Hati-hati Dengan Orang Yang Tak Dikenali!

Friday, January 16, 2015


Assalamualaikum!




Barangkali ramai yang dah baca tentang cerita ni di Wassap & FB masing-masing. Aku pun baru tahu semalam ... itu pun Pak Jelan yang hantar melalui Wassap. Adoiii ... berderau darah den bila baca ni!

Seriously, perkara sebegini perlu diberi perhatian. Terutama parents yang bergantung pada orang lain untuk amik anak dari sekolah ... termasukla aku! huhu. Tolongla .... mujur pihak sekolah dan orang ramai perasan. Kalau jenis yang pandang sepi? acaner?


Sekarang ni anak-anak kita main depan rumah pun dah boleh mengundang risiko ... inikan pulak bila kita meninggalkan mereka kat sekolah masing-masing. Itulah yang selalu aku pesan kat kakak dan adik ... kalau ada orang yang tak dikenali mendekati atau cuba ingin berbual atau menyentuh cepat-cepat lari dan jerit sekuat hati.

Memang seriau kalau nak diikutkan ... tapi sampai bila nak takut? Nak tak nak kena ajar diaorg berdikari di samping kami tengokkan dan perhatikan dari jauh. Sebab tu masa aku deal ngan orang yang amik kakak dan adik balik dari sekolah, aku mahu pastikan anak-anak aku selamat dalam tangan diaorg ... pergi dan balik.

Dengan kakak dan adik pun aku pesan, pastikan cam muka orang yang amik tu dan ikut HANYA orang tu dan bukan orang lain. Dengan cikgu tadika pun aku pesan ...dengan pak guard sekolah kakak pun aku pesan huhu. 

So, sentiasalah berhati-hati dan pesankan selalu pada anak-anak kita. Kita tak mau benda tak elok terjadi .... kena sentiasa waspada! 


You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. Nauzubillah
    Ya Allah ko lindungila anak2 kami

    ReplyDelete
  2. BAHAYA..memang kena berhati2 selalu

    ReplyDelete
  3. Takutnya.
    Orang zaman sekarang macam2.
    serius takut kak hanim.
    kadang nak keluar rumah pun rasa tak selamat

    -farhana kbba-

    ReplyDelete
  4. Dulu masa kerja kat nursery pun, kami selalu diberi peringatan. Make sure cam parents dia dulu, baru serah anak dia. Risau jadi kes macam ni jugak, especially yg minta wakil yg ambilkan.

    Hopefully, anak2 akak selamat tu. Moga Allah lindungi mereka..

    ReplyDelete
  5. salam kenal..sekarang ni sbb kes2 gni lah parents dah sampai jd paranoid nak kasi anak bermain kat luar ke hape ke..dunia sekarang tak bebas dah macam zaman kita kecik2 dulu..sangat perlu berhati2..huhu

    adaa follow here :d

    www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM