Thursday, January 30, 2014

Tutorial Cara Menikmati Buah Limau

Thursday, January 30, 2014 8 Comments

Assalamualaikum!

Haaaaa saje takde keje kan, tu yang timbul idea nak buat tuto ni hahaha. Nak makan pun kena ada tutorial ke? Opkossssss! especially buah limau. Macam kenit, peminat tegar buah limau kopek ada cara tersendiri menikmati buah limau kegemaran hehe. 

Buah limau ni sedap makan time musim perayaan je. Sebab tengok buah limau berlonggok-longgok dalam kotak tu kan, excited nak perabih sekotak! Tapi, tahun ni tak berkesempatan lagi nak membeli sekotak sebab dalam family, kenit sorang je yang 'hantu' limau yang lain tak berapa nak ber'hantu' sangat haha.

Ok la ok la. Jom kita mulakan tuto.....? (^_^)


Wednesday, January 29, 2014

Kek Bersaiz Manusia Sebenar!

Wednesday, January 29, 2014 14 Comments

Assalamualaikum!

Lara dan Jack berselfie (sumber : Lara Clarke)

Imaginasi kreatif yang ohsem! WOW!!!! Gambaran tepat yang harus diberikan kepada pembuat kek amatur dari Brownhills, Lara Clarke. Beliau telah menghasilkan kek figurin karakter Jack Sparrow dari filem The Pirates of The Carribean yang berukuran 5 kaki 5 inci dalam satu pertandingan Kek Antarabangsa (Cake International) di Birmingham.

Beliau turut memenangi hadiah utama dalam pertandingan tersebut.

Senandung Pagi Rabu

Wednesday, January 29, 2014 24 Comments
Assalamualaikum!

Pagi ni aku hantar kakak ke sekolah seperti biasa. Tiap kali hantar mesti aku akan escort dia masuk ke kawasan sekolah sampai kat tangga menuju ke kelas. Tapi, pagi tadi beg dia berat sangat! dan mintak aku bawakan sampai ke kelas. 

Masuk kelas kakak, tengok sume murid pakai baju P.J. Aikk? naper kakak sorang je yang pakai baju sekolah ni? 'Berapi' dah rasa hati ni, tapi kutahan jugak. Mujurlah aku suruh kakak simpan baju P.J tu malam tadi dalam begnya. Tu pun bertekak ngan dia jugak tu! Kita suruh bawak standby je dalam beg, dia kata tak pakai pun time P.J nanti. Helooooo.... ibu gi sekolah dulu ok!

Tuesday, January 28, 2014

Monday, January 27, 2014

3 Sebab Mengapa Kakak TakNak Pergi Sekolah.

Monday, January 27, 2014 32 Comments

Assalamualaikum!

Hormon tak berapa balance bulan pertama ni. Bukan hormon badan, tapi hormon persekitaran hehe. Dengan kakak yang dah bersekolah 2 sesi dan kesibukan yang melanda diri di pejabat, di atas jalan raya dan di rumah, menyebabkan carta jadual kehidupan ku sedikit 'berombak'. Nak BW pun terbantut!

Minggu pertama dan kedua, kakak seemed ok. Suka gi sekolah pagi dan suka gi sekolah agama petangnya. But, lately aku tengok kakak macam dilanda 'jiwa kacau'. Terutama ekspresi wajahnya bila nampak aku.

Sunday, January 26, 2014

Siapa Yang 1st Time Pakai Bra Tu?

Sunday, January 26, 2014 14 Comments
Assalamualaikum!

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Jeritan yang takkan kedengaran di telinga korang. Hanya jeritan batinku .... ekekeke. Ya Allah, baru 2 hari je aku tinggalkan blog, rasa macam dah 2 minggu! Korang rindu aku tak? i mean my blog hehe. Mane ade orang nak rindu blogger picis-picis macam aku ni kan. 

Macam2 yang berlaku dalam masa seminggu ni. Nantila aku citer satu persatu...tu pun kalau aku ingat la yek hehe.

Keyword muyskil yang aku jumpa....

Friday, January 24, 2014

Wednesday, January 22, 2014

Tuesday, January 21, 2014

Sayang Isteri Buncit-buncitkan!

Tuesday, January 21, 2014 35 Comments
Assalamualaikum!

Kalau nak harapkan orang manggil gi makan kenduri, jarang la nak dapat pun. Kalau ada yang menjemput jarang jugak la nak pergi pun. Bukan taknak pergi, tapi kalau luar dari Kolumpo/Selangor memang payah sikit nak penuhi hajat. Tapi tekak ni memang la teringin benor nak merasa nasi kenduri orang heeee. 

Time orang banyak buat kenduri kahwin, memang murah rezeki. Pak Jelan buat part-time catering ni la baru kami dapat merasa nasi kenduri sodap-sodap! 

Sekali pandang macam nasi Arab kan?

Minuman Pertama Pagi Ini.

Tuesday, January 21, 2014 16 Comments

Assalamualaikum!

Dah lama benda ni duk di dalam, tak berusik sekadar menjeling dari luar. Punyela lama ia terperap dalam beg padahal dapatnya sejak awal bulan tu lagi. Baru hari ni tergerak nak merasa kelazatannya hehe. 

Macam yang kenit ceritakan di {SINI}, kenit dapat sampel Clinicell ni dari satu peraduan mudah yang dianjurkan oleh rakan blogger. 

Monday, January 20, 2014

Biar Dekat Asal Happy!

Monday, January 20, 2014 16 Comments
Assalamualaikum!

Kali terakhir aku jejakkan kaki ke sini tahun 1993, darjah 3. Bukan pergi ngan family pun tapi pergi ngan saudara masa tu. Style abah tak suka bawa anak-anak gi mandi sungai, berbahaya katanya. Dia lebih suka bawa anak-anak gi mandi laut macam kat Port Dickson tu huhu. Tiap-tiap minggu kat pantai Port Dickson batu 8 tu la tempat kami mandi terkencing terberak di situ muahahahaha!

Setelah 21 tahun menanti, akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke sini. Kat mana lagi kalau bukan Sg. Congkak, Hulu Langat! haha. Eleh, bolakang umah den ajo ghupo eh! Idup-idup den ingat jauh bobonar :D. Kami gi ikut laluan belakang Bukit Ampang je dalam 30 minit gitu dah sampai!



Sunday, January 19, 2014

Ustaz Don Kini Bergelar Ayah.

Sunday, January 19, 2014 8 Comments

Assalamualaikum!

Ustaz Don Daniyal & isteri.

Mabruk ustaz! Alhamdulillah Ustaz Don Daniyal telah pun sah bergelar walid (ayah) malam tadi. Isteri beliau, Pn. Husna Zahry Rafie telah selamat melahirkan bayi pertama mereka di Mesir. Ini adalah kerana isteri ustaz masih melanjutkan pelajarannya di sana. 

Friday, January 17, 2014

Bantu Kenit Boleh?

Friday, January 17, 2014 26 Comments

Assalamualaikum!


Allahurobbi ... kenit dalam dilema sekarang ni. Bunyinya macam masalah besar pulak kan. Tak ... tak ... bukan masalah besar pun tapi masalah ni la yang telah menghantui kenit sejak akhir tahun lepas lagi. Hajat di hati .... hajat di hati hehehe.

Syarat Sah Solat

Friday, January 17, 2014 12 Comments

Assalamualaikum!

Umum mengetahui syarat sah solat adalah satu perkara penting yang perlu dipatuhi oleh seseorang muslim sebelum dia mendirikan solat. Jika salah satu atau kesemua syarat sah tersebut tidak dipatuhi, maka tidak sahlah solatnya itu.


sumber foto : google

Thursday, January 16, 2014

Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my

Thursday, January 16, 2014 8 Comments

Assalamualaikum!


Sapa tak mau ang pau?? Ini tahun Nile.com.my bermurah hati mau kasi angpau sama pemenang bertuah lor! Ang pau ada 'isi' punya maaaaa!hehe. Senang saja caranya, moh kita join dan kasi meriah ini GA. Rugi tak join woooo! 

Sekiranya kenit dapat merasa wang ang pau RM300 ni, kenit nak balik kampung dan belanja mak dan abah makan nasi arab dan beri separuhnya pada mereka. Separuh lagi, kenit simpankan dalam akaun bank my precious pearls. 

Terjah link di bawah ni untuk ketahui keputusan cabutan bertuah ye:



 Tamat pada :
 21/01/2014 pada pukul 12 pm 



Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Thursday, January 16, 2014 12 Comments

Assalamualaikum!


Bak kata seorang pujangga, perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. Maka, mulakanlah langkahmu dengan berkongsi ilmu yang baik. Sorry, ayat last tu kenit tambah sendiri hehe. Maka, begitulah tujuannya kenit di sini untuk sama-sama berkongsi ilmu yang sangat kecil ini tapi diharap dapat membantu rakan blogger di luar sana.

Kenit bermula sebagai newbie. Pengalaman setahun masih dilihat sangat 'hijau' apatah lagi dalam dunia tutorial. Namun, kenit ingin seboleh mungkin menyumbang sesuatu dalam dunia blogging walaupun mungkin yang melihatnya hanya sipi-sipi saja.

Ada 3 ilmu blogspot yang ingin kenit kongsikan bersama pembaca. Bagi ketiga-tiga perkongsian ini, adalah ditanya sendiri oleh rakan blogger lain dan kenit sekadar membantu mana yang termampu. Antaranya:

  • Apa yang perlu ditanya pada Nuffnang (berkaitan ticket)
  • Fungsi crosspost Networkedblogs di blog
  • Cara linkkan tab menu dengan Labels

Apa nak tanya kat Nuffnang?



Inilah dilema utama pengguna Nuffnang terutama blogger yang baru nak berkecimpung dalam dunia pengiklanan. Antara soalan-soalan yang boleh kita tanya untuk pertama kali dan seterusnya kenit kongsikan di {SINI}. Jadi, dengan adanya panduan ini blogger-blogger baru tak perlu menanti lama untuk hantar tiket pada Nuffnang.


Fungsi crosspost Networkedblogs di blog



Kemudahan yang disediakan oleh networkedblogs ini memudahkan kita mengongsi apa-apa entri dari blog kita ke medium sosial seperti di FACEBOOK, TWITTER & LinkedIn. Dengan cara ini, perkongsian akan jadi lebih mudah, pantas dan menarik! Perkongsian ilmu ini ada kenit selitkan di {SINI}.


Cara linkkan tab menu dengan Labels



Tutorial ringkas ini ada kenit kongsikan di {SINI}. Pencarian artikel akan jadi lebih mudah dengan cara ini. Pembaca hanya perlu klik pada tab menu dengan Label yang spesifik untuk mengesan apa-apa entri berkaitan yang diperlukan.


Semoga perkongsian ilmu yang sedikit dan kecil ini dapat membantu rakan blogger yang memerlukannya. Sebagai seorang blogger kenit juga bermula dari awal dan sedikit demi sedikit kenit mempelajari teknik ini untuk memperbaiki lagi kemahiran dalam berblogging. Sesungguhnya, kenit sendiri masih perlu belajar dari blogger otai yang lain (^_^).


Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.


Wednesday, January 15, 2014

Cara Mengukur Cinta Kita Pada Rasulullah.

Wednesday, January 15, 2014 8 Comments

Assalamualaikum!


Jika ditanya sayangkah kita pada Rasulullah s.a.w? Pasti jawapannya sayang. Jika ditanya adakah kita mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan? Pasti jawapannya ada. Jika ditanya mahukah kita bersama Nabi Muhammad. s.a.w duduk di dalam syurga nanti? Tentulah itu yang diidamkan kita umatnya.

Inilah antara caranya kita mengetahui setinggi mana cinta dan kasih kita pada Allah dan RasulNya. Nak tahu? (^_^)


Tuesday, January 14, 2014

Kakak Lincah Kembali!

Tuesday, January 14, 2014 9 Comments

Assalamualaikum!

Tempoh berehat dah habis. Alhamdulillah kaki kakak dah baik dan kakak dah boleh berjalan seperti sediakala. Tak terhencot-hencot atau tempang. Cuma masa mencangkung tu je ada sakit sikit, selain tu ok saje. 

Walaupun doktor bagi MC 4 hari, hari yang ke-4 tu sebelah petangnya  kakak kena pergi sekolah agama. Sebelum tu, ibu dah gi jumpa ustazah di sekolah bertanyakan andai ada apa-apa homework yang perlu dibuat. Maklumla, 4 hari cuti wooooo! budak lain dah belajar banyak dah tu. Ibu taknak kakak ketinggalan pastu terkebil-kebil dalam kelas nanti. 

Monday, January 13, 2014

Doktor Guna Forsep Keluarkan Lipas Dari Telinga Lelaki Ini!

Monday, January 13, 2014 11 Comments

Assalamualaikum!

Hendrik Helmer secara tidak rasminya telah memegang gelaran mempunyai LIPAS terbesar yang pernah dikeluarkan dari telinga manusia. Kejadian tersebut berlaku di Darwin, Australia. Beliau yang mendapatkan rawatan di Hospital Diraja Darwin berkata, pengalaman mengeluarkan 'raksasa' itu dari telinganya di telah menyebabkan dia mengalami kesakitan. 

Selepas 10 minit LIPAS itu dikeluarkan dari telinga beliau, ia mati.

Mangsa dan pemangsa. Which is which??

Sunday, January 12, 2014

Saturday, January 11, 2014

Ariel Sharon Disahkan Mati Setelah Koma 8 Tahun

Saturday, January 11, 2014 8 Comments

Assalamualaikum!

Sejak seminggu lalu, kesihatan Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri Israel dilaporkan berada dalam keadaan yang amat membimbangkan.  Pasukan petugas perubatan yang bertanggungjawab merawat Sharon melaporkan kondisi kesihatan Sharon menunjukkan penyusutan yang berterusan dan kritikal. 

Terdahulu, kenit pernah kongsikan perkembangan kesihatan Ariel Sharon di {SINI}.

Ariel Sharon

CPUV 1 (2014) - Taylor's Phase 2 myQuest

Saturday, January 11, 2014 7 Comments
Assalamualaikum!

Lately, memang susah nak lekat CPUV kat Nukilan Kenit ni. Dah tak sekencang dulu .... apekah?? Hurmmm blogger picisan setahun jagung ... tapi angannya macam blogging dah 10 tahun! Takpe, i kutuk diri sendiri gak kengkadang untuk meningkatkan lagi motivasi diri muahahahaha! Boleh cenggitu??



CPUV pertama untuk bulan pertama tahun 2014 dari Taylor's Phase myQues.....

Musykil la dah banyak kali dapat iklan yang sama tapi diulang sampai dua tiga kali camni. Memang Nuffnang nak bagi banyak ke atau diaorg ter-masuk-kan dua kali iklan yang sama? hehehe. Tak kisah la tu dik non, janji yang baik2 aja ya hehehe.



Untuk ketahui lebih lanjut, korang boleh klik Taylor's Phase 2 myQuest.



Friday, January 10, 2014

Ayah Bikin Havoc!

Friday, January 10, 2014 5 Comments

Assalamualaikum!

Hari kedua (8hb) kakak MC dan ayah kena gi outstation ke Kuantan. Jadi, ibu amik cuti sehari lagi untuk jaga kakak adik. Mujur lah ayah gi balik hari je huhu. Bengkak di bahagian buku lali sudah surut walaupun tak sepenuhnya. Seperti kata doktor, kakak dinasihatkan berehat di rumah selama 4 hari ni. 

Satu perubahan positif yang ibu nampak, kakak dah boleh berjalan!! alhamdulillah....! Hari pertama kena, langsung kena dukung ke hulu ke hilir kot! Risau ibu tak tentu arah tengok anak ibu takleh jalan cam biasa T__T.

Thursday, January 09, 2014

Tuesday, January 07, 2014

Mangsa Tersepit Jugak?

Tuesday, January 07, 2014 11 Comments

Assalamualaikum!

Memang nak jadi sungguh kan. Benda bukan dirancang, tak siapa rela merasa sakit tersepit. Tapi itulah.... benda nak jadi, tetiba boleh pulak tersepit celah kerusi dan sebagainya. Tak sangka pulak anak ibu pun boleh termasuk dalam kategori 'tersepit' tahun ni huhu. Tapi, ini bukan calang-calang punyer tersepit, ini betul2 sakit punye tersepit! T__T

Alkisah kakak bercerita ....

Monday, January 06, 2014

Karbala Kiblat Baru Syiah?

Monday, January 06, 2014 6 Comments

Assalamualaikum!~

Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki seorang Syiah.

Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki mengeluarkan kenyataan hari ini bahawa bandar suci Karbala patut dijadikan sebagai arah kiblat yang baru bagi orang Islam - telah menimbulkan kontroversi di kalangan para ulama.

Saturday, January 04, 2014

Terkini Ariel Sharon

Saturday, January 04, 2014 12 Comments

Assalamualaikum!

Masih ingatkah lagi anda pada Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri Israel yang diserang angin ahmar sekitar tahun 2006 dulu? Kondisi kesihatannya pernah kenit kongsikan di {SINI}.
Beliau yang sehingga sekarang masih dalam keadaan koma di hospital Tel Hashomer berhampiran Tel Aviv kini mempunyai perkembangan terbaru.



Hari Pertama Wani Di Sekolah Agama

Saturday, January 04, 2014 13 Comments
Assalamualaikum!

1 hari, 2 orang budak dan 3 buah sekolah! Tapi, penatnya mengalahkan handle 10 orang anak! hehe. Cam maner la diaorg yang ada anak 5-6 orang yek huhu kalau den mau pengsan! Dari pagi hingga petang kami berkelana di sana sini menguruskan hal sekolah bebudak ni. Mira ke tadika macam biasa pagi tu. Kenit hantar sampai kat depan gate pintu je, tak masuk dalam pun tengok dia hehe. Tak nangis anak ibu ni .... tough girl kan!hehe

Habis kelas tghari tu, kami dah menunggu depan tadika Mira nak bayar yuran. Minggu lepas tak sempat, sebab sibuk menguruskan hal sekolah kakak. Ye la kakak sekarang dah kena pergi dua sekolah ... pagi dan petang. Mujur la dua2 sekolah tu dekat-dekat je huhu.

Berselfie sambil tunggu giliran
Ya Allah! chubbynye akuuuuuuu!
T__T

Friday, January 03, 2014

Putus Cinta Pun Kena Bayar GST?

Friday, January 03, 2014 27 Comments

Assalamualaikum!

Bila putus cinta ..... monyet!
-
-
-
-
-
-
-

sumber : fb

Haaaa hahaha jangan berani-berani nak cari pasal macam budak Aniq ni. Kan dah tak pasal-pasal kena 'GST' ngan ex-girlfriend dia hahaha. La ni trend GST kot, sampaikan putus cinta monyet pun nak kena bayar balik ke hehe.

Wednesday, January 01, 2014

Nukilan Kenit 2014

Wednesday, January 01, 2014 20 Comments
Assalamualaikum!~




Happy New Year 2014!! Selamat Tahun Baru 2014!! *dam!dam!dum!dum!* (bunyi mercun buatan mulut sendiri yang membaca) hehe. Alhamdulillah, sempat jugak bertemu di tahun baru ni ye. Cerah elok je cuaca hari ni. Kami takda plan pun nak gi memana hari ni. Nak recharge 'bateri' puas-puas menjelang hari esok. Esok nak 'berperang' lagi ni menguruskan hal sekolah anak-anak mihmih.

Follow Us @soratemplates