Wednesday, February 25, 2015

# Luahan Hati # Pasal Blog

Ko Masih Blogger Ke Nim?


Assalamualaikum!


"Ko masih blogger ke Nim?" begitulah pertanyaan mak aku pagi tu ketika aku sedang ligat 'mengetuk' papan kekunci laptop. Dia memang tahu kalau aku dah buka laptop memang takda benda lain yang aku hadap melainkan blog! 

"Masih mak ... insyaAllah" ku balas dengan senyuman. Aku tahu mak tidak bermaksud sinis bila dia bertanyakan soalan tu, sebab soalan sebelumnya 2 tahun lepas lebih 'tajam' menikam kalbu hehe.



Alhamdulillah sudah hampir 3 tahun aku bergelar blogger walau separuh masa. Semangat menulis masih belum pudar dan aku berdoa ia takkan pudar selama aku masih bernafas dan masih mampu. 

Mulanya memang sukar nak menjelaskan kegilaan aku berblogging pada mak. Orang sebaya kita pun belum tentu dapat memahami passion dan minat kita terhadap blog! Tapi itu semua tak pernah melemahkan semangat aku ... malah aku akan jadi lebih 'gila' dan rakus 'mengetuk' papan kekunci! haha.

Ko boleh bayangkan dan rasa tak ...bila ko dah jatuh cinta ngan satu benda tu, ko akan sentiasa terbayang-bayang akannya. Tertunggu-tunggu ilham dan idea. Ternanti-nanti bila boleh ko tekan button 'Publish' tu hahaha.

Gila?? katalah nak kata apapun. Selama ni pun aku tak amik port pun pasal apa orang nak kata tentang aku hehe. Selagi mampu selagi terdaya, aku akan terus berada di sini insyaAllah. 

:)


14 comments:

  1. ada tak perasaan bila banyak idea masa tak pegang laptop. Tapi bila bukak je new post. taktahu dah nak taip apa. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tipu la kalau cakap takda haha. Itu dipanggil sindrom 'blur' ... lambat sikit je bukak laptop habis semua ayat bertaburan hehe. Payah nak karang balik :)

      Delete
  2. kan??ini hobi kita...orang yang ada hobi kumpul setem pun kita tak boleh paham apa lagi nak suruh orang paham hobi kita..

    ReplyDelete
  3. Betul tue anim..sekali dh terjebak susah dh nk berhenti.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Hehehehe...menulis ibarat satu terapi..

    ReplyDelete
  5. wah! soalan emak sungguh IT gitu.
    mak aida x tau pun aida blogger ha haha...
    blogger kecil2an aje aida ni :)

    ReplyDelete
  6. Minat macam blogging ni bagus sebenarnya. Bukan sekadar manfaat hasilan wang ringgit je, kemahiran penulisan dan pengetahuan kita juga dapat ditingkatkan.

    ReplyDelete
  7. Kite dah lama jugak ada blog tapi jarang sangat buat entry nye :)

    ReplyDelete
  8. Hehe... Mak saya tak tahu sgt pasal teknologi... Lagi pun sy dh kahwin.. Dia tahu... Suami sy kawal sy dan perhatikan sy... Sbb tu mak tahu kisah bab tu... Cuma bab kesihatan sy mak masih risaukan seperti dahulu...

    ReplyDelete
  9. ha2 sama la tu...rasa gian dan stress tak menulis..

    ReplyDelete

Apa kata korang?