Rombakan Besar-besaran!

Monday, January 12, 2015


Assalamualaikum!


Permulaan awal tahun ... ibu buat rombakan besar-besaran untuk kakak dan adik. Rombakan ape? Haaa ingat menteri kabinet je boleh buat rombakan ke? Ibu pun boleh tau ...!




Permulaan baru buat adik di tadika baru untuk tahun 2015. Dua minggu sebelum sekolah bukak, dah sibuk cari dan survey sana sini tadika yang sesuai. mudah dan lebih dekat. Akhirnya Mira ke Tabika Kemas untuk tahun terakhir. Senang ... satu hala ngan sekolah rendah kakak. 

Yuran toksah citer.. manyak murah hehe. Pendaftaran RM205.00, sebulan cuma RM20. Paling best ... akhirnya ayah dan ibu dapat carikan juga transit dan pengasuh yang sanggup amik kakak dan adik bila habis sekolah! Takyah dah ayah nak ulang alik dari Subang ke PJ untuk amik macam sebelum ni. Setahun tu berulang alik ...!

Transit tuk kakak juga ibu ayah berjaya dapatkan ... tu pun last minit! hehe. Alhamdulillah ... rezeki dapat transit depan sekolah agama. Cadangan bernas dari kakak yang suggest semua ni. Depan sekolah agama je ... 5 langkah dah sampai hehe. 




Persiapan sekolah setel. Semalam gi beli kasut dan baju sekolah je. Nampaknya ramai jugak parents yang membeli di saat-saat terakhir. Time kami masuk tak ramai orang lagi ... time nak membayar orang dah berduyun-duyun masuk dah ... fuh!




Hari ni kakak dan adik dah start sekolah ... semoga anak-anak ibu belajar rajin-rajin dan have fun kat sekolah masing-masing. Ibu dah lega banyak dapat setelkan transport dan transit anak-anak ... barula tenang rasa nak wat kerja.




You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. Semoga belajar sungguh2.. hehehe seronok tengok budak budak pergi sekolah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah urusan dipermudahkan kak.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah legs rasanya dah settle kan

    ReplyDelete
  4. Alahai... segalanya dipermudahkan... bagus laa...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM