Pengalaman Cari Kerja

Thursday, January 22, 2015


Assalamualaikum!

Terbaca satu artikel dari SINI tentang graduan yang masih merungut tak dapat kerja walaupun bergelar graduan yang memiliki diploma serta ijazah dari universiti. Memang diakui itulah masalah utama bagi mereka-mereka yang mengalaminya bertahun-tahun!

Bayangkanlah dengan semakin ramainya graduan fresh yang baru keluar, tapi tak sampai 10% pun yang dapat kerja. Malah mereka sanggup bekerja di pasaraya atau di plaza tol asalkan ada kerja! Habis nak bayar PTPTN dengan apa? Ini pun berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku terhadap sedara mara terdekat.





Pengalaman aku taklah besar mana compare dengan orang lain. Apatah lagi aku guna sijil SPM je time tu walhal STPM ado! hehe. Tetiba boleh amnesia pulak yang aku pernah masuk Form 6! haha .. adeh. Bimbang tu bimbang jugak kalau-kalau tak dapat kerja. Maklumla .... sampai bila aku nak 'makan' duit mak ngan abah. Lagipun dah tiba masa aku kena berdikari ... cari duit poket sendiri. Gi shopping takkan asyik nak minta RM100 (waktu tu RM100 kira paling loaded dah bagi aku hahaha!).

Lagipun pegang duit sendiri ni syok wooo! Tengok je la time raya, waktu aku Form 5 pun still dapat duit raya dari mak ngan abah ngan akak hehe. Mau tak melompat anak dara ni nak bekerja! :p

Aku Jadi Bibik!

So, after SPM macam budak-budak lain aku pun tak terkecuali plan nak cari kerja part time. Waktu tu hujung tahun 2000 memang time tu semangat aku dah berkobar-kobar nak keje. Keje la apapun ... KFC ke ...McD (time tu tak boikot lagi hahaha) ke ... restoran ke. Aku tak tahu la trend budak sekarang cam maner, tapi time aku dulu budak-budak kalau nak buat part time mesti cari catering. Ko tengok waiter dia muda-muda 'halus-halus' tu rupanya budak sekolah hehe. Lagipun masuk catering ni 'masyukkkkk' sebab upah kira hari. Tambah pulak hujung tahun, every weekend mesti ada wedding confirm memang lebat poket ko hehe.

Tapi aku tak join catering time tu, sebab kebetulan akak aku bersalin pulakkkkkk anak yang pertama hehe. Dah ... abah tak bagi aku keje tapi jadi babysitter tuk anak buah aku Fatin Natasha Airin. So keje part time aku yang pertama ... jadi bibik! hahahaha :p

Kedai Ayam

Lepas kuar result SPM, aku try isi untuk IPT. Tapi saingan sengit time tu, yang dapat straight A's SPM ko boleh senyum luas-luas nak pilih course ape. Yang aku ni takat 2A je, kena teliti satu-satu course apa yang sesuai ngan kepandaian 2A aku ni hehehehe. Apa bole buat ... rezeki aku bukan di IPTA. Tak dapat masuk IPTA takpe, kita try Form 6 pulak. Permohonan telah dibuka bagi student SPM yang tak lepas ke universiti. Aku try isi tapi tak konfiden boleh dapat ... faham-faham je la nak masuk tu kena kira aggregrate ke ape ntah ...kalau lulus dapat la.

Dalam time menunggu keputusan tu, sempat jugak la aku skodeng-skodeng part time job yang lain. Aku dapat tahu kawan sekolah aku, Mardiana keje kat kedai Ayam A1 kat Desa Pandan. Tiap hari aku lalu kat situ mesti nampak dia. So, aku try ngan dia kenen-kenenkan aku tuk job kat situ ...dan akhirnya aku dapat! hehe. 

First day keje memang semangat ...tapi sebenarnya takut! hehe. First time aku nak berhadapan ngan orang ramai dan first time jugak aku kene potong ayam! Haaa inilah natijahnya kalau mak masak di dapur anak dara tak masuk menolong! Potong ayam pun aku tak reti ... malu datang bertimpa-timpa haha! Mujurlah Mardiana ajarkan aku cara potong ayam yang betul ...haihhh malu seyyy! ahhaha. 

Bukan takat tu je ... dengan pantasnya aku diajar cara mengendalikan mesin duit. Adoiii ... potong ayam pun tak pas lagi, dah kena tekan-tekan mesin duit. Aku kalut sikit kalau duduk kat mesin duit ni. Tengok kat pasaraya cashier buat laju je kan ... kena kat aku, guna jari telunjuk tekan nombor kat situ! haha. Pelanggan tu tengok pun dah mendengus dah ... apehal slow sangat minah ni tekan?

Pun begitu, aku happy keje kat situ sebab ada kawan dan dekat gilerrrr ngan umah hehe. Pergi keje jalan kaki je ..kul 8.30pagi dah terpacak depan kedai tunggu kawan bukak kunci. Aku tak ingat ape dah masa tu .. seronok potong ayam je hehe. Tiba masa, majikan suruh aku bukak buku akaun Maybank untuk urusan gaji dan potongan KWSP. Time tu pulak la surat panggilan Form 6 sampai ke tangan!


Form 6

Serba salah dibuatnya. Tak terima ... abah dah mengharap aku sambung belajar. Aku dapat sambung Form 6 tu pun abah dah happy dah. Kalau terima ... habislah keseronokan bekerja yang aku kecapi selama 4 hari di sini! Baru 4 hari aku keje kat situ rupanya ...hahaha! Terasa macam dah 4 bulan ko! Walaupun penat sepanjang hari berdiri dan berjalan bukan macam kat opis ada kerusi empuk dan ekon, tapi aku enjoy sangat masa tu! Walhal aku tak dapat apa-apa bayaran lagi sebab dalam tempoh probation tapi seronoknya takleh nak digambarkan! 

Maka berakhirlah kerjaya aku di Ayam A1, Desa Pandan. Aku pun dah lost contact ngan Mardiana lepas tu even sampai sekarang. Kalau la ko baca ni Mar, terima kasih aku ucapkan atas pertolongan ko dapatkan aku job tu. Walaupun sekejap, aku happy time tu! Kat mana pun ko berada, moga ko sihat dan sentiasa diberkati Allah dunia dan akhirat :)

So, me back to school again! hehe. Aku dapat offer sambung Form 6 kat SAB a.k.a Sekolah Menengah Aminuddin Baki, KL. Antara sekolah harian terunggul dek kerana pencapaian murid-muridnya yang memberangsangkan. Kalau sebelum ni, aku hanya mampu tengok dari luar je time aku on the way nak ke sekolah lama aku, CPR a.k.a Convent Peel Road. 

Back to SAB, aku memulakan kehidupan sebagai pelajar. Kawan lain ada yang dah dapat job, ada yang sambung IPTA dan aku buat Form 6. Sebelum tu, memang telinga dah dengar macam-macam cerita tentang betapa susahnya Form 6 ni! Aku kata dalam hati issokeyyy ... kelas sastera ok kot. Tapi, bila cikgu tu kira aggregrat aku ...papp! "Hanim .. awak kelas sains ye". *tepukdahi*

Dipendekkan cerita, aku study sains 2 tahun di situ dan keluar ngan result 2 principal yakni P.A & Kimia. Pastu aku tekad cari kerja balik.

Opis Girl

Duduk kat umah, aku belek-belek surat khabar tu. Time tu cari kerja secara online ni mana ada lagi. Senang cari kat suratkhabar je kat ruangan mencari kerja hehe. Paling aku suka tengok kat Harian Metro ... job best, gaji lumayan siap ngan elaun bagai. Yang mana berkenan dan sesuai, aku bulatkan ngan pen merah. Esoknya, siap ngan duit syiling (dulu takda henset lagi) aku menapak kat public phone bawah rumah tu dan start buat panggilan. Dari satu kompeni ke satu kompeni ... bila aku tanya lokasi ada yang cakap jinjang, kepong, rawang ... gila jauh aihh! Kensel ...!

Satu hari abah tanya aku, ko nak keje kat tempat kawan abah tak? kalau ko nak, nanti abah tanyakan. Keje apa? keje kerani ... buat-buat surat ni. Kat mana? Kat KL je. Hurmm ..bolehla.

Duit syiling aku pun dah habis menelefon orang sana sini hehe, terima je la kalau dapat kat situ. Rupa-rupanya kompeni kawan abah aku tu kompeni Legal Firm! Actually, dia kawan biasa je ngan abah kat tempat keje malam. 

Akhirnya, aku dapat kerja! yeayyyyy ...alhamdulillah :). Tahun 2002 aku mula bekerja di Legal Firm Lachaman Lalchand & Associates di Bangunan Lee Yan Lian, Jalan Tun Perak sebagai receptionist cum clerk cum secretary. Keje amik surat, rekod surat, cari fail, rekod kes, buat draf surat litigation semua aku buat. Kira cam opis boy ...  tapi opis girl la hehe. Gaji permulaan RM600 masa tu ...pakai cek hehe. Lepas 3 bulan tempoh percubaan, aku dapat surat lantikan tetap dan gaji masuk akaun dan dapat potongan kwsp. Hari-hari gi keje naik bas Metro turun kat depan Metrojaya, Pudu (sekarang MYDIN). Yang bestnya. masuk keje kul 9 pagi, so aku tak rushing nak kejar bas. Kadang-kadang tu, aku yang sampai awal lagi dari diaorg hehe. Balik kul 6 petang ... yang tu yang buat aku penat tu! hehe. Penat berdiri dalam bas yang dah macam ikan sardin hanyir dengan bau pendatang asing yang sama-sama naik bas balik dari keje. Depan Menara Maybank tu petang-petang, memang diaorg je la yang conquer duduk kat situ. Naik bas pun berhimpit-himpit time tu. Kalau nasib tak baik akan ada yang kena raba! Haaa jangan tak tau ... memang silap besar kalau ko naik bas Metro pakai seksi-seksi terutama yang kebaya dan baju kurung jenis kain licin tu. 

Sekarang

Dari gaji RM600 naik ke RM900 dalam pertengahan bulan September 2002. Aku pun macam dah ok dan stabil time tu. Agaknya inilah kerjaya aku sampai mati hehe. Keje pun ok je .. yang boringnya time takda keje atau bos tak masuk opis hehe. Sampai bulan Oktober  ... dua minggu lagi nak masuk November 2002, aku dapat surat panggilan keje lagi! Actually, walaupun aku keje dah ok time tu ... aku still gak belek-belek suratkhabar kot-kot ada peluang kerjaya lain tuk aku. Ye la ... abah selalu cakap, kompeni swasta ni gaji memang ok, tapi risiko kena buang pun tinggi jugak. So, aku amik safety plan cari kot-kot ada yang boleh 'tersangkut' dan lebih baik dari sekarang. At least, aku tak risau nak fikir risiko kena buang kerja kalau-kalau suddenly kompeni tu buat hal atau nak tutup. Aku jumpa satu permohonan kerja ni kat suratkhabar Utusan Malaysia, offer jawatan sekian sekian kat Jabatan sekian sekian. Kena amik borang kat jabatan tu, isi dan lengkapkan dokumen. Esoknya, abah aku gi ambil borang tu dan balik aku isi. Dulu bukan macam sekarang, boleh print terus dari komputer. Dulu kena amik borang by hand kat jabatan tu baru kita leh isi.

Dah siap isi dengan dokumen lengkap, abah aku gi hantar balik ke jabatan tu by hand jugak! Aku cakap pakai pos je la, dia marah aku balik cakap hantar by hand lagi elok ... menjamin dokumen dan borang tu sampai ke tangan yang betul hehe. Abah abah .... :)

So, bila aku dapat surat panggilan temuduga tu aku terdiam jap. Bagitahu abah ... kemain dia suruh aku gi temuduga tu. Dah nak kena buat surat pulak ngan bos ni! Nak tak nak aku buat surat notis 2 minggu dan jelaskan offer yang aku dapat kat bos aku. Mujurlah dia faham situasi aku yang dapat surat panggilan dengan mengejut! Tarikh temuduga dah nak dekat pulak tu. Dalam hati ni kalau aku tak dapat job ni, mau aku jadi pengganggur terhormat balik ni ((hahaha)). Tapi redha je la ... dapat tak dapat kita gi temuduga tu dulu.

Hari temuduga, aku sampai awal pagi tu. Abah hantar dengan Proton Saga edisi pertama tahun 1985. Turun kat pagar luar, aku ke pondok pengawal dan tanyakan mana bilik temuduga. Naik atas, isi borang lagi dan tunggu. Pusing kiri kanan ... takda orang. Aikkk! mana pergi yang lain ... takkan aku sorang je?? Rupanya baru pukul 7 lebih daaaaa! haha. Abah ni hantar awal sangat .... ! :D

Tiba waktu dipanggil ... aku orang pertama! Assudoh ....hurmmm belasah je laaaaa! Soalan yang ditanya yang sampai hari aku masih ingat lagi ialah berikan saya satu jenis awan yang awak tahu. Demmmm! mana aku tau ((hahaha)).  Aku tengok awan tu sama je semua hoho. Mampus la ko Nim ... sapa suruh tak study dulu sebelum datang interview hahaha. Ni kalau abah tau ko tak dapat jawab ... siapla ko kena bebel sepanjang hayat! hehe. Dengan yakinnya aku jawab kat tuan pegawai tu ... saya tak tahu tuan ... hahaha. Tu je la yang aku termampu jawab hahaha.

Keluar dari bilik temuduga, aku tak yakin aku boleh dapat. Memandangkan soalan basic paling penting pun aku takleh jawab dan ko student sains dari Form 1 sampai Form 6 boleh tak tahu satu jenis awan pun hahaha. Sadis giler ... apa yang aku belajar??? hehehe.

Dalam keta, aku tak berani buka mulut ... abah tanya cam mana interview...ok? Aku jawab ...ok ... pastu tutup cerita. Fuh! mujur dia tak tanya lagi hehe. Tapi sedih jugak la waktu tu ... yang datang interview pun ramai, mungkin mereka lebih genius dari aku or at least diaorg tahu satu jenis awan yang aku sendiri tak boleh nak bagi jawapan! Not fair ....! hahaha Kasi la soalan macam mana proses hujan terjadi ke ...macam mana pelangi terbentuk ke .... ini jenis awan! haha.

Dipendekkan cerita, akhirnya aku dapat jawatan tu. Tunggu tak lama, Disember 2003 tu jugak aku kena lapor diri dan bekerjalah aku sampai sekarangggggg. Alhamdulillah ... 

Pejam celik pejam celik dah 10 tahun pun aku kat sini. Dok ada 30+ tahun lagi nak mengerah keringat dan tenaga di sini. Itupun kalau umur panjang ... kalau tak, anak-anak la yang dapat merasa duit pencen aku nanti hehe.

So, kalau nak diikutkan pengalaman setiap orang berbeza. Yang penting kena sabar dan rajin cari peluang lain. Aku tahu situasi dulu dan sekarang sangat berbeza! Kadang-kadang aku takut kalau anak-anak aku belajar tinggi-tinggi tapi end up jual 'anggur' ... acaner? Kalau takat SPM atau STPM macam ibu dia ni .. ade ke yang nak amik diaorg bekerja? Bila ada degree orang nak pengalaman. Bila ada pengalaman degree tak cukup tinggi. Last-last melangut kawan tu ....!

Tapi nak fikir begitu pun takleh jugak. Rezeki ada di mana-mana dan Allah yang tentukan ... kita kena sabar dan berusaha dan tawakal. Ada rezeki kita kat situ ... alhamdulillah. Doa banyak-banyak pada Dia ... insyaAllah. Aku harap pada yang masih menanti atau tercari-cari kerjaya tu, tabahkan hati kuatkan usaha. InsyaAllah ada jalan keluar tuk korang ... memang kena struggle sikit tapi itulah cabaran hidup kan :)


You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. wah..merasa jugak kerja sana sini ye..timba pengalaman...

    ReplyDelete
  2. Seronok baca pengalaman Hanim mencari kerja, Alhamdulillah dah kerja tetap selama 10 tahun ^-^

    ReplyDelete
  3. fuh..panjangnya...semput nak baca..tapi bestkan bila baca pengalaman orang...bukan senang kita nak berada di tahap sekarang kan anim

    ReplyDelete
  4. selain kesabaran dan usaha mencari kerja yang berterusan student juga perlu improve skill dan resume. cara hantar email pun perlu diperbaiki. Mostly yang dilihat, hantar email aja dah fail. be formal.

    ReplyDelete
  5. Pengalaman tu lah yg menjadikan siapa kita sekarang kan.. Semoga segalanya dipermudahkan dan dilancarkan utk mencapai kecemerlangan dlm kehidupan di dunia & akhirat... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  6. pergh ok la kak..nad kerja operator kilang..lepas habis tudy kerja admin..

    ReplyDelete
  7. Betul tu ainim. ..pengalaman seseorang tu berbeza time tawaran dtg kena rebut peluang....

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM