Semangat Tak Pernah Pudar!

Thursday, January 15, 2015


Assalamualaikum!

Masuk hari keempat kakak bersekolah ... semangat masih membara. Seawal hari kedua dah bawa balik homework dan buku teks. Time buat homework jelas dia enjoy walaupun tak sampai seminggu belajar.

Malam tadi rancak dia membuat kerja sekolah ... ibu hanya monitor dari jauh sambil-sambil tolong apa yang patut. Kakak dah independent sekarang ni.... dia akan cuba buat sendiri, kalau soalan tu susah atau tak faham baru rujuk kat aku.




Dari petang semalam kakak dah start bersin dan hingus meleleh. Malam time buat homework pun kejap-kejap bersin kejap-kejap batuk. Hati ibu dah tak sedap ..tapi memandangkan kakak begitu bersemangat menghabiskan kerja dan menyusun buku dalam beg, ibu pendamkan aje.

Tengah malam tadi makin teruk keadaan kakak. Dengan hidung tersumbat ... kejap-kejap bersin pastu dia nangis. Tekak sakit badan dedar ...

Pagi tadi sampai depan pagar sekolah, kakak nangis lagi. Jelas tak larat dah tu .... kesian kakak.




Pas breakfast tadi, ayahnya bawa gi klinik. Tak pasti la kakak boleh gi sekolah agama ke tidak petang ni .... moga kakak cepat sembuh ye sayang ...


You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. alahai sian kakak, tgh semangat nak pi school demam plak ye. Get well soon kakak

    ReplyDelete
  2. bagus bagus jangan bagi semangat anak-anak ni luntur ye

    ReplyDelete
  3. Sekarang musim batuk, bersin :( Cik Iman dengan anak Cik Iman tengah sakit gak nie. Tak tau la apasal. Dah start musim jerebu kot?

    Semoga dia sihat dan dapat gi sekolah semula :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM