ... kutip cekelat! Bab ni Mira memang 'champion' ... tak menang hadiah pun takpe janji dapat cekelat hehe.




Kiter suruh dia cari cekelat yang ada nombor .. dia gi sauk semua cekelat masuh dalam kantung baju dia hehehe.




Next, kakak punye game .... tiup belon sampai pecah! Memang tak reti takut budak ni... teringat aku masa kat Agrofarmstay aritu ... punye kecut nak kasi belon tu pecah haha. Kena tang anak ... relax je dia tiup!




Belon dah besar pun masih tak meletop .. alih-alih aku suruh kakak pijak je belon tu kasi pecah hahaha. Dapat la nombor 2 ....hehe.





Suka kakak dapat hadiah hehe.


 


Hari tu aku kena paksarela ngan anak sendiri suh join game! Haihh .... ibuuuu jugak yang jadi mangsa hehe. Ayah 'selamat' kat belakang tak kena tarik baju ngan anak huhu.

Aku sempat join dua game ... lepas tu aku nyorok belakang tiang ekekeke. Si kakak dah memanggil ibuuu ibuuu ... nak suruh aku main game lagi la tu! Tak koser la ibu ko ni nak masuk game lagi nak oii ... kasi orang lain pulak la ye.




Dapat tempat kedua acara kepit bola pingpong di pipi hahaha. Jadik leeeeee :D





Ini rupanya kerja Pak Jelan kat belakang! Sampai sampai je terus dia 'lesap' dari pandangan ... rupa nolong orang bako ayam di belakang huhu. 






Kakak dan adik nak tengok crocodile .... time cuaca panas dia tak kuar la sayang. Dia dok berendam je la dalam air tu.




Nampak mata crocodile je. Malu-malu plak dia hehe.







Orang kuat dapur kuikui ~





Game lambung belon berisi air huhu.




Alamakkk! kantoi sudah ... hehe. Lapaq baq ang ... orang dok main game, aku dok cari makan. Dah la makanan sume sedap-sedap! 




Family Day kali ni memang sesuatu yang berbeza bagi kami sebab first time buat kat luar. Selalu main bowling atau makan-makan je. Walaupun Paya Indah Wetland ni jauh ... tapi memang bestla untuk orang yang suka dekat dengan alam semulajadi dan inginkan kedamaian dan ketenangan.

 Sayang .... gambar kumpulan takda sebab semua dok sibuk menapau makanan pastu balik terus huhu.




Hadiah-hadiah yang kami dapat hari tu. Aku dapat hadiah pinggan, mug ngan set mewarna Faber Castle. Kakak dapat set mewarna Staedler ... jimat banyak ibu tahun depan takyah nak membeli dah pensil kaler korang hehe.


You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. Salam jumaat. Seronok btol ada fmly day kan, terasa rindu nk gather dgn fmly reramai nhuhuhu

    ReplyDelete
  2. saya nampak ayam bbq la.. haha... la ingatkan Wetland di Putrajaya tadi. Ini Wetland lain rupanya.. x0x0

    ReplyDelete
  3. 1st time sampai tempat tu dulu, lagi 5 minit nak tutup, so cancel... balik... 2nd time sampai, ok, naik kereta dia yang macam train tu, lepas tu hujan, abes lencun... hehehehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM