Monday, December 29, 2014

# Anything and Everything # Cerita My Pearls

Sesi Persekolahan Ditangguh Seminggu Lagi!


Assalamualaikum!

'


Telah disahkan pagi ini. Dua beradik tu tak tahu lagi tu ... tak tau la apa respon diaorg kalau tau ni. Dari minggu lepas lagi dok tanya minggu depan sekolah ke bu? Tadi dalam kete kakak sempat pesan bu .. nanti ibu tolong balut buku sekolah kakak ye ...


Bersemangat nampaknya anak-anak ibu nak sekolah. Macam tak caya je anak aku dah masuk darjah 2 huhu. Cepat betul masa berlalu ... tau tau sok dia dah darjah 6 pulak! 

Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Yang pasti lepas banjir reda, keje akan bertambah. Mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana .. mana nak siapkan keperluan sekolah anak ... keperluan asas ... kewangan lagi. Kalau tak kuat dalaman (hati) mau 'tumbang' nak mikir semua tu. Mujurlah ramai yang prihatin tampil beri bantuan untuk meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat.

Tapi kalau difikirkan balik ... bagus jugak tangguh seminggu lagi. At least ibu gi keje dalam keadaan trafik 'tenang' tuk seminggu lagi kan hehehe.



4 comments:

  1. semoga banjir segera surut hendaknya

    ReplyDelete
  2. budak2 mst tgh xcited nk start sekolah kan. hmmm xpelah smga dpermudhkan semuanya.

    ReplyDelete
  3. Tu la kak at least ada masa untuk mereka siapkan apa2 yang patut...n nak pulihkan emosi mereka pun ambik masa jugak lepas ni...walaupun nyawa selamat tapi tempat tinggal hanyut banjir tinggal tapak rumah je...sedih...

    ReplyDelete
  4. Utk menyenangkn semua pihak.. Semua terima dgn positif...

    ReplyDelete

Apa kata korang?