Bila Anak Mengadu Ditendang ...

Friday, January 30, 2015


Assalamualaikum!


Maksud ditendang disinilah bukanlah budak tu tendang ganas-ganas sampai menangis atau tendang macam nak bergaduh. Cuma kadang-kadang budak-budak ni ada masa dia nak bergurau mungkin tak kena tempat atau dia memang tebiatnya menggunakan tangan atau kaki ngan kengkawan.

Alkisahnya petang semalam si Mira yang tengah pakai kasut sekolah tetiba tepuk belakang seorang budak lelaki di rumah pengasuhnya. Terkejut aku ...! Apasal Mira buat macam tu kat budak tu? Aku assume budak tu baru darjah 1 kot ...bila dia kena tepuk gitu, dia pusing belakang dan cuba nak lututkan Mira tapi bila terpandang aku ..dia tak jadi menoleh kebelakang dan kemudian terus masuk ke dalam rumah!

Aku panggil Mira dan tanya kenapa dia tepuk belakang abang tu? Takkan Mira pun dah pandai membuli orang? Rupanya Mira cerita budak tu selalu tendang dia walaupun Mira tak main ngan dia. Jadi Mira tepukla belakang dia ...!



Temankan kakak beli satay ikan

Hurmm ... ingatkan kat sekolah je benda ni rupanya kat transit pun boleh jadi ye hehe. Aku tak tahu sekerap mana budak tu 'kacau' Mira tapi aku marahkan juga dia sebab tepuk budak tu. Jangan buat pasal sentuh anak orang tak tentu hala nak oiiii ...!

Dulu kakak pun ada mengadu kes begini ngan aku. Tapi ia berlaku di sekolah. Kakak mengadu kalau time bermain, kawan lelaki dia suka tendang-tendang. Aku suruh kakak jauhkan diri dari budak tu. Jangan bermain dengan dia dan kalau dia buat begitu lagi laporkan pada ustazah. Jika tak 'jalan' jugak ... bagitahu ibu sapa budak tu((hehe))

Lepas tu takda dah dengar kakak mengadu. Untuk kes adik, sama jugakla respon aku pada dia petang semalam. Jauhkan diri dari abg tu dan kalau dia tendang laporkan pada aunty.

Barangkali ini senario biasa di kalangan budak-budak. Bergurau style 'buas' ... ! Tapi bukan semua orang suka 'buas-buas' ni hehe. Aku dulu pun tak ramai kawan lelaki sebab dari sekolah rendah sampai sekolah menengah sekolah pempuan. Cuma ade la cinta kera tu masa from 3 hahaha. Shhhhh ....!!! :p

I hope to hear nothing regarding this again. Nak tegur budak tu pun .. aku takleh tegur semberono. Lain la dia tendang Mira depan-depan aku ... atau aku nampak kesan lebam atau lukanya. Like i said ... budak lelaki berguraunye sangat lain dari yang lain ....! Bukan semua orang suka dengan cara kita bergurau especially yang jenis guna tangan dan kaki ni.

Pesan ibu ... jauhkan diri kalau boleh. Carilah kawan lain dan kalau berulang sehingga mengganggu, laporkan pada orang dewasa yang boleh dipercayai atau yang menjaga kita.


You Might Also Like

10 pengomen comel

  1. memang gitu kot hanim.. anak saya pun gitu gurau ganas dgn kawan-kawannya..huhu..

    ReplyDelete
  2. Ish, ada jugak eh? Kalau saya, time tu jugak saya tegur anak kecil tu. Sebab saya tak berminat dengan keadaan macam tu. Hmm

    ReplyDelete
  3. Ermmm... Budak lelaki mmg itulah cara berguraunya diaorang, saya sendiri x gemar dgn gurauan macam tuh, huhhu... Saya ada 3anak yg semuanya lelaki, mmg agak lasak smpi saya pun bleh kna sakit jantung kut.. Hihhu... Saya agak garang dgn anak², risau jika terlebih gurau kat sek. Mmg tiap² hari bila hntr ank ke sek. saya akan bg pesanan yg berjela² panjang... Hihhi...

    ReplyDelete
  4. Salam sis..kathy datang BW..;) Sama la sis..budak² ni main ganas .. Macam alia hari tu,putus begnya kena tarik..:(

    ReplyDelete
  5. Betul jugak...xsemua kwn2 ank kita pandai main.ada jenis yg main..main dgn tgn kaki.kalau serius mmg kita kena pegi tegur.bg dia takut sikit

    ReplyDelete
  6. Saya pun tak suka jadi benda2 gini..mula la nak tidur malam pun tak nyenyak..

    ReplyDelete
  7. Bagus dengan tindakan akk.. elok jauhkan diri..

    ReplyDelete
  8. budak laki memang gurau kasar skit..huhu. kadang kena tegur, apa yang perlu diperbetulkan.

    ReplyDelete
  9. Budak skrg mmg bergurau ganas kak... Sekolah rendah pun sama je..

    ReplyDelete
  10. betul tu.Bebudak skng lasak n ganas smcm.tp xdelah teruk sgt.Nakal2 budak je.tp klu selalu sgt pon xleh diam

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM