ruangiklan
ruangiklan

Tuesday, March 10, 2015

Ada Benda Yang Ibu Takkan Layan!

  10 comments    
categories: 

Assalamualaikum!

Kalau diikutkan hati, memang tak puas lagi mulut ni membebel ke dia. Membebel bukan tujuan suka-suka tapi teguran atas kesilapan sendiri. Ada benda ibu boleh bertolak ansur, ada benda ibu takkan layan!

Bukan tak diingatkan sebelum ni, tapi aku muhasabah diri jugak. Sedangkan kita ni dulu pun kerap terlupa jugak inikan pulak budak-budak. Tapi, kalau tidak ditegur .. diajar nanti jadi tabiat! Mintak barang last minit ... cukup ibu tak berkenan!


sumber : google


Macam yang selalu aku cakap, ada apa-apa nak dibeli tolong kabo awal-awal ke ibu dan ayah. Tapi kalau dah malam baru nak kabo suh beli itu ini .... sorry banyak-banyak! Masa yang kita ada sangat terhad, perjalanan nak balik ke umah ... masa di umah ... begitu begini dah kul 10 malam! Kedai banyak dah tutup. Kalau kakak kabo on the way nak balik ke umah, memang takda masalah nak singgah mana-mana kedai.

Tapi ibu tak salahkan kakak seratus peratus. Ibu tau kakak penat ... masuk dalam kete masing-masing dah terlentok kepala kat belakang. Maka, memang tak terbukak lah mulut tu nak bercerita.

Memula aku membebel jugak ... ye la geram la katakan. Pas habis menggosok baju sekolah  dia .... aku kembali tenang. Kesian pulak ke kakak ... kang dia takda plastesin macam mana ...? Hati tu berkata-kata gak tu ... walaupun tadi marahnya kemain! Tapi dah anak kan ... marah macam mana pun akhirnya 'tewas' jugak huhu.

Last-last aku katakan pada ayahnya, sok pagi moh le kite singgah kedai KK kat depan tu. Nak pergi malam ni tak larat dah ... dengan hujan lebatnye! Ayahnya mengangguk lembut ...

Pagi tadi aku singgah KK, berlari anak-anak dari seberang jalan melintas. Demi anak kuturutkan jua ... macam aku cakap tadi la ... kesian ke dia. Tapi sayang ... plastesin yang dicari tak kelihatan! Tanya ke cashier, katanya plastesin takda! Huh ... mana pulak aku nak cari plastesin pagi-pagi buta ni??? Hurmmm...

Masuk dalam kete, aku katakan pada kakak plastesin takda. Dah nak kata apa ... nak cari mana lagik plastesin pagi-pagi buta ni. Nak sambung membebel pun aku tak sampai hati ... kang bertambah susah hati plak dia. Penyudahnya, aku bagi ajela duit suh beli kat bookshop sekolah. 

Moral of the story .... jangan bagitau last minit!


10 comments:

  1. Sbr je la yg blh ya Kak, kekdg geram juga kan apa blh buat Ank juga

    ReplyDelete
  2. haaa...memang semua anak mcm ni la kot!sebab anak saya pun sama mcm nie..dah nak pegi sekolah baru ckp....grrr...

    ReplyDelete
  3. Haha sabar jelah. Bagus akk didik anak.

    ReplyDelete
  4. kekadang bila dah marah² tu kesian pulak kan..tapi kena juga ingatkan dia supaya tak mengulangi perkara tu..alahai..mintak² la kt kedai sekolah ada jual kan..

    ReplyDelete
  5. anak-anak biasa lah tu kan... sabo sket ek

    ReplyDelete
  6. Biasanya kat kedai sekolah mesti ada..anak saya selalu beli...:)

    ReplyDelete
  7. hohoho anak2 saya pun mcm ni..suka bgtau last minit..adehh..

    ReplyDelete
  8. budak budak ni mmg cam ni la Nim ...anak anak kak moon pun sama kadang masa bersiap pagi pagi tuh la bagitau cikgu suh bawak tuh bawak nih

    ReplyDelete
  9. Mmg delima.. Kesian kt ank.. Tapi cikgu pun kna faham la... Tak semua blh dpt dlm masa yg singkat...

    ReplyDelete
  10. sabar :)
    anak-anak aida selalu sgt bgtahu last minit.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.