ruangiklan
ruangiklan

Saturday, October 04, 2014

Terlebih Rajin Terlebih Semangat !

  1 comment    
categories: 

Assalamualaikum!




Entah angin kus kus apa yang menyerang si sulung aku ni hehe. Iskk tak baik cakap gitu ... kan bagus tengok anak buat homework tu. kang dia ngadap iPad tu sepanjang malam kang, lagi haru! huhu.

Friday, October 03, 2014

Pengurusan Jenazah

  1 comment    
categories: ,

Assalamualaikum!



Dah lama aku berhajat nak hadiri kursus pengurusan jenazah ni. Kalau ikutkan memang tak munasabah nak khatam habis bab pengurusan jenazah ni dalam satu hari. Dah tu ceramah pagi, praktikalnye petang ... lagi tak munsarawak! heee :p

Tapi, aku takmo lepaskan peluang ... dapat belajar yang basic pun jadi la. At least, dapat gak tau sikit-sikit ilmu  fardhu kifayah ni sebab niat aku memang dah lama nak belajo. Kalau ikut kursus di luar memang payah ... masa, lokasi ... ahhh macam-macam alasan lagi la kan! haha.

Ok la .. back to the topic please! 

Kursus pagi tu dimulakan dengan ceramah pengenalan tentang kematian dan jenazah. Ustaz tu (apa nama aku pun dah lupa) cerita berdasarkan pengalaman dia menghandle jenazah-jenazah di hospital. 

Fuh! best dengar cerita pengalaman orang ni. Takde la boring terangguk-angguk menahan mata ngantuk hehehe.


Definisi MATI 

  • MATI adalah bercerai roh dari badan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Kiamat"
(Surah Ali Imran - Ayat 185)


  • Hukum mengingati MATI adalah sunat

Antara cerita yang ustaz kongsikan pada kami pada hari tu ialah bagaimana dia menghandle jenazah-jenazah yang berada di hospital samada yang ada waris ataupun yang tidak dituntut berbulan-bulan lamanya! Kalau ada dokumen pengenalan diri pada mangsa dan kita tahu agamanya apa makan ia akan diberikan pada wakil agamanya untuk disempurnakan.

Kalau yang takda dokumen pengenalan diri tu dan yang tinggal hanya daging atau tulang temulang, ustaz tu cakap dia akan sempurnakan mengikut anutan agama pemerintah sesebuah negara, Means, kalau tak tahu jenazah tu agamanya apa dan tiada waris yang boleh ditanya maka, ia akan disempurnakan cara Islam.

Nak mandikan jenazah perlu ada beberapa kriteria atau ciri-ciri atau sifat-sifat seperti :
  • Berani 
  • Sabar 
  • Amanah
  • Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup


Ni ustazah time praktikal, tunjukkan cara-cara mandi dan
 kafan mayat.


Ustaz tu khabor lagi ada beberapa kategori jenazah :

  • Jenazah normal - contoh : akibat sakit tua, jasad masih sempurna
  • Jenazah kritikal/ngeri - contoh : akibat digilis kenderaan
  • Jenazah reput 
  • Jenazah penyakit berjangkit - contoh : AIDS
  • Jenazah kanak-kanak

Ustaz ni banyak handle kes-kes ngeri dan kritikal. Ingat lagi tak kes buruh binaan warga Bangladesh yang mati dihempap binaan bulan lepas tu? Ustaz ni gak la yang handle ... nak citer pun .... kang ada yang terbayang-bayang kang hehe.





Antara barang yang diperlukan selain kain kafan ialah air mawar, serbuk cendana dan kapur barus.




Ustazah cakap kalau nak beli kain memadailah beli 10 meter. Ustazah tunjuk cara potong kain, takyah pakai talitape atau pembaris hehe.




Selain tu, ustazah juga tunjukkan cara nak buat telekung dari kain kafan.




Pasaipa semua ketawa ni? Pasai depa kata comeiiii 'jenazah' pakai telekung itu hehehehe :p




Inilah satu set 'persalinan' lengkap jenazah siap ngan telekung kat dalam. 




Ustazah tunjuk cara mengkafankan jenazah. Mujur modelnye kecil comei hehe.

Dan kursus pun solosai ....! Aku berharap sangat dapat join kursus sebegini lain kali tapi mestiah lebih dari sehari kursusnya baru fahammmmm :)


Thursday, October 02, 2014

Kakak Pun Mengidam Juga ....!


Assalamualaikum!


Hari tu aku mengidam ... sekarang kakak pulak ngidam! Ini family memang kuat mengidam ke ape hehehe. Tapi, kakak 'mengidam' benda ni lama dah. Start dia perasan adik dia dah besar dah tak boleh didukung dan bila adik dia dah pandai menjawab tiap kali dia marah!

Aku perasan kakak memang garang ... barangkali ikut aku. Sebab Pak Jelan jarang sangat nak marah tapi sekali bukak mulut ... hang tau la nasib hang! hahaha.

Walaupun diaorg lahir sama tarikh tapi perangai masing-masing memang berbeza! Ye la ... takkan aku nak expect diaorg sama cam kembar plak kan! Huh ...

Satu benda obvious yang berbeza antara kakak dan adik ialah kakak suka ngan baby! Mira bukan tak suka ... dia suka ... at least bila aku tanya dia jawab suka la hehe. Tapi, Mira sangat shy shy nak cium baby. Kalau aku dukung baby orang lain, nak kena panggil dia datang cium baru dia cium. 

Tapi kakak ... tau-tau je dia dah berdiri depan kiter minta tengok baby! hehe.


Tolong Cipta Kereta Terbang!

  8 comments    
categories: 

Assalamualaikum!


Pesanan khas untuk semua pembuat kereta seluruh dunia! Dengarilah rintihan hati kecil ku ini huuuhuuu. Alkisah semalam yang semua orang tahu semalam ... KL jem teruk gara-gara banjir kilat! Urrghh ....

Aku kuar opis macam biasa, hujan sederhana lebat. Masuk kereta, start enjin ...zooommmm aku pecut! Amik adik kat tadika, gi pulak tunggu kakak kat sekolah agama. 

Wednesday, October 01, 2014

Ibu Anak Sama Naik Tocang!


Assalamualaikum!




Antara saat paling indah dalam hidup seorang isteri ialah bila suaminya belanja makan! Rasa touching kejap bila suami ko sanggup beralah semata-mata nak ikutkan tekak ko makan char kuey tiow! Padahal beberapa hari sebelum tu ko dah mentekedarah sepinggan kan! hahaha :p

Dua Tahun Dah ...!

  8 comments    
categories: 

Assaalamualaikum!


Giler kentang camner aku boleh terlupa tarikh penting tu??! Nampak nau bizinye aku ni ye huhu.  

Sebenarnya, anniversary blog aku jatuh pada 20 September lepas! tapi pagi ni tengok kalendar bulan 10 baru aku perasan dah terlepas! Ishh ishh ishh ....


sumber : google

Video Susu Dada Tubik??

  6 comments    
categories: ,

Assalamualaikum!


Awassss!! kanak-kanak dilarang tengok video ini ....! Segala aktiviti dalam video ini tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas orang yang menghasilkan entri ini.




Lama aku tak berjenaka dengan korang tentang keyword pelik kat blog aku ni kan. Kali ni memang hampeh punye keyword la! 

Tuesday, September 30, 2014

Anak Dara Nak Handphone!



Assalamualaikum!


Hohohoho boleh tahan jugak demand anak dara aku yang sulung ni ye. Umur baru 7 tahun dah berani minta handphone?? Takpe takpe, permintaan kakak akan ibu panjangkan ke ayah hahaha. 

Teringat dulu nak mintak atok belikan kasut roller blade pun kena tunggu 2 minggu lebih semata-mata nak karang ayat-ayat bodek kat atok tau! Takut-takut nak cakap ngan atok ... tapi disebabkan giler sangat ke kasut roller blade masa tu, aku gagahkan jugak buka mulut ni huhu.


Sukan & Surat Cinta


Assalamualaikum!





Sabtu lepas kakak bersukan di sekolah. Ini kiranya kelas ganti a.k.a temasya sukan tahunan la gamaknya. Memula kakak cakap, ibu bapa takyah datang sekolah ....aikkk! ada ke sekolah buat sukan pastu ibubapa takleh datang tengok?? hahaha rupanya anak aku ni konpius kekdahnyeeeee ....! haha.

[Cabaran 30 Hari] Hari 30 - Perkara Menarik Yang Membanggakan Sepanjang Tahun Ini


Assalamualaikum!


Alhamdulillah ...syukur akhirnya aku dah pun sampai ke entri terakhir untuk segmen #cabaran30hari ! Yahoooooooo .... yibaaaa yibaaa! anggereyyy anggereyyy! hehehe. Begitu cepatnya 30 hari berlalu dan macam-macam yang dah aku kongsikan dalam segmen #cabaran30hari ini.


Monday, September 29, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 29 - Bunga Kegemaran Dan Ertinya Pada Aku


Assalamualaikum!



Lemah nau aku kalau bab ni! hehehe. Tipula kalau aku cakap aku tak suka bunga, tapi memang aku takda bunga kegemaran.  Semua yang cantik dipandang, harum dibau semua itulah yang aku suka hehe. 

Cukup Pantang .....!



Assalamualaikum!


Aku bukanlah jenis yang cerewet tapi dalam bab-bab gini aku memang takleh bertolak ansur. Kalau gi kedai makan, tak kisah la hotel ke warung ke restoran ke, benda pertama aku yang akan periksa bila nak makan ialah pinggan mangkuk cawan dia!

Dulu aku tak tahu ... main guna je sebab masa tu takda ilmu .. cetek pengetahuan ... jahil .... jahiliyah! hehe. Sekarang dah tahu, so kena amik tahu dan buat!


Nak Sentap Atau Terima Kenyataan?


Assalamualaikum!




Perlu ke aku sentap ngan mereka? Perlu ke aku terasa hati ngan anak-anak sendiri? Walhal, memang terasa pun hati ni bila mereka cakap begitu tapi aku harus terima kenyataan ....

Sunday, September 28, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 28 - 5 Perkara Bermula Dengan "Andainya"


Assalamualaikum!




Andainya aku pergi dulu sebelum mu ... janganlah kau bersedih hati.Haaaa bila baca task yang seterusnya untuk hari ni, terus paler ni teringat bait-bait lagu dari kumpulan Alleycats ni hehe. 

Teringat aku zaman sekolah dulu, cikgu BM selalu suruh buat ayat menggunakan perkataan tertentu macam ni. Kalau bab karang ayat,aku memang cukup suka hehe.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.