Biskut Apa Ini?

Tuesday, January 13, 2015


Assalamualaikum!




Ape hal tetiba cerita pasal biskut ni? ... sebenarnya aku dalam mood mengunyah sekarang ni haha. Bukan hari ni je .. hari-hari pun aku ngunyah untuk ilangkan rasa boring hehe. 

Bila pandang biskut ni .. teringat kat warung Pak Yop aritu dia ada sebut 'biskut mayat'! Lama tak dengar istilah 'biskut mayat' hehe. Orang dulu-dulu memang suka bagi nama pelik-pelik kat biskut ni kan. Mak panggil biskut lemak. Bila kawin Pak Jelan gelar biskut ni 'roti kering' ..! And I was like .... what??? ni biskut la bukan roti! Tapi pastu baru aku tau orang Utara memang panggil biskut ni roti! haha. Tapi roti pun dia panggil roti jugak ..! T__T





Bila dah kawen, istilah biskut lemak tu jarang dah aku dengar kecuali bila aku balik kampung. Ngan Pak Jelan asyik panggil 'roti kering'. Memula rasa 'berat' nak terima hakikat kena panggil biskut ni 'roti' ((hahaha)) tapi lama kelamaan ... aah lantak la aihh janji ko paham! gitu kekdahnya hahaha

'Roti kering' ni la peneman setia aku dalam waktu berpantang dulu. Minum pagi dan petang .. inilah juadah pemanis mulut paling sedap! Cicah ngan air milo panas plak tu ... perghh! Boleh ketagih ko ..! Cicah ngan air kopi pun sodap! hehe.

Selain 'roti kering' ni ada satu lagi biskut tawar yang orang dulu-dulu suka makan cicah ngan air kopi ... yakni biskut kepala lutut!


sumber : google

Inilah biskut kepala lutut! Ada panggil biskut lutut ... whichever is ok with me asalkan bendanye sama hehe. Payah dah nak dapat biskut kepala lutut ni kat kedai-kedai runcit biasa. 

Walaupun tempoh berpantang telah berakhir 6 tahun lepas, tapi 'roti kering' tetap menjadi juadah setia di petang hari buat aku dan family. Mira plak suka kalau biskut tu disapu kaya ... perghh! Oh by the way .. dia panggil 'roti kering' tu biskut ... takleh terima bila ayah dia sebut 'roti' .... KL sangatttttt! hahaha.


You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. Lya biasa juga sebut biskut taw roti..mcm sama je hhaha

    ReplyDelete
  2. time duduk asrama memang femes makanan ni. hehe

    ReplyDelete
  3. Rindu plak zaman berpantang...krikk..krik..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM