Seminggu Cukuplaaaahhh ...!

Tuesday, December 16, 2014


Assalamualaikum!


Dalam banyak-banyak dugaan dan ujian ... yang satu ni yang aku takleh tahan. Mungkin juga ini kelemahan aku .. kelemahan seorang ibu huhu. 

Orang mungkin fikir .. bila takda anak di sisi hidup ni rasa seronok! boleh dating ngan suami ... boleh gi jenjalan ... boleh lepak kedai sampai larut malam ... boleh tgk channel kesukaan ... boleh berjaga malam update blog sampai lebam.  

Tapi bagi aku seminggu anak-anak takda depan mata ... makan pun tak berselera! 





Lepas dengar adik nangis menggugugu-gugu malam tu ibu dah rasa tak tenang ...! Aku tak boleh kalau dengar suara anak menangis dalam telefon hehe .... yang adik plak gi bantai nangis sambil cakap "ibuuuu ... adik rindu ibuuuuu". Mau tak berjurai air mata ni ... huhu.

Terus cakap ngan Pak Jelan minggu ni kita kena balik juga ambik anak-anak .... i dah tak tahan rindu ngan diaorg. Over plak ibunya dari anaknya kan hehe.

Duduk di kampung memang best, tambah Wan ngan Atok memang manjakan diaorg tahap tak sedor diri hehe. Boleh dikatakan hampir setiap hari Atok bawa gi jenjalan dan makan kat luar. Kalau adik tak nangis malam tu dalam telefon ..mungkin aku boleh 'tahan' lagi biarkan diaorg duduk seminggu lagi di kampung. Tapi bila adik nangis .... ibu cair! Drama swasta betul anak beranak ni hahaha :D

Bila aku cakap ngan mak yang aku balik sebab takleh tahan dengar suara Mira nangis dalam telefon, aku plak kena 'marah'

Ye la ... Anim mana leh dengar suara budak nangis ((hehe))

Huh ... ape la ibu ni ... tak 'hempuk' betul. Ape laaa ibu ko ni Mira ....!


Habis kena bebel ngan Wan malam tu hahaha. Tapi takpelah .. janji anak dah ada depan mata hehe.


*menggugu-gugu - tersedu-sedu yang teruk
*tak hempuk - tak elok punye perangai

You Might Also Like

10 pengomen comel

  1. hehe.....sy xjumpa anak time keje pn blh rindu sis..ni apetah lagi berjauhan hehe

    ReplyDelete
  2. Sama la farah pn anim.. kdg2 kt ofis pn tak sabar nk blk..hehehe

    ReplyDelete
  3. Sama la kita. Tak bleh anak2 jauh hi hi...
    Now anak2 aida tak bagi dah ke umah sesape. Apa keadaan skalipun dok dgn ibu, depan mata ibu :-)
    Atok wan semua gerrrrram dgn si ibu ni 😊😊😊

    ReplyDelete
  4. Sapa yg x rindu ank kan, sbr ya kak..x lma lgi tu hujung minggu

    ReplyDelete
  5. hahahha..boleh tahan mak nya ni ..ratu airmata jugak ye..heheh

    ReplyDelete
  6. siapa tak cair dengan tangisan anak-anak kan..

    ReplyDelete
  7. Oh tidak!!rasa xlengkap hidup xd ank kat sisi..huhu

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM