Friday, December 26, 2014

# Anything and Everything # Cuaca

Paranoid Dengar Bunyi Hujan!


Assalamualaikum!



Amaran hujan lebat malam tadi


Mengenangkan nasib saudara-saudara yang sedap bertarung nyawa di negeri-negeri yang terjejas teruk akibat banjir ... hati ni bertambah risau. Langsung takda mood nak update blog semalam. Macam manalah keadaan mereka sehingga kini .... ya Allah lindungilah mereka ya Allah ...


Malam tadi Kuala Lumpur hujan lebat ...  Anak-anak dah lena di sebelah. Hati ni berdetik jugak tempat mana lagi la yang banjir malam ni ... dan ternyata ada tempat yang banjir!

Tengok pagi ni khabarnya beberapa kawasan di Shah Alam dan Kuala Lumpur ditenggelami air. Walaupun tak seteruk di Pantai Timur, ini dah cukup meresahkan! 




Amaran hujan lebat TERKINI!



Shah Alam 



Pahang



KL


Yang menengok ni pun dah tak senang hati resah gelisah, apatah lagi mangsa-mangsa yang mengalaminya sendiri di sana. Harta benda musnah tak apa lagi .. tapi nyawa ... anak-anak, orang tua, mak ayah .....? Moga banjir cepat surut dan mereka dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Kita yang tak terjejas ini perlu juga lakukan sesuatu. Pada yang ingin membantu boleh salurkan apa jua jenis bantuan samada sebagai sukarelawan, menderma barang-barang keperluan untuk mangsa-mangsa banjir di sana. 






Pastikan kita menyumbang pada saluran yang betul. Salah satunya seperti di atas ni. Sama-sama kita doakan keselamatan dan kelancaran urusan menyelamat mereka di sana. 


5 comments:

  1. Ujian yg Allah turunkan buat kita semua utk dijadikan renungan bersama. Moga tak berpanjangan. JB pun hujan dan sekarang di luar pejabat kakak dah mula gelap. Rasa kakak tak lama lagi akan turunlah...

    Teruskan doa kita memohon padaNya.

    ReplyDelete
  2. Sebak. Harap semuanya akan berakhir dengan secepat yang mungkin.

    ReplyDelete
  3. Semoga semuanya kembali sprti dulu.inshallah. tak snggup nk tgk org post2 n berita. smg tuhan lindungi mereka.inshallah

    ReplyDelete
  4. Aduh..takut nya..kami kat penang ni pun walau pun hujan saja,tak banjir tetap dalam ketakutan jugak..

    ReplyDelete
  5. Ujian Allah untuk kita insaf dan sedar...

    ReplyDelete

Apa kata korang?