Tuesday, September 30, 2014

Anak Dara Nak Handphone!

Tuesday, September 30, 2014 4 Comments


Assalamualaikum!


Hohohoho boleh tahan jugak demand anak dara aku yang sulung ni ye. Umur baru 7 tahun dah berani minta handphone?? Takpe takpe, permintaan kakak akan ibu panjangkan ke ayah hahaha. 

Teringat dulu nak mintak atok belikan kasut roller blade pun kena tunggu 2 minggu lebih semata-mata nak karang ayat-ayat bodek kat atok tau! Takut-takut nak cakap ngan atok ... tapi disebabkan giler sangat ke kasut roller blade masa tu, aku gagahkan jugak buka mulut ni huhu.


[Cabaran 30 Hari] Hari 30 - Perkara Menarik Yang Membanggakan Sepanjang Tahun Ini

Tuesday, September 30, 2014 8 Comments

Assalamualaikum!


Alhamdulillah ...syukur akhirnya aku dah pun sampai ke entri terakhir untuk segmen #cabaran30hari ! Yahoooooooo .... yibaaaa yibaaa! anggereyyy anggereyyy! hehehe. Begitu cepatnya 30 hari berlalu dan macam-macam yang dah aku kongsikan dalam segmen #cabaran30hari ini.


Monday, September 29, 2014

Cukup Pantang .....!

Monday, September 29, 2014 10 Comments


Assalamualaikum!


Aku bukanlah jenis yang cerewet tapi dalam bab-bab gini aku memang takleh bertolak ansur. Kalau gi kedai makan, tak kisah la hotel ke warung ke restoran ke, benda pertama aku yang akan periksa bila nak makan ialah pinggan mangkuk cawan dia!

Dulu aku tak tahu ... main guna je sebab masa tu takda ilmu .. cetek pengetahuan ... jahil .... jahiliyah! hehe. Sekarang dah tahu, so kena amik tahu dan buat!


Sunday, September 28, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 28 - 5 Perkara Bermula Dengan "Andainya"

Sunday, September 28, 2014 4 Comments

Assalamualaikum!




Andainya aku pergi dulu sebelum mu ... janganlah kau bersedih hati.Haaaa bila baca task yang seterusnya untuk hari ni, terus paler ni teringat bait-bait lagu dari kumpulan Alleycats ni hehe. 

Teringat aku zaman sekolah dulu, cikgu BM selalu suruh buat ayat menggunakan perkataan tertentu macam ni. Kalau bab karang ayat,aku memang cukup suka hehe.

Saturday, September 27, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 27 - Mood Aku Hari Ini

Saturday, September 27, 2014 4 Comments


Assalamualaikum!



Buka katup buka katup kejap je dah hari ke 27 segmen #cabaran30hari! Cepatnyeeeee dah ujung bulan 9 kan hehe.

Mood aku hari ni? Opkos HAPPYYYYY sebab coti kannn ngeeee :D. Tapi, jangan ingat bila coti keje lain pun coti .. nehi nehi nehi! Keje pejabat je coti, tapi keje di umah tetap berjalan macam biasa yek.

Hari ni kakak ada sukaneka di sekolah, tengok dari gaya dia macam dah tak sabo nak menggelinjang di tengah padang tu hehehe. Aku pun TERUJA nak tengok prestasi sukan dia, nak bagi sokongan moral jadi pom pom girl tepi padang ngeeee :D



Koleksi Cabaran 30 Hari


Friday, September 26, 2014

Letters For The Future Hazwani Dah Sampai!

Friday, September 26, 2014 12 Comments


Assalamualaikum!




Ingat lagi tak entri Surat Untuk Nurul Hazwani yang aku karangkan di SINI suatu ketika dulu? Kalau korang belum baca, baik terjah sekarang hehe.

Selama ni memang kakak yang selalu bagi aku 'surat cinta', time aku marah ... merajuk ... memang kakak la yang akan pujuk melalui surat-surat dia. 

Thursday, September 25, 2014

Review I Sabun Seri Emas

Thursday, September 25, 2014 10 Comments

Assalamualaikum!


Setiap hari aku berhadapan dengan pelbagai pencemaran bermula keluar dari rumah, ketika di jalanraya dan di dalam pejabat. Biasa kalau kulit rasa tak sihat ni, banyak faktornya seperti asap kenderaan, jerebu dan macam-macam lagi kan. Bila balik, muka terasa kusam dan kulit jadi lebam dan tidak bermaya. 


Duta Produk Seri Emas
Raisyyah Rania Yeap/ Felixia Yeap

Aku ni pulak jenis yang tak berapa suka menggunakan pencuci muka yang banyak chemical, sebab kulit akan jadi kesat dan liang pori akan jelas kelihatan sehingga menjejaskan muka aku!

Jadi bila aku dapat tahu Seri Emas ada menghasilkan sabun muka 100% buatan tangan (handmade) dengan kandungan bahan semulajadi tanpa bahan kimia, dah tentu aku nak sekali mencubanya! ^^




Alhamdulillah bungkusan sabun Seri Emas selamat sampai ke tangan aku seminggu lebih yang lepas. Malam tu jugak aku guna terus! hehe. Korang tau kan, aku ni ada masalah resdung yang serius suatu ketika dulu. 

Tapi, takla serius sampai keluar ulat cuma hidung ni kalau datang gatal dia ..... mulala aku akan tonyoh-tonyoh 360 darjah sampai merah-merah!

Pastu mak nampak aku kena marah! hehe.




Sabun Seri Emas bukan saja boleh mengurangkan resdung, tapi juga boleh mengatasi masalah lain seperti kelumumur, elergik makanan laut, masalah jerawat batu dan migrain.

Kandungan bahan semulajadi dalam sabun Seri Emas ini memberikan tindakbalas positif pada kulit aku, tanpa memberikan sebarang masalah sepanjang aku menggunakannya.


Keistimewaan Sabun Seri Emas
  • Jaminan 100% buatan tangan (handmade)
  • Diperbuat 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia
  • Diuji & digunapakai hampir 10 tahun
  • Penggunaan mudah hanya 2-3 minit saja kemudian bilas
  • Berkesan sepantas 1 hari penggunaan
  • Kandungan ekstrak delima yang tinggi




Alhamdulillah, selepas seminggu lebih aku menggunakan sabun Seri Emas ni memang ada perubahan pada kulit wajah aku. 

  • Kulit muka rasa lembap dan halus
  • Liang pori semakin mengecil dan tona kulit jadi sekata
  • Jerawat cepat mengecut
  • Parut jerawat semakin mengecil 
  • Muka semakin kurang gatal-gatal
  • Kurang bersin dan tak perlu tonyoh-tonyoh hidung lagi dah ^^

Disebabkan sabun Seri Emas ini tidak mengandungi bahan kimia, jadi aku rasa selesa sangat bila menggunakannya setiap hari, pagi dan malam tanpa meninggalkan kerengsaan (tidak selesa) pada kulit.

Kini, aku tak perlu risau lagi pasal resdung dan paling penting, aku tak perlu nak tonyoh-tonyoh hidung aku yang mancung ni hahaha :p. Memang selamat digunakan dan berkesan merawat masalah kulit.

Sekiranya korang ingin mendapatkan produk sabun Seri Emas ini, bolehlah layari Seri Emas di : 


Facebook


atau 

SMS 

BB60 ke 013-2298329

 
Harga : 

RM60 (Semenanjung Malaysia) 
 RM65 (Sabah & Sarawak) 
termasuk pos 

Duta produk : Raisyyah Rania Yeap / Felixia Yeap


SAMPEL PERCUMA UNTUK ANDA!

Istimewa untuk pembaca Blog Nukilan Kenit, Seri Emas berbesar hati untuk memberikan korang sampel sabun SERI EMAS secara PERCUMA!!^^

Hanya isikan butiran diri di dalam borang di bawah ini, dan korang berpeluang mencuba sendiri produk SERI EMAS ini nanti.

atau klik http://eepurl.com/2wPmD

Jangan lepaskan peluang ini! ^^


Wednesday, September 24, 2014

Tuesday, September 23, 2014

Monday, September 22, 2014

Blogger's Family Day!

Monday, September 22, 2014 12 Comments

Assalamualaikum!


Sepatutnya aku dah boleh story pasal percutian aku di Melaka tempohari dengan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari. Tapi, gara-gara henpon tertinggal pagi ni ... harapanku musnah sama sekali! 

Grrr ... !

Pun begitu, tangan aku gatai juga nak up sekurang-kurangnya entri teaser untuk mengubati hatiku yang sedang berduka tertinggal henpon huhu. Jom kita layan gambo dua tiga kerat dulu!


[Cabaran 30 Hari] Hari 22 - Destinasi Percutian Impian

Monday, September 22, 2014 8 Comments


Assalamualaikum!



Once upon a time, aku pernah bercuti sambil belajar ke Singapore masa Form 6 dulu. Tu la pun paling jauh pernah aku 'terbang' hehe.

Lepas tu, passport merah aku tak lagi bercop! kikiki~

Anyway, ada satu tempat yang aku teringin nak pergi makan angin jalan-jalan pusing-pusing bawa family kat satu pulau yang pernah menjadi rebutan 3 buah negara ini.


Sunday, September 21, 2014

Saturday, September 20, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 20 - Quote Kegemaran

Saturday, September 20, 2014 0 Comments

Assalamualaikum!

gambar hiasan


Masuk hari ke-20 dan aku cuba sedaya upaya aku mengejar entri #cabaran30hari walaupun pada saat ini, ketika ini jiwa aku sedang berbahagia dibuai oleh kehijauan penuh kedamaian, jauh dari hiruk pikuk bandar yang menakutkan!

Tu sebab aku letak gambar pokok kat atas tu hehe, kongsi mood hijau ngan korang yang masih sudi bertandang di blog picisan aku ni :).

So!

Aku tak punya quote atau kata-kata mutiara yang tertentu yang aku suka. Semuanya aku suka asalkan tak salah. Tapi ada satu yang menarik perhatianku ....



Friday, September 19, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 19 - Resepi Kegemaranku

Friday, September 19, 2014 8 Comments

Assalamualaikum!


Makannnnn! Jom cerita pasal makan hehe. Semua orang suka makan kan, dan setiap orang mesti ada resepi kegemaran masing-masing ye dop.

Hari ni aku nak kongsikan resepi kegemaran aku yang aku belajar dari mak aku. Masak simple biasa-biasa tapi 'air tangan' tu yang membuatkan makanan kita sedap atau tidak ye dop hehe.




Kari Ayam Kampung diberi nama, opkos aku ada kongsikan resepinya di SINI. Sedap dimakan dengan roti jala atau cicah roti canai perghhh! I loiikeeee :D


*mood family holiday sudah mariiiiiiii ^^


Koleksi Cabaran 30 Hari


Thursday, September 18, 2014

Air Atau Ayaq?

Thursday, September 18, 2014 9 Comments

Assalamualaikum!





Dulu aku ingat takda masalah kalau kahwin ngan orang Perak ni. Sebab masa Pak Jelan ngorat aku dulu, dia pandai cover loghat utara dia hahaha. Dan, aku pulak jenis tak kisah sebenarnya! sebab boleh belajar macam-macam dialek, tambah aku takda lagi sedara atau keluarga yang boleh cakap slang utara macam Pak Jelan hehe.

Tapi, bila dah ada anak ni lain pulak jadinya! Yang si kecil jadi tak 'sebulu' ngan ayahnya gara-gara tak sama dialek bila bercakap! haha. Boleh jadi perang wooooo! 

Wednesday, September 17, 2014

Laman Web Rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, September 17, 2014 10 Comments

Assalamualaikum!


Begitu pantas masa berlalu, dan dalam masa dua tahun aku berblogging ni banyak perubahan yang telah aku lihat di sekeliling aku. Dunia blog juga telah banyak berubah, dan kebanyakan perubahan ini boleh diterma baik dikalangan blogger-blogger sendiri.

Dan, sejak aku menjadi ahli Kelab Blogger Ben Ashaari, lagi banyak yang aku dapat pelajari tentang dunia blog ini. Betul! Berbanding masa aku sorang-sorang terkapai-kapai mencari info dan kenalan dalam dunia maya ini. Alhamdulillah, rakan-rakan dalam Kelab Blogger Ben Ashaari banyak membantu blogger-blogger baru macam aku untuk menapak lebih kukuh.



[Cabaran 30 Hari] Hari 17 - 5 Perkara Yang Aku Rindukan

Wednesday, September 17, 2014 8 Comments

Assalamualaikum!


sekadar gambar hiasan


Sememangnya banyak benda atau perkara atau orang yang aku rindukan saat ini.


5 Perkara/Benda Yang Aku Rindukan Waktu Ini!

  • Char kuey tiow!
Giler kentang tul la! Lama dah aku usha gerai char kuey tiow yang aku selalu pergi tu, tapi lama benor dia cutinye! Apasal la abg char kuey tiow ni lama tak meniaga .... dah kaya sangat ke??? hahaha.


  • Jaga kakak dan adik time diaorg masih baby
Rindu sangat bau baby, rindu sangat time agah-agah diaorg pastu diaorg ketawa berdekek. Rindu sangat tatihkan diaorg. Rindu sangat peluk cium gomol-gomol lepas mandikan diaorg ....rindu!!


  • Bela kucing
Teringin nak bela kucing, tapi bukan mudah nak bela sebenarnya. Dulu, mak abah ada tolong subsidi makan dan ubat-ubatan hehe. Kalau aku jumpa tepi jalan, hanya mampu bagi 'salam' je la.


  • Zaman kanak-kanak
Balik sekolah, hempas beg sekolah kat kerusi tukar baju turun bawah pastu main rounders sampai kul 7 malam huhu. Bahagiaaaaaaa! lepas tu balik kene bebel ngan mak tapi masih boleh senyum lagi wakakaka :p


  • Balik kampung
Rindu nak balik kampung Rembau dan Melaka. Rindu nak lalui zaman aku kecil-kecil dulu kat kampung. Tido umah Wan, main ngan sepupu-sepupu, berborak sampai lewat malam. 


Kalau dapat masa diputarkan kembali, ingin sekali aku ulangi saat-saat indah bersama muuuuuuu. .... oh kasihhh~ hahaha. 

Kemain berjiwang sakan aku petang ni hehe. 


Koleksi Cabaran 30 Hari


Sakura White Pinkish Radiance Dari Garnier.

Wednesday, September 17, 2014 9 Comments


Assalamualaikum!


Wanita masa kini pastinya ingin tampil lebih menawan dan penuh keyakinan. Memiliki kulit wajah yang halus, lembut, cerah, berseri dan lebih bermaya antara elemen penting yang menjadi idaman wanita yang ingin kelihatan cantik secara semulajadi.

Kini kaum wanita tidak perlu mencari lagi, kerana kelima-lima elemen ini disatukan dalam satu set produk Sakura White Pinkish Radiance dari Garnier. Ianya khusus untuk memberikan kulit yang sihat dan berseri merah jambu.


Tuesday, September 16, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 16 - Siapa & Bagaimana Aku 10 Tahun Lagi?

Tuesday, September 16, 2014 4 Comments

Assalamualaikum!




Perghh! tugasan untuk hari ke-16 memang susah huhu. Kenapala tanya soklan yang susah-susah camni, naik pening aku nak jawab hehe.

Siapa aku 10 tahun lagi?

10 tahun lagi aku berumur 41 tahun. Masa tu anak yang sulung pun dah umur 17 tahun amik SPM dan yang no.2 umur 15 tahun hehe. Kalau nyawa masih ada, mungkin aku masih bekerja memandangkan pencen aku 58 tahun huhu. 

Tapi aku dan Pak Jelan punya impian untuk buka syarikat catering kecil-kecilan sendiri. Mudah-mudahan impian kami menjadi kenyataan insyaAllah.

*anak-anak dara aku dah menjeling dah tu hehe*



Koleksi Cabaran 30 Hari

Follow Us @soratemplates