Tuesday, January 20, 2015

# Story Kenit

Tanda-tanda Badan Tak Sihat


Assalamualaikum!

Cuaca dah tak menentu sekarang ni. Kalau bulan lepas hujan lebat, suhu pun sejuk. Tapi bulan ni terasa dah kepanasannya. Even malam pun panas sekarang ni, tak hairanlah kalau ramai yang ngadu tak sihat kebelakangan ni.

Minggu lepas kakak tak sihat, minggu ni berjangkit kat ibunya. Dari malam Sabtu aku bertahan sampai malam Ahad ... mula-mula batuk ngan selsema je. Pastu melarat ke demam dan sesak nafas. Buat keje sikit sesak nafas. Berjalan dalam rumah jadi sesak nafas. Baring tak kena ... mengiring tak kena. Satu-satunya posisi yang selesa bagi aku ialah menonggeng! Dalam keadaan menonggeng tu la baru pernafasan aku clear.

Aku dah syak, tak lain tak bukan ini mesti batuk berkahak. Siap pakejnya dengan selsema ngan demam. Dengan lidah terasa pahit dan bawah perut terasa sakit sebab batuk yang kerap dan kuat. Anak-anak tengok pun takleh buat apa ... diaorg faham dah kalau ibu tak sihat sampai menonggeng-nonggeng tu makanya silalah buat hal sendiri. Time nak makan je aku gorengkan nasi tuk diaorg.

Malam tu aku memang tak larat sungguh ... asal berjalan sikit dah sesak nafas. Masuk dalam bilik aku cari udara ... lalu terlelap kejap. Dalam dok mamai-mamai tu suara kakak menerpa, "bu .. nak letak tuala basah kat dahi?" ... aku hanya mampu jawab "huh ..." dan kemudian satu kucupan lembut di pipi.

T____T

Kalau setakat selsema ngan batuk aku boleh tahan lagi insyaAllah. Aku ni pun bebai jugak takmo gi klinik. Selagi boleh bertahan aku bertahan. Nak tengok antibodi aku ni boleh pegi takat mana ((haha)). Pernah dulu aku kena batuk berkahak dekat dua minggu! Dalam dua minggu tu la aku berulang alik ke tandas buang kahak haha. Kalau selsema aku boleh bertahan seminggu tanpa makan ubat. Tunggu dia baik sendiri .. janji ada vicks dan tuala basah kat tangan untuk tonyoh hidung ni hehehe.

Yang aku tak tahan ialah masa sesak nafas. Berat giler dada ni nak mengepam udara ... macam nak habis nyawa! Ya Allah .. kalaula nyawa aku ditarik masa ni .. apa la yang aku nak bawak mengadapMu ...

Aku pernah kena macam ni sebelum ni. Dan, akhirnya aku kena masuk neb kat klinik. Seksanya Allah saje yang tahu .... macam mana orang yang semput dan lelah tu ye. Macam mana la anak-anak kecik yang selalu kena sedut gas untuk cairkan kahak.

Still walaupun aku sesak nafas sampai tertonggeng-tonggeng, kaki aku belum jejak klinik hingga sampai saat ini. Alhamdulillah sesak nafas dah takda. Yang tinggal hanya demam, batuk dan selsema. Bukan ketegaq atau takut ... tapi selagi aku boleh bertahan aku bertahan. Lagipun stok ubat ada lagi ... kalau tak tahan sangat aku telan yang tu dulu la huhu.




5 comments:

  1. yes... rehat...
    get well soon ye :)

    ReplyDelete
  2. Banyakkan rehat ye sis.. Cuaca sekarang memang tak menentu.. Sebelum ni sejuk sangat.. Skrg ni panas sangat pulak.. Huhu..
    RosmizaAliDotCom™

    ReplyDelete
  3. Cuaca x menentu mmg boleh buat badan x sihat...
    get well soon ye

    ReplyDelete

Apa kata korang?