Luncheon Di Restoran Kapitan

Friday, February 13, 2015


Assalamualaikum!

Tergerak pulak kaki ni menerjah AmCorp Mall hari ni. Mentang-mentang semalam dah gaji, harini berani la nak jejak kaki di sana kan huhu. Kali ni aku lunch kat Restoran Kapitan kat Ground Level, AmCorp. Kak Tun la dok canang kata mee kari kat sini sedap, so harini jom ikut Kak Tun makan sana ye!


Inilah restorannya .. Restoran Kapitan terletak di Ground Level. Ni first time aku makan kat sini, memandangkan Kak Tun kata mee kari sini memang recommended so why not aku cuba kan hehe. 




My luncheon for today. Mee kari dan air sirap bandung. Mee kari harganya RM7.00 dan air sirap bandung ni RM2.00. Harga mee kari agak berbaloi juga memandangkan mangkuknya besar dan meenya banyak. Cuma mee kari ni takda telur rebus dan kerang. Sebaliknya digantikan dengan ayam.  Aku pulak suka makan mee kari yang ada telur rebus ... baru syiokkkk! hehe.

Air sirap bandung tu macam biasa je la tapi kalau ditambah cincau jadi bandung cincau ... lagi kaw kaw ngam ho! haha.




Boleh tahan sedap jugak mee kari ni. Puas makan semangkuk dan kalau nak pedas lagi boleh tambah cili padi yang diaorg sediakan. Not bad ....



Ada nampak kak long senyum? Tu muka kak long yang kekenyangan haha!

Kak long bagi 4 dari 5 bintang!! ^^




Lepas makan, aku ke kedai buku POPULAR di tingkat 2. Hajat di hati nak mencari alQuran untuk kakak tapi yang berkenan tu harganya tak mampu milik lagi so kita postpone dulu.

Pusing punye pusing terpandang la dua benda ni terus teringat nak bagi kakak dan adik. Ibu akui ibu bukan jenis yang kerap bagi hadiah kat anak² ibu, tapi anak² ibu suka bagi hadiah kat ibu. Ikut sapa pun tak tau la gamaknya hehe. Pencil case tuk kakak sebab malam tadi dia merungut pencil casenya kecik dan dah putus zip dan The Wrinkles tuk adik sebab ibu rasa baik adik baca buku ni dari dok ulang lirik 'Let it go' tu banyak kali hehe.


Ibu beli dengan pembalut hadiah sekali pasal nak surprise kat anak-anak ibu. Best pulak main tukar-tukar hadiah ni yek hehe.


You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. Amboiii sedapyaaaa... hanta sikitt

    ReplyDelete
  2. saya pun kalau makan mee kari nak la ada telur rebus..daging,kerang,udang,fish cake,fish ball..uih..semua benda nak bubuh..tapi tu kalau buat sendiri la..heheh

    ReplyDelete
  3. waa lama dh xmakan mee kari..

    #nuffnangclick #visit me on shukranzahari.blogspot.com #Happy blogging

    ReplyDelete
  4. surprise....???
    hihi...anak-anak dah layan blog ibunye ni....dah tau ibunye nak hadiahkan apa...
    ..ke..blog ni ditulis selepas hadiah ni diberi??
    apa-apa hal pun, hadiah yang kecil pun, jika dari ibunya, pasti akan dihargai.
    dulu mak saya hadiahkan pensel sebatang masa darjah 1, bila hilang dicuri, rasa macam nak menangis lak....sampai sekarang pun teringat-ingat lagi.
    mom's present is the best. kan...???
    #blogspot : rawatankanser2013

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM