Tak Suka Bawang!

Monday, December 29, 2014


Assalamualaikum!


Tak pernah jumpa lagi budak suka makan bawang setakat ni. Kalau ada memang aku respek! hehe. Even orang dewasa pun ramai yang tak suka ye dak? Aku dulu pun tak berapa gemar kalau dalam lauk ada bawang atau halia. Tambah yang suka dok terselit-selit celah sayur atau duk dalam nasi .... kalau terpepak ... 'bergema' bau dan rasa dia dalam tekak! hahaha.




Sebelum nak disuap makanan ke dalam mulutnya dia akan tanya buu ... ada bawang tak ni? Kalau kita tengah masak kat dapur dia akan tanya masak apa tu ... ada masuk bawang tak? haha. 

Kakak dia? tak makan bawang juga ... tapi takdala sampai taknak makan langsung walaupun dia tahu dalam lauk tu ada bawang. Pandai kakak dia kuis-kuis bawang tu ke tepi dan sambung ngap!

Aku : Letak bawang ni untuk bagi lauk rasa sedaaaaaaaap!

Mira : Tak mo bawang ...!

Gitulah drama swasta kami anak beranak tiap kali time makan heeee. Faham sangat kalau dia tak suka ... aku pun banyak kali terkena dah! Bawang merah takpe lagi ... tapi kalau tergigit bawang putih atau halia memang boleh putus selera dibuatnya! haha.

So, tiap kali nak suap makan ke Mira ... dia akan buat 'spotcheck' terlebih dahulu. Nasi dalam tangan aku tu ... dia 'scan' atas kiri dan kanan ... dah 'lulus' pemeriksaan baru dinganga mulutnya hahaha.

Adeh .... macam-macam anak ibu ni :D


You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. kita pun tak suka bawnag jugakk. tapi abwnag tu lah yang mewangi kan masakan. heee :D

    ReplyDelete
  2. Saya masa kecik pun tak suka bawang bila dah besar suka dengan bawang, mentah2x pun makan.

    ReplyDelete
  3. Salam, hahaha comel betul. Sy pun masa kecik suka scan atas bawah kiri kanan dulu takut2 ade bawang2 durjana yg tersembunyi..haha tp tu dulu, skang ni xtau kenapa dah suka gila pulak mkn bawang..siap boleh makan mentah2 gitu dgn nasi just in case kalau xde sayur..hihi :p

    ReplyDelete
  4. sib baik sebab anak2 aida makan bwg.
    kalau masak sambal ke, sayur ke, memang bwg jelas kelihatan :)
    and diorang makan aje alhamdulillah...
    dari diorang kecik memang aida paksa makan semua! jgn nak pilih2...

    ReplyDelete
  5. hahahah saya pon smpi skng tak makan bawang kekekkee

    ReplyDelete
  6. Ank sy klu tumbuk..xde nmpk..mmg telan la.. Dlm.laksa sy pun x mkn...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM