Layan Pada Zaman Dahulu

Monday, December 01, 2014


Assalamualaikum!


Kadang-kadang dua beradik ni kalau dah puas main game atau main masak-masak atau sepahkan umah hehe aku akan ajak diaorg baring santai-santai tengok citer kartun ni. Pernah dengar 'Pada Zaman Dahulu' ....? Citer kartun ni ada kat channel TV Alhijrah je. 

Memula memang aku tak tahu pasal citer kartun ni, sebab channel AlHijrah pun bukan main susah nak dapat sini! Kakak la yang introduce kat aku citer ni dalam Youtube hehe. 




Cakap benar, citer kartun 'Pada Zaman Dahulu' ni lebih best! berbanding citer-citer kartun kat TV9 yang selalu kakak adik tengok petang-petang tu huhu. Aku yang tua ni pun tak jadi keje dibuatnya hehehe ..... macam-macam citer, pengajaran dan nasihat dalam setiap episod.

Plus, anak-anak boleh belajar peribahasa lagi!




Karakter Ara ngan Aris pun best ... terhibur kakak dan adik kalau tengok. Cerita dia ringkas je ... banyak guna haiwan untuk sampaikan mesej yang baik pada kanak-kanak. Semalam aku tengok cerita Singa kena perangkap pastu tikus yang kecik tu selamatkan dia huhu. Memang kelakar ... tapi disebaliknya ada mesej yang baik dan berguna untuk anak-anak.

Tapi tu la ... nak tengok kat tv channel AlHijrah nye tak dapat-dapat lagi. Maka, kami tengok kat YouTube je la. Tu pun dok berulang episod yang sama hahaha. Tapi best ... tak jemu. Banding kalau kakak adik tengok kartun Winx Club kat tv tu ..... ya Allah ..... dengan skirt pendeknya, baju belah dadanya ..... tutup tv terus takpe! huhu.


You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. saya kalau tengok pun layan kak cerita kartun yg ini

    ReplyDelete
  2. x pernah tgk lagi...
    slalu tgk iklan jew..
    xpn slalu tgk ending..
    tgk pada kartun mmg cntik.
    budak2 mmg suka ler watak2 cmni.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM