Hajat Seorang Anak!

Thursday, January 08, 2015


Assalamualaikum!




Tau tak apa yang paling menggembirakan hati seorang mak atau ibu? Ialah bila anaknya memuji masakan ibunya yang paling sedap di donia! haaaa hehe. Walaupun yang kita masak tu simple mimple tapi itulah yang sedap di tekak diaorg. 

Projek malam tadi .... projek menunaikan hajat seorang anak yang dah lamaaaa mengidam nak makan sesuatu yang dimasak sendiri oleh ibunya hehe. Adehh ... bunyi cam 'kejam' je kan. Bunyi cam ibunya dah lama tak ke dapur memasak ... tapi hakikatnya ari-ari balik keje baling beg terus berlari ke dapur. Ok ok part baling beg tu bukan cerita sebenar haha.


Buuu ... boleh tak ibu masak kuey tiow? Sedap la ibu masak ...

Sampai hati ke tak nak masakkan bila anak minta? Tambah pulak ada ayat perangsang kat belakang tu ..lagi berkobar-kobar semangat ibu nak masak untuk anak-anak kesayangan! hehe. 




Setia kakak menunggu ibu masak kuey tiow walau jam dah menjengah hampir pukul 10 malam. Asal dapat makan kuey tiow goreng ... kakak tak kisah! 

Kakak sama ngan ibu ... suka makan kuey tiow. Cuma sekarang ibu lebih suka kat char kuey tiow. Urmm .. ngidam plak bila sebut char kuey tiow ni hahahaha.




Alhamdulillah ... lepas hajat anak aku yang sulung ni. Dua kali menambah semalam ... sedap la tu agaknya ye hehe. Yang adik biasa-biasa ok je ... asal dia tak nampak bawang dalam kuey tiow tu dah la. Mujurla ibu dah cincang halus bawang tu awal-awal tadi ...hahaha! :p


You Might Also Like

20 pengomen comel

  1. Saya pun suka kue tiow. Hehehehe. Ramai orang akan cakap suka masakan ibu, walaupun simple tapi sedap. Bukan sebab rencah yang di gunakan, tapi sebab kasih sayang. Ibu memasak dengan penuh kasih dan sayang pada anak-anak. Rasa itu masuk dalam masakan, dan di makan oleh anak-anak. Itu yang, pergi mana pun, masakan ibu juga yang di cari. :)

    ReplyDelete
  2. ehh sama laa... smlm blk kejer terus campak baju then masuk dapur sbb mem nak mkn keow teaw cantonese... hehehe...

    ReplyDelete
  3. saya pun suka kue tiaw yg mak saya masak..cuma bila dah besar ni, mak suka suruh masak sendiri..huhu

    ReplyDelete
  4. ibu pun jadi seronok memasak bila dapat pujian macam tu kan hanim..

    ReplyDelete
  5. sama jugak dengan akak...memang akak akan masakkan kalau anak meminta 2 macam tu..maklum la sekarang pun dah besar kan...dah macam2 dah..

    ReplyDelete
  6. Ibu masak, semua sedap... air tangan ibulah katakan ya :)
    Saya jarang2 dah masak sekarang, nak merasa org masak plak sejak akhir2 ni... biasalah mak buyung ni ngada2 sket hehehe...

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat mak macam ni. hehe, layan permintaan anaknya. nak mee juga. hehe

    ReplyDelete
  8. X da yg mgembirakn hati seorg ibu bila mna dpt menunaikn hajat mereka kan..ermmm msti sdp tu air tangan ibu

    ReplyDelete
  9. Assalam.. lama tak singgah sini.. terbau char kuey teow sampai ke sini ni hihii.. Salam ceria 2015 buat Anim sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  10. Mau tak sedap air tangan seorang ibu.. Alhamdulillah..demi anak2 kan...

    ReplyDelete
  11. tetiba nak jadi anak mama.. hahaha

    ReplyDelete
  12. adudu hai anak... puji ibu ekk :)
    yes. memang la mesti kita nak buat bila dia minta kan.
    tak sampai ati tak buat :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM