Bukan Ibu Tak Nak Bawak Motor ....

Friday, January 30, 2015


Assalamualaikum!


gambar hiasan

Anak-anak .... cer bayangkan ibu yang duduk atas motor besar tu :)


Penat dah kena perli ngan anak-anak. Sedih gak hati ni bila mengenangkannya .... ((haha))! Kalau dalam kereta aku duduk kat seat penumpang samada depan atau belakang ... kalau terpandang orang perempuan sedang menunggang motor aku mesti tengok dia sampai hilang dari pandangan.

Tengok bukan sebab ape ... tapi sebab aku kagum! Kagum ngan orang perempuan yang boleh menunggang motor. Seriously, aku berharap aku boleh menunggang motor seperti diaorg! Pergi balik keje naik motor... meronda ngan anak naik motor. Tapi hati aku tak se'kering' mereka .... means berani la! hehe.

Lagi satu aku cukup jeles tengok budak-budak bawak motor. Ko bayangkan tinggi budak tu ngan motor ... tinggi motor tu lagi tapi diaorg still boleh menunggang dengan cekap! Tak padan dengan saiz badannya ... tapi bawaknye kemainnnnn! Kat kampung biasa jumpa budak-budak gini. Perghhh .. tercabar naluri Tun Teja gini hehe. 

Nak menunggang motor kena ada sifat berani! Kalau motor pun ko tak bole nak balance dan bila senget nak jatuh kuar bunyi 'makkkkkk' baik toksah mimpi la nak bawak motor! aku cakap pasal diri sendiri ye ... haha!

Kadang-kadang kakak dan adik saje bikin aku 'berasap' dengan soalan-soalan yang diaorg memang dah tahu jawapannya hehe. Diaorg tanya ... diaorg jawab. 

Adik : buuu... ibu pandai bawak motor tak?

Kakak : mana reti ... ayah yang pandai bawak motor. 

Adik : alaaa ... naper ibu tak pandai bawak motor? Adik nak gi jenjalan naik motor...

Kakak : ibu takut jatuh dik ... sebab tu ibu tak mo bawak motor.

Perghhhh berasap hidung telinga dan segala rongga yang terbuka ni! haha. Sesedap rasa je korang bergosip mengumpat ibu sendiri yek! Ibu bukan takut la .... ibu cuma ... trauma! ekekeke :p

Bukan aku tak pernah belajar bawak motor. Ada sekali sepupu aku ajar dulu. Dia duduk di kampung, jadi memang dah biasa dan pro bawak motor ni. Aku seronok tengok dia 'merempit' dalam kampung hehe.

Satu hari aku minta dia ajarkan aku ... rasanya guna motor bapak dia kot. Memula tu cam senang je ... cuma aku kena pandai tukar gear kat kaki tu dan jangan pulas kuat pemegang tu. Kena kat jalan lurus memang syok bawak! Jalan kampung ... sunyi tak banyak kenderaan plak tu ... memang smooth je tekan minyak. Kena kat simpang nak je jalan besar ... tetiba sorang makcik yang sedang jalan kaki melintas depan kami ... sepupu aku yang membonceng kat belakang cakap 'brek brek' ... tapi aku dah lupa mana nak brek! Terus aku pulas pemegang tu tertekan minyak hampir nak 'bercium' ngan makcik tadi hahaha. Mujurlah makcik tu selamat ... ya ampunnn! Kalau tak mau kuar paper esoknya hahaha. Pucat lesi muka aku ... terus sepupu aku take over pastu hahaha!

Sejak dari tu, aku tak pernah suarakan hasrat hati nak belajar bawak motor. Kalau terlanggar orang satu hal ... rosak motor orang pun satu hal jugak hehe. Lepas tu aku amik lesen kete je. Abah tak tau cerita ni ... kalau dia tau memang tak bagi aku pegang motor dia hahaha.


You Might Also Like

11 pengomen comel

  1. kihkih..xpelah kak...pandai bwk kete pon dh ok dah..ahaks.lucu lah akak ni..teringat plak kisah kwn sy, nak belaja moto jugak... konon nak suh brek tp terpulas minyak...amik kau sekali b lnggr pokok siap naik ke atas lagi motor tu hehe

    ReplyDelete
  2. klu bawak sekitar rumah tu boleh la...tapi kalau bawak nak pi jenjalan dekat jalan besar..memang takkan bawak punya....tu pun motor kecik je..kalau motor berkuasa besar,.,memang tok ler...

    ReplyDelete
  3. Alooo , cer belajar slow2 kak anim..hehe

    ReplyDelete
  4. Fuh! Diavel tu. Harga ratus ribu. Hehehehe

    ReplyDelete
  5. Samalah dengan ena. Best tengok gegel yang bawak motor ni. Ena kereta reti bawak tapi motor tak reti bawa.

    ReplyDelete
  6. hehehe..saya tak dpt belajar naik motor sb abah x bagi..

    ReplyDelete
  7. kikiki..IbuNoey pun sama la,kak..tak reti bawa motor ye.jeles gak tengok bini-bini askar yang lain bawa anak jalan-jalan dalam kem naik motor.

    ReplyDelete
  8. ee..terbalik, kita pulak takut nak bawak kita

    tp motor mmg expert la.. ala ala rossi..lalallalala.

    ReplyDelete
  9. Hahaha ... OK ler tu ...
    Saya nie, keta sorong boleh ler ...
    Kalau stroller tu expert lah ...
    Hehehe ...

    ReplyDelete
  10. Sama lah saya. dah lama tak bawak motor, seriau pulak. dulu2 pun mmg bawak dalam kampung je. sekarang langsung tak berani dah.

    ReplyDelete
  11. Sama lah.. Jiwa tak berapa nak kental lagi...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM