ruangiklan
ruangiklan

Saturday, May 10, 2014

Awas!! SMS Scam & Website Palsu!

Assalamualaikum!

Makin advance penipuan diaorg ni! Kalau dulu diaorg berani tipu dalam sms je, tapi sekarang dah berani-berani buat website palsu untuk mengaburi mata pengguna internet.


Dapat Cek Dari Yeo's Malaysia!


Assalamualaikum!


Hari pengumuman pemenang tu, memang aku bizi sungguh tak sempat nak semak nama pemenang kat phone. Tetiba Pak Jelan call cakap nama dia ada dalam senarai pemenang RM100 hehe.

Friday, May 09, 2014

Pertama Kali Masuk IJN


Assalamualaikum!

Semalam pertama kali aku masuk Institut Jantung Negara (IJN). Kalau masuk hospital tu dah biasa dah, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Hospital Kuala Lumpur & Hospital Melaka.

Dah amik kakak dari sekolah agama, kami pecut pula ke IJN, sebab waktu melawat sampai kul 8 malam je. Kalau ikut Federal Highway mungkin kami takkan sempat sampai ke IJN, so kami ikut Penchala Link.


Turun KL

  8 comments    
categories: , ,

Assalamualaikum!

Malam sebelumnya, mak mertua dan abg ipar aku turun ke KL sebab ada appointment kat IJN. Bukan mak mertua yang sakit, tapi abg iparku huhu. 

Sampai KL, kitaorg terus amik mak & abg ipar kat Pudu Sentral dan bawa balik umah. Malamnya, abg ipar kata nak makan kat luar maklumla esoknya nak masuk wad dah, takleh nak makan macam-macam sangat.

So, Pak jelan bawa kami ke Atas Tuber antara port makan kegemaran kami hehe.

Pak Uda & WaniMira

Thursday, May 08, 2014

Seronok Belajar Bersama Little Scientists!

Assalamualaikum!

Hari Sabtu lepas, aku berpeluang membawa anak-anak daraku, Wani & Mira untuk merasai sendiri pengalaman bereksperimen selama 2 jam dalam satu worksyop bersama parenting bloggers iaitu Little Scientists di Putrajaya.


Niat memula nak guna aje Waze, tapi hari tu entah macam mana tetiba aku jadi terer pulak mencari jalan ke Precint 16 tu hahaha. 

"bu...bu pernah pergi sini ke dulu?"

"tak...ni 1st time la ni"

"terernye ibu ... kita tak sesattttt!"

Fuh! kembang kempis hidung aku bila anak puji begitu haha. Tapi, kantoi gak la pasal selama ni aku asyik sesat je nak cari jalan kan!

From Kakak To Ibu


Assalamualaikum!


Yesterday, we picked up kakak from school as usual, and we were ready to head on home. While I was talking to my husband, and my daughters busy making noise behind, suddenly kakak took out something from her pocket and handed me this.

Wednesday, May 07, 2014

Bila Dapat Buku


Assalamualaikum!


Tiap kali gi kedai Speedmart mesti minta nak beli itu beli ini. Paling dia suka gi kat bahagian alatulis, dimintanya kita belikan pen la, buku kecil la, kaler pensil la. Kat umah tu, dah 5-6 kotak pensil kaler macam-macam pesen ada. 

Yang free, yang beli punye pun ada. Tapi, tu la tiap kali beli kita kasi guna, kita kalih ke lain 5 minit je habis terbarai pensil kaler tu dikerjakan dua beradik! So, this time memang aku tak bagi peluang kat diaorg beli alatulis camtu.

Jenis-jenis Pemandu Kurang Ajar Di Jalanraya.


Assalamualaikum!

Setiap hari pun aku melalui benda yang sama di jalanraya. Memang hari-hari jumpa sikap pemandu yang kurang beradab macam ni. 

Kadang-kadang aku rindu pada tempat keje aku dulu kat Kuantan. Takda jam teruk dan tak perlu sumpah seranah dalam kereta kerana marahkan pemandu lain. Tenang je rasa tengok pokok bergoyang sambil angin menyapa pipi hehehe.

Tapi, tu semua dalam mimpi je la. Realitinya, aku di tempat yang jauh berbeza dan hari-hari pun kena struggle berjuang di jalanraya supaya selamat sampai rumah.

Tuesday, May 06, 2014

Baru Dua Orang .....


Assalamualaikum!

Amboiii kemain ragam kakak & adik lately. Bikin ibu 'panas' luar dan dalam pagi dan petang, siang dan malam. Good thought you are my dearest childs, if not i babab you know! 

Aku tak tahu la angin apa yang sampuk kat diaorg ni, tiap 5 minit nak bergaduh memanjang! Dalam kete bergaduh, dalam rumah berperang, dalam kedai bertolak. Aku rasa macam nak hantuk dua-dua kepala tu sekali, kasi sedar sikit.

Trio Bujang Lapok Dalam Kenangan


Assalamualaikum!



Berita pemergian Allahyarham Dato' Aziz Satar di radio pagi tadi benar-benar mengejutkan aku. 

Perah Idea Edit Video Blogbuster Campaign.


Assalamualaikum!

Hanya kerana nak shooting video ni saja dah makan masa 3-4 hari. Belum masuk bab editing lagi! Dah la aku ni tak tahu ape pun pasal shooting video, apatah lagi editing. Mujurlah ada Movie Maker hehe.

Memula aku hantar 5 video ke Nuffnang. Semuanya berdurasi bawah 15 saat. Bila dah habis tempoh, dok tengok asyik pending je video aku tu, ingatkan Nuffnang tak approve.

Sekali Nuffnang hantar emel 2hb lepas, minta aku edit beberapa scene dan minta aku pendekkan durasi kepada 10 SAAT!


Monday, May 05, 2014

Abang Ensem Di Mata Aku


Assalamualaikum!



Abang Ensem? Siapa tak kenal Abang Ensem blogger yang pro dalam bidang hartanah. 

Walaupun berbaju merah jambu, berkumis dan berjambang, dan berambut belah tepi tapi tips hartanah dia tak dinafikan power dan berguna untuk pencinta hartanah di luar sana.

Kalau tak power, takkan la dia boleh dinobatkan sebagai Favorite Business Blog 2013 & Best Business Blog 2014 kan?

Ada apa ngan merah jambu?

Aku pun tak tahu. Barangkali Abang Ensem memang peminat tegar warna merah jambu. Tu sebab dia suka cakap pasal aweks bila komen kat FB, mungkin sebab aweks2 semua suka juga pada warna merah jambu ekekeke.



Macam aku cakap memula tadi, Abang Ensem antara blogger otai dalam bidang hartanah. Dia ada gak buat beberapa seminar berkaitan hartanah dan feedbacknya amat memberangsangkan. 

Aku mengaku aku bukan pro sangat bab2 hartanah ni. Tapi, dengan adanya orang macam Abang Ensem ni, orang-orang kita akan lebih bersedia dan berilmu sebelum membuat pembelian. 

Abang Ensem di mata aku?

Entah ... 

Aku tak pernah jumpa dia apatah lagi nak bersembang. Sukar aku nak puji atau kutuk kalau aku tak berhadapan dengan orang tu hehe. Apa yang aku citer kat sini adalah fakta dan setakat yang aku tahu pasal dia dan blognya.

Entri terakhir yang aku baca kat blog Abang Ensem ialah Tabung Pendidikan Anak-anak which is quite interesting

Mungkin boleh aku cadangkan pada Pak Jelan nanti bila dia pencen nanti hehe.

#pray4MH370

Tips Memujuk Anak Yang Merajuk


Assalamualaikum!

Tahukan betapa susahnya nak memujuk budak kecil yang kuat merajuk

Ya Allah.... kalau korang ada anak perempuan/lelaki berumur 10 tahun ke bawah, ketahuilah inilah salah satu benda yang harus korang tempuhi nanti hehehe.


Aku punya dua orang anak perempuan. Kedua-duanya kuat merajuk

Ikut perangai aku? 

Barangkali ....

Tapi, yang paling kuat merajuk ialah Mira. 

Probably, mungkin sebab title 'adik' masih dia pegang 5 tahun berturut-turut! muehehe.

Tu pasal la dia 'kebal' tiap kali bergaduh ngan kakaknya. Modal dia tak lain tak bukan .... air mata! ekekeke.

Sunday, May 04, 2014

Tumbang Sebab Batuk!


Assalamualaikum!

Dari petang Jumaat aku dah rasa sesak nafas. Nak tarik nafas tersekat-sekat dan rasa penat sangat. Bernafas ikut mulut pun tak boleh gak.

Malam tu makin teruk! Bila aku tarik nafas rasa macam berat sangat dada ni. Letak vicks pun tak jalan. Pak Jelan siap urut-urut depan belakang nak bagi lega.

Nak duduk tak senang, nak tido melentang pun tak boleh. Lagi aku takleh nak tarik nafas. Rasa macam saluran pernafasan tu jadi sempit! 

Ya Allah, jujur aku katakan aku takut kalau ditakdirkan malam tu aku putus nafas! Allah ....

Posisi paling elok  ialah bersujud. Aku perasan bila aku sujud dalam solat, aku boleh bernafas tanpa masalah. Nak tarik nafas pun tak rasa berat. Tahu tak, malam tu aku tido posisi bersujud tau hahaha.

Tapi, tak berapa nak lena jugak. Tengah2 malam aku terjaga dari tido gara-gara susah nak tarik nafas. 

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.