Friday, January 23, 2015

# Cerita My Pearls # Surah Al-Fil

Suka Cerita Nabi-nabi & Terjemahan Dari Surah Pendek


Assalamualaikum!


Dah dua malam kami sama-sama menelaah terjemahan surah pendek yang kakak belajar di sekolah. Habis keje sekolah ... dia akan bawa kuar buku hafazan Quran darjah 2 dan duduk di atas katil. Adik pun ikut duduk sebelah.

Aku yang baru selesai gosok baju sekolah dia dipanggil untuk join sekali.

"Buu... kakak suka la baca cerita-cerita Nabi ni bu ...Boleh tak bu ceritakan pasal surah ni. Kakak belajar surah ni kat sekolah tadi"

Itulah kakak ... memang suka membaca terutama kisah-kisah yang belum pernah dia dengar dan tentu sekali pasal Nabi-nabi. Dia dah jatuh cinta ngan kisah Nabi-nabi tapi macam tak berapa faham bila baca terjemahan dari surah tu. Lalu aku la tempat bertanya dan menjadi tukang ceritanya.


gambar hiasan

Malam kelmarin kami bertiga sama-sama menelaah Surah Al-Fil. Surah tentang serangan tentera bergajah dan bagaimana Allah menggagalkan rancangan jahat mereka untuk merobohkan Kaabah. Bila dah baca terjemahan surah tu, haruslah aku kena cerita apa itu tentera bergajah, kenapa nak robohkan Kaabah dan cerita betapa Allah Maha Mengetahui apa yang kita kerjakan.

Allah Ta’ala berfirman,
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ (1) أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ (2) وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ (3) تَرْمِيهِمْ بِحِجَارَةٍ مِنْ سِجِّيلٍ (4) فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَأْكُولٍ (5)
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka’bah) itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berpasuk-pasukan, sambil melontar mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun yang dimakan (ulat).” (QS. Al Fiil: 1-5).

Kalau diceritakan hanya sekadar terjemahan dari surah ni, kakak tak faham. Jadi, akulah tempat bertanya apa maksud ayat ini dan apa cerita disebaliknya. Dah habis satu ayat, kakak akan baca ayat seterusnya sekali ngan terjemahan dan aku akan ceritakan.

Pertanyaan kakak bukan sekadar apa maksud dan ceritanya, tapi dia tanya tentera bergajah tu macam mana? Binatang ke yang pergi berperang? kadang-kadang kelako pulak dengarnya ... kadang-kadang geram jugak jadiknya tapi bukan geram nak marah la.

Yang adik, hanya diam dan dengar di sebelah kakaknya. Tak faham sepenuhnya barangkali apa yang aku cerita kat kakak dia, tapi kira ok la dia nak mendengar.

Semalam, dia suruh aku cerita pasal Surah al-Humazah. Surah yang menceritakan betapa Allah mengutuk perbuatan pencaci, pengeji, pegumpat dan orang yang suka mengumpul harta dunia. Dan, pengakhiran yang buruk Allah berikan pada golongan-golongan ini.

Tak tahulah surah apa yang kakak nak aku cerita malam ni. Nak menolak .. tak sampai hati ... tapi kakak bertanya seolah-olah ibu tahu semuanya huhu. Walhal ibu ni masih 'jauh' lagi bab-bab begini. 

Hmm... ya Allah moga dipermudahkan segalanya. 

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?